CERITA KEHIDUPAN

VISION BOARD TERTUNAI

00:38

Saya menulis 'TRAVEL TO INDONESIA DISEMBER 2017' di vision board (vb) saya.
Waktu tulis tu, gigil juga jemari sebab tak ada sebarang persiapan lagi, termasuklah duit pun tak cukup untuk beli tiket.
Tapi saya beranikan diri letak juga.
Dalam bulan Mei 2017, saya selamba cakap pada mak ayah yang saya nak bawa mereka jalan2 Bandung pada bulan Disember 2017.
Padahal takde saving duit untuk travel ni pun lagi.
Sengaja saya maklumkan pada mak ayah siap-siap, supaya ia akan menjadi PUSH FACTOR saya untuk merealisasikan vb sendiri.
Benar sekali, ia memang push saya hingga buatkan saya pejam mata je beli tiket return dengan harga RM600/pax untuk pergi balik Bandung-KL untuk 5orang. Padahal biasanya boleh dapat dalam RM300/pax je. Double harganya okai.
Untuk makluman, saya travel ke Bandung dengan membawa suami, anak, emak, ayah dan adik bongsu menjadikan total 5pax dewasa.
So tiket return rm600/pax tu menjadikan totalnya rm3000 jugalah.
Oh ya, beli tiket ni pada bulan Jun.
Disebabkan DAH JANJI DENGAN MAK AYAH yang saya mahu bawa mereka ke Bandung pada Disember 2017, saya beli je lah tiket tu, sebab saya tak mau tangguhkan tarikh holiday. Ye lah kan, dah janji nak pergi bulan Disember, maka kenalah pergi bulan Disember.
Belum kira harga tiket flight return AOR-KUL, transport, penginapan, makan minum, souvenier juga tiket masuk ke beberapa tempat lawatan di Bandung.
Kesemuanya saya pulun kumpul SELEPAS tulis di vb lah.
Tak dilupakan sumbangan adikku dentist yang nak juga saham pahala dengan sponsor harga penginapan dan transport mak ayah (sahaja). Dah cakap tak payah sponsor, dia nak juga. I terima je le.
Nampak tak betapa powernya vb dan push factor untuk mencapai impian?
Kisah-kisah di Bandung termasuk itenary lengkap akan saya kongsi di blog.
Haaa siapa nak dapat khidmat supir yang murah, boleh mention nama saya pada Pak Agus yang jadi supir kami sepanjang di sana. Apa2 pun details nanti di blog ya.
#gjatobandung

You Might Also Like

0 comments

Nak tanya, boleh.

Nak bagi pendapat, boleh.

Saja nak komen, pun boleh.