1. Bawa anak jalan di mall.
2. Ada promoter ajak anak main lompat2 di belon gergasi, percuma katanya.
3. Kita ON je le bila anak nak main, percuma pula tu.
4. Sambil tunggu anak, promoter ni cakap nak cerita2 pasal produk yang dia n team jual, produk permainan berbentuk buku dan flash card gitu, untuk kids education (Belon tu dibuat untuk pancing bebudak melompat, then mak pak boleh jadi tukang dengar cerita promoter).
5. Saya direct cakap tak nak beli, siap mengaku surirumah lagi, dan cakap tak minat pun nak beli. I teman anak je. Boleh kan? Gituuuu ayat direct i.
6. Promoter pun cakap okaaayyy. Tapi beliau insist nak stori jugak.
7. Dah orang nak bercerita, i layan je lah. Lagipun dah cakap yang kita ni tak minat dan tak mau beli pun.
8. Beliau siap ajak main game lagi guna flash card tu. Cesss malas betul layan, so i cakaplah takde mood nak main game u ni. Beliau insist ajak main game, cakap sesaja je ni. I layan jugalah.
9. Almost 15minutes, takde gaya beliau berhenti cerita, siap cerita berapa harga, boleh buat installment bayar 24bulan ect.
10. Wow kagumnya i dengan kesungguhan beliau bercerita pada prospek.
11. Tak boleh jadi ni, saya terus bangun cakap yang saya tak minat dan tak mahu beli.
12. Beliau marah sebab tak beli. Ibarat bazir air liur dan masa beliau je.
13. Sejak awal lagi saya dah cakap loud n clear, yang saya tak minat dan tak mahu beli.
14. Salahkah diriku melayani cerita beliau sejak mula? Padahal beliau dari awal kata TAKPEEEE.. SAYA CERITA JE, AKAK DENGARLAH.
Konpius i.