Bismillah.
Semalam
Aku baru klik ‘unfriend’ pada seorang kawan di mukabuku,
Hanya kerana kenyataannya,
Yang mengatakan
Perempuan lain yang makin selekeh, makin serabai, makin tak-sempat-urus-diri
Setelah berumahtangga itu,
Sebagai perempuan MALAS.
Malah,
Perempuan yang sibuk menguruskan urusan rumah dan anak-anak itu,
Adalah sengaja membuat alasan sibuk,
Atas keselekehan diri setelah berumahtangga.
Begitu katanya.
Bahkan,
Lelaki bergelar suami yang mula memandang wanita lain di luar,
Bukanlah suatu kesalahan.
Begitu katanya.
Sungguh aku marah sekali!
Mahu juga aku tinggalkan komen panas muntahan jiwa di ruangan komennya,
Tapi akal waras dan matangku menghalang,
Hanya tega klik ‘unfriend’ sahaja.
Tuhan,
Ketika ini,
Perempuan jugalah yang menyakiti hati perempuan lainnya.
Perempuan jugalah yang saling merendahkan sesama perempuan.
Perempuan berhujah tentang hebatnya perempuan bekerjaya lalu merendahkan perempuan surirumah.
Perempuan jugalah yang mendabik dada mengakui agungnya menjadi surirumah lalu memperlekehkan perempuan bekerjaya yang dikatakan pentingkan diri.
Perempuan lantang mengatakan bangganya berjaya menyusukan bayi lalu mengecilkan perempuan yang hanya beri susu formula pada bayi.
Perempuan jugalah yang keras suaranya mengatakan susu formula itu pilihan tepat di dunia serba pantas lalu memperlekehkan perempuan menyusu-badan.
Perlukah saling merendahkan?
Tak bolehkah kita saling menghormati lalu sama-sama bahagia dengan pilihan sendiri?
Atau paling kurang, saling menyantuni kerana cerita dan kisah hidup kita masing-masing tak pernah sama?
Entah.
Dunia kini perempuan saling berlumba menunjukkan siapa yang lebih baik.
Tuhan,
Aku saja bercerita,
Bahawa aku lelah melihat perempuan saling merendahkan.
Aku lelah.
Itu sahaja.
Gja
Brickfield.
0 comments
Nak tanya, boleh.
Nak bagi pendapat, boleh.
Saja nak komen, pun boleh.