BANDUNG

ITENARY BANDUNG DISEMBER 2017 DAN BAJET

06:00

Salam.

Seperti yang telah diceritakan pada post yang lepas, saya berjaya mencapai Vision Board saya pada Disember 2017, iaitu travel ke Indonesia (Bandung). Baca sini : http://www.sayagja.com/2017/12/vision-board-tertunai.html?m=1

Kali ini, saya nak bercerita itenary ringkas termasuk anggaran bajet sepanjang travel ke Bandung tempoh hari.

Detail itenary tiap satu hari akan diceritakan pada post-post berasingan demi mengelakkan serabut baca banyak info dalam satu post gitew.

Berikut adalah itenary ringkas sepanjang travel Bandung Disember 2017.

Hari 1/4
  • Arrival airport Bandung (Hussein Sastranegara International Airport) jam 16pm
  • Masjid Raya Bandung, bersebelahan dengan Alun-alun
  • Paskal Food Market (dinner)
  • Check in Hotel Asoka

Hari 2/4
  • Pasar Baru (lunch di sini juga)
  • Floating Market (entrance fee idr 20k/pax + parking idr 10k)
  • Cihampelas Walk
  • Dinner di warung depan hotel (nama je warung tapi sedap!)

Hari 3/4
  • Kawah Putih (entrance fee idr 50k/pax + angkutan fee idr 15k/pax)
  • Ladang strawberi (entrance fee idr 10k/pax + kutipan strawberi idr 20k)
  • Cibaduyut
  • Bahagian belakang Pasar Baru
  • Dinner di kedai bakso

Hari 4/4
  • Sarapan di airport Bandung
  • Depart 10.10am

Tiket flight : RM300x5pax
Transport (Avanza) dan penginapan (Hotel Asoka + sarapan included) : RM230/pax (harga asal RM300 ++, tapi hasil kawtim, dapatlah kurang jadi RM230) Hehe, kena pandai kawtim lah ye.

Supir : Pak Agus
Kalau nak harga murah, silakan berhubung dengan Pak Agus ya. Nombor phone +62 812-2230-0871 .

Ini tawaran harga sewaktu awal-awal berurusan.

1) Pakej transport saja : idr 400.000/day

2) Pakej transport + hotel 2star : rm 250/pax atau rm 1250 buat 5 orang. Kanak-kanak tak ada charge.

3) Pakej transport + hotel 3star : rm 300/pax

4) Pakej transport + hotel + makan rm 450/pax

Harga masih boleh kurang bergantung pada masa arrival dan departure.

Highly recommended!
Servis memamg tiptop.
Tabah je dia layan kami yang banyak songeh.

Sekian pemakluman.

Nantikan itenary detail di post berikutnya ya.

DI HADAPAN ALUN-ALUN, BANDUNG


You Might Also Like

0 comments

Nak tanya, boleh.

Nak bagi pendapat, boleh.

Saja nak komen, pun boleh.