Salam semua.
Zaman yang makin mencabar terutamanya dari segi ekonomi, buatkan makin ramai orang kita yang mula menceburkan diri dalam dunia perniagaan atas talian (bisnes online).
Ramai juga yang gunakan FB sebagai medium pilihan untuk berniaga.
Tak salah, bagus tu.
Tapi…..
Ada tapinya, kita tak boleh buat sebarang. Sebab FB amat mementingkan ‘engagement’ dan yang paling kita kena tahu, FB BENCI AKTIVITI MENJUAL. Iya betui, FB tak suka kita duk bisnes-bisnes ni. Tambah pulak MArk Zukerberg dah buat pengumuman terbaru untuk mengehadkan lagi aktiviti bisnes di FB peribadi. Oh ya, untuk yang memang mahu berbisnes di FB, boleh pertimbangkan untuk cipta PAGE untuk khas berbisnes, di situ nak upload testimoni berulang kali, nak buat hardsell ke apa ke, tak apa je ok.
Jom kita lihat, apakah tips yang boleh digunapakai dalam berbisnes di FB.
Jangan Meroyan
Meroyan ni, melambangkan orang yang asyik membebel dan marah-marah di FB. Saya tak suka sangat gunakan perkataan meroyan ni, sebab nampak macam buruknya meroyan. Sedangkan meroyan sebenarnya adalah penyakit yang terjadi pada wanita yang baru lepas melahirkan anak, dalam bahasa doktor dipanggil Postpartum Depression. So bab-bab penyakit ni, ia adalah bukan sesuatu yang diminta. Tak best lah kalau kita samakan orang yang marah-marah tak tentu hala dengan orang yang ada penyakit postpartum depression ni. Saya guna perkataan meroyan supaya mudah difahami.
Jangan hardsell sangat
Hardsell ni adalah post-post yang nampak obviously menjual seperti poster testimoni, dan maklumat produk. Orang mudah bosan bila asyik cerita pasal bisnes je.
![]() |
MUKA MACAM NAK MAKAN ORANG, ADA KE PELANGGAN NAK DATANG? |
Rajin like dan komen post orang lain
Ini tak lain tak bukan, akan membantu menaikkan engagement di FB. Lagi banyak orang like dan komen, lagi tinggi potensi untuk post kita berada di timeline kawan tersebut.
![]() |
RAJINKANLAH KLIK LIKE TU |
Guna ayat penuh
Ye, kita bukannya budak yang baru nak belajar mengeja. Menulis ayat penuh, tanpa shoftform akan menunjukkan bahawa kita ini seorang yang professional. Yang paling perlu dielakkan, adalah penggunaan bahasa wechet. Aduiii pening kepala tukang baca.
![]() |
TULIS BIAR NAMPAK PROFEESIONAL |
Post jangan terlalu panjang
Nanti orang bosan. Tulislah dengan sederhana. Toksah cerita semua dalam satu post.
Sekian tips berbisnes di FB untuk tatapan pembaca blog ini.
![]() |
PANJANG SANGAT TAK NAMPAK HUJUNG, PENAT OK |
Selamat mencuba!
4 comments
Wah terima kasih sebab share tips ini.
ReplyDeletesama2 kamilah.sila cuba ya.
Deletebetul tu, ai sebagai customer tak berapa suka gambar iklan yang terlalu direct pasal produk dan di post terlalu kerap. Sesekali ok.
ReplyDeletehehe kita yang tengok pun jadi rimas
DeleteNak tanya, boleh.
Nak bagi pendapat, boleh.
Saja nak komen, pun boleh.