Bismillah.
Tiap hari yang mendatang adalah suatu kejutan dari Tuhan.
Juga peluang untuk menambah pahala.
Bila berkahwin,
Bahawa perempuan akan makin sibuk.
Makin kurang memikirkan dirinya,
Mula menumpu pada rumahtangga.
Bila ada anak-anak penyeri rumahtangga,
Maka perempuan juga yang menjadi makin rumit jiwanya,
Bercampur lelahnya menjadi permaisuri rumahtangga.
Dulu aku fikir itu hanya omong kosong.
Ternyata ia suatu kenyataan besar.
Kadang aku sendiri buntu,
Akan kesulitan dan kerumitan hidup berumahtangga.
Menerima seorang lelaki dalam hidup,
Lalu menjadikannya yang utama dalam segala hal,
Kerana lelaki itulah pintu syurga buat perempuan.
Tiap hari melalui dengan pembelajaran kehidupan.
Betapa bertolak ansur dan saling menerima itu memang perkara besar.
Kadang sendiri hilang punca,
Desakan kerjaya, keperluan hidup, kemajuan bisnes, juga kelangsungan tarbiyah.
Aku selalu berdoa agar
Tuhan tetapkan hatiku
Agar sentiasa berada di jalan tarbiyah
Kerana
Hanya di jalan itu aku
Berjumpa jiwa-jiwa yang merindui Tuhannya
Yang buatkan aku bermuhasabah hingga berair mata
Yang buatkan aku kagum dan cemburu
Dengan kesungguhan mereka mengejar perhatian Tuhan.
Hidup ini rumit sekali Tuhan.
Aku berdoa
Moga aku sempat persiapkan diri sebelum berjumpa.
Aku berdoa
Moga aku tidak mati setelah mati.
Gja,
Kuala Lumpur
14 Disember 2017
![]() |
Menghargai tiap detik waktu. |
0 comments
Nak tanya, boleh.
Nak bagi pendapat, boleh.
Saja nak komen, pun boleh.