TIPS TRAVEL

CARA PERGI KLIA & KLIA 2 DARI SEREMBAN DAN NILAI

05:16

Salam.


Bila nak ke airport KLIA atau KLIA 2, mesti pening kan? Selain risaukan kos parking di airport, risau juga dengan masa yang diperlukan untuk mengejar kapal terbang tu. Ye lah kan, kalau driving, ada je kemungkinan tersangkut dalam kesesakan lalu lintas.


Tiket kapal terbang dah lah mahai, ketar lutut kalau terlepas waktu boarding tu, boleh burn tiket tau.


Kali ini, mari saya kongsi kisah saya pergi ke KLIA dari rumah yang terletak di kawasan Nilai. Applicable juga untuk anda yang mungkin menetap di kawasan sekitar seperti Seremban dan Senawang.


Begini kisahnya, kami memandu kereta daripada rumah ke stesen ERL Salak Tinggi. Oh ya, ERL ni adalah sama dengan KLIA EXPRESS. Jangan keliru pulak ye.


Kemudian, kami parkir kereta di lot parkir yang disediakan, berbumbung dan bertingkat. Bagus tu. Bayaran cuma RM5 untuk SATU malam. Berbaloi bukan?

BANGUNAN UNTUK PARKIR TU SEBELAH SIGNBOARD NI



Daripada stesen ERL Salak Tinggi, kami pun beli tiket untuk ke KLIA.
Harganya RM4.90 sehala untuk 1 orang dewasa. Untuk saya dan suami, total jadi RM9.80. Tiara masih dikira baby, so free je.


RESIT BERHARGA RM9.80 UNTUK 2 ORANG DEWASA DARIPADA SALAK TINGGI KE KLIA

Dah beli, dapatlah kad sebegini, untuk touch di mesin tu.

TIKET ERL


Senarai harga tiket ERL, boleh lihat seperti di bawah.


HARGA UNTUK SEHALA



Saya berpendapat menggunakan pengangkutan awam sebegini untuk ke KLIA, amatlah berbaloi.

Daripada nak parkir di KLIA tu, harganya boleh tahan mahal juga. Lagipun perjalanan daripada ERL Salak Tinggi ke KLIA hanya dalam 10minit sahaja. Berbaloi oiiii.

MUKA HAPPY FIRST TIME NAK NAIK ERL

Moga perkongsian ni dapat membantu sesiapa di kawasan Nilai, Seremban dan kawasan sekitar untuk ke KLIA. Yang penting murah dan pantas.

You Might Also Like

0 comments

Nak tanya, boleh.

Nak bagi pendapat, boleh.

Saja nak komen, pun boleh.