CERITA KEHIDUPAN

DIDIK ANAK MEMINTA MAAF SEAWAL USIA

15:13


Hujung minggu yang lalu, kami balik kampung suami di Melaka.

Tiara sungguh gembira kerana ramai orang nak melayan kerenahnya.

Biasalah budak, bila ramai melayan, kadang dia jadi galak terlebih.

Ada suatu ketika, Tiara ada buat sesuatu yang agak bahaya agaknya, yang buatkan neneknya sebut "Heppp!" , tanda melarang perbuatannya.


Saya tak pasti dia buat apa, tapi lepas dengar suara neneknya sebut "Heppp!" tu, saya pun angkat kepala melihat Tiara.

Sedang elok je waktu tu saya nampak Tiara angkat kedua belah tangan tinggi-tinggi, dan terus di'pukul'nya ke perut neneknya yang sedang berbaring.

Mungkin tanda protes sebab melarang perbuatannya tadi.

Buntang mataku.

"Cepat salam nenek."

Pantas saya suruh Tiara salam neneknya tanda minta maaf atas perbuatan memukul nenek.
Tiara melarikan diri sambil terkekek.

"CEPAT SALAM NENEK,"

Suara saya makin kuat.

Neneknya steady je, walau nampak dia agak terkejut dengan perbuatan cucu berusia 1tahun 9bulan itu.

"Takpe...takpelah ok je." ujar nenek.

Tapi mamanya ini yang tak puas hati nampak anak pukul nenek.

Tiara terus berlarian bila nampak saya mula bangun untuk mendapatkannya.

Dapat tangkap je, saya pimpin tangannya ke arah nenek, minta Tiara salam dengan nenek. Tiara pun ikut arahan, terus bersalam siap cium tangan nenek.

Sambil Tiara bersalam, saya pun sebut skrip,

"Minta maaf nenek sebab pukul nenek."

Neneknya yang awal tadi sebut 'Takpeeeee'itu akhirnya mula tersenyum.

Sebagai seorang ibu, saya rasa bertanggungjawab mendidik anak sedari kecil supaya :

- Minta maaf kalau tersilap
- Tak boleh pukul orang tua
Walaupun nampak usianya 1tahun 9bulan itu macam kecik je lagi.

Saya berpegang pada melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Anak perlu tahu apa yang betul, apa yang salah. 

Anak perlu tahu untuk bergurau dan bermain pun ada perkara yang tak boleh dibuat sebarang.

Siapa lagi yang perlu ajar anak, jika bukan ibubapanya?

Takkanlah kita hanya mengiyakan dan diam je bila anak  buat sesuatu yang tidak patut?

Kalau tiada yang tunjuk sesuatu perbuatan itu salah, bagaimana dia nak tahu perbuatan itu salah?

Iya dia masih kecil, sebab itulah kena tegur, supaya bila dah besar dia tak bawak perangai pukul orang sesuka hati untuk tunjuk perasaan?

Muhasabah buat saya yang menulis,
moga makin tenang dan bijak mendidik emosi dan perlakuan anak.
Silakan share jika bermanfaat.

#bySayaGja

You Might Also Like

8 comments

  1. Betul tu... Walaupun nampak mcm anak tak faham tapi bila kita selalu ulang mengingatkan. In Shaa Allah, nanti anak-anak akan tahu yg mana boleh dan yang mana tidak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita lah yang bertanggungjawab mencorakkan anak2 kita kan.

      Delete
  2. setuju tuuu. tapi bila dengar diaorg mintak maaf sesama adik beradik ke kalau bergaduh, timbul pulak rasa sebak kan sebab dorang ingat rupanya teguran kita :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baguslah tu kan. Memang nak suruh diorang ingat hihi.

      Delete
  3. same laa kite kak.. ajar ecad macam nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa memang kena ajar sejak kecik lagi.

      Delete
  4. Betul tu melentur buluh biarlah dari rebung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah jadi buluh, memang parah jadinya.

      Delete

Nak tanya, boleh.

Nak bagi pendapat, boleh.

Saja nak komen, pun boleh.