TRAVEL : BANDUNG

ITENARY DAN BAJET TRAVEL BANDUNG DISEMBER 2017 : HARI 1/4

06:00



Salam.


Marilah kita lunaskan hutang post yang tertangguh sekian lama hewhew.


Sebenarnya pada Disember 2017, saya telah ke Bandung, Indonesia.
Jadi kali ini saya nak kongsi cerita tentang itenary hari pertama di sana.



Check it out ~

ITENARY HARI 1/4


  • Arrival airport Bandung (Hussein Sastranegara International Airport) jam 16pm
  • Masjid Raya Bandung, bersebelahan dengan Alun-alun
  • Paskal Food Market (dinner)
  • Check in Hotel Asoka

Kapal terbang dari lapangan terbang KL!A 2 ke lapangan terbang Hussein Sastranegara International Airport. Depart pukul 1pm dan arrival pukul 4pm waktu Indonesia (waktu Malaysia 3pm).




Dah sampai di lpangan terbang Bandung, terus disambut Pak Agus dengan cerianya.


Pak Agus membawa kami ke tempat parkir untuk menaiki kereta Avanza yang sudah disediakannya.

MASJID RAYA BANDUNG


Disebabkan kami masih belum menunaikan solat zohor (memang dah niat nak jamak takhir di Bandung), maka Pak Agus membawa kami terus ke Masjid Raya Bandung, bersebelahan Alun-alun (dataran). Alun-alun ni pun hotspot untuk travel oleh orang Malaysia tau.


DEPAN SAYA IALAH MASJID, BELAKANG IALAH ALUN-ALUN



Masjid ini mempunyai tempat wuduk dan tandas di bahagian bawah tanah, dan tempat solat bagi lelaki dan perempuan adalah secara campur dan terbuka. Maksudnya di bahagian tempat solatm tak boleh nak buka tudung lah, sebab ada orang lelaki. Waktu saya pergi tu, masjid tu agak sesak dengan orang yang solat, dan juga dengan orang yang sedang beristirehat sambil duduk dan baring.

ALUN-ALUN


Masjid ni terletak betul-betul sebelah Alun-alun.
Alun-alun ni adalah sejenis padang yang menjadi tempat beriadah bersama keluarga. Ada orang main belon, main bola, yang ambil gambar pun ada.


Kecil je lah kawasannya, ditambah dengan padat manusia.


Bolehlah ambil gambar buat kenangan.


Daripada kawasan Alun-alun itu, kami melintas jalan untuk ke tempat parkir kereta. (Awal-awal tadi Pak Agus hanya drop kami betul-betul depan masjid). Jalan di Bandung memang dipenuhi kereta dan motor. Kena hati-hati dan BERANI untuk melintas jalan di sana ya.

JAPAN STREET (BERHADAPAN ALUN-ALUN)


Selepas melintas jalan, ada kawasan seakan ‘pasar malam’ tapi kelihatannya bertemakan Jepun sebab ada jual takoyaki, mi soba, siap ada booth untuk daftar kelas belajar bahasa Jepang hihi. Menarik tapi pada saya agak serabut haha. Sebab banyak orang muda dengan pelbagai kostum pelik (obviously follow Jepun, ala-ala Harajuku street pun ada). Kostum anime tu boleh tahan lagi, tapi siap ada pakai kostum hantu, drakula, pocong pun ada. Sabar je la.


Dah lah nak Maghrib. Tengok pula hantu-hantu berkeliaran sambil cari orang untuk ambil gambar (kena bayarlah ya) dengannya. Terfikir pula, mungkinkah di kalangan hantu-hantu itu memang ada wujud hantu betul? Maklumlah waktu orang azan Maghrib pun masih berpeleseran lagi di situ. Eh ?


PASKAL FOOD MARKET


Setelah sampai di kereta, kami pun terus ke Paskal Food Market untuk makan malam.


Paskal Food Market adalah sejenis foodcourt di kawasan terbuka, ada lah juga atap.


Harga?


Mahal je bagiku haha.


Harga memang sudah fix, tapi pada saya ianya mahal.


Memandangkan matawang rupiah lebih rendah daripada RM, saya menjangkakan harga makanannya adalah lebih murah berbanding Malaysia.


Tetapi, ianya hanyalah harga yang lebih kurang sama cuma convert ke dalam rupiah sahaja.


Contohnya di Malaysia, harga sepinggan Nasi Ayam dalam lingkungan RM7-8 sepinggan. Di Bandung, harganya adalah lingkungan 60k-90k IDR. Sama je kalau convert pun kan?


Tapi yang bestnya di sini boleh pilih macam-macam jenis makanan tradisional Indonesia.
Puas jugalah makan di sini, rasanya pun sedap hingga menjilat jari.

HOTEL ASOKA

Selepas makan, kami pun terus ke Hotel Asoka.

Tidurlah semuanya, penat juga naik kapal terbang yang 2 jam je hihi.

You Might Also Like

2 comments

  1. teringin nak ke bandung lagi...bestnyaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best irda. Saya bakal repeat lagi next time insyaAllah.

      Delete

Nak tanya, boleh.

Nak bagi pendapat, boleh.

Saja nak komen, pun boleh.