tips

MONEY CHANGER PENGURUP WANG MURAH DI KL SENTRAL

22:58

Salam.

Siapa yang follow blog ni, mesti tahu kisah saya travel ke Bandung tempoh hari.

Sebelum ke Bandung tu, gigih saya perhati rate di 3 tempat money changer di KL Sentral dan NU Sentral.

Saya jumpa 3 tempat ni je. Kalau kawan-kawan ada tahu tempat lain yang juga dalam kawasan KL Sentral dan NU Sentral, tolong habaq mai noh. Kita kongsi info gitu.

3 tempat itu adalah :

1) Sebelah mesin ATM yang berdekatan dengan Sam Groceries, tingkat LG di NU Sentral.

2) Sebelah kedai spa jual minyak aromatherapy tu. Agak berhadapan dengan MiniSou, tingkat LG di NU Sentral. (Senang kata, ia berlawanan hujung dengan tempat pertama tu)

3) Di bahagian tengah yang dikelilingi bank-bank dalam KL Sentral. Senang kata, dekat dengan pintu masuk ERL untuk ke airport tu.

Jadi, antara yang 3 tersebut, mana yang paling murah ?

Trengggggg... *bunyi saspen*

Jawapannya adalahhhhhh,

tempat ke-3 !!!!

Iya, saya tak tipu.
Jauh beza sangat dengan yang pertama tu tau.

Susunan dari yang murah hingga yang mahal adalah :

Tempat ke-3 --> Tempat ke-2 --> Tempat pertama

Beza antara yang ke-3 dengan yang pertama tu, 30sen jugak ye. Besar tu.

Buatlah pilihan bijak.

Sekian perkongsian percuma dariku.

Nota : Foto adalah tempat ke-3 . Maaf ya tak tersnap gambar yang lain. 

You Might Also Like

1 comments

Nak tanya, boleh.

Nak bagi pendapat, boleh.

Saja nak komen, pun boleh.