tips

INFO TENTANG PENGELUARAN DUIT DI ATM LUAR NEGARA YANG ANDA WAJIB TAHU

23:54

Salam.


KIsah ini dialami sendiri, jadi saya nak kongsi supaya lebih ramai orang yang tak menggelabah dan panik bila perkara sebegini berlaku.


BOLEHKAH KELUARKAN DUIT DI ATM LUAR NEGARA ?


Pengalaman saya ketika travel ke Indonesia tempoh hari, boleh keluarkan di Maybank. Mengikut bacaan di beberapa buah blog, boleh juga cucuk duit di CIMB di Indonesia. Negara lain saya tak pasti ada Maybank atau CIMB, tapi mengikut bacaan juga, selagi mana ATM itu punyai lambang ‘MEPS’ atau ‘PLUS’ atau ‘MASTERCARD’ dan seangkatan dengannya (lihat lambang di kad bank ya), maka bolehlah cucuk duit di ATM tersebut. Syaratnya, mesti AKTIFKAN ‘pengeluaran luar negara’ (Overseas ATM Facility).




Oh ya, wang yang akan keluar daripada bank itu adalah bergantung pada matawang negara tersebut. Contohnya ketika saya berada di Indonesia tempoh hari, wang yang dikeluarkan adalah dalam matawang rupiah. Merasa la tengok duit dalam akaun bernilai juta-juta kahkah.


CARA AKTIFKAN KAD UNTUK PENGELUARAN LUAR NEGARA (Overseas ATM Facility)


Ada 3 cara :
  1. Telefon je nombor customer service yang ada pada belakang kad bank
  2. Walk in ke bank anda (Kalau kad Maybank, pergi Maybank. Kalau CIMB, pergi CIMB.)
  3. Buat online je (Saya pernah buat guna Maybank2u, bank lain tak pasti)


DAH ADA DI LUAR NEGARA, TAPI TAK AKTIFKAN PENGELUARAN WANG


Jangan panik. Seperti yang saya cerita di atas, anda masih ada pilihan 1 dan 3. Zaman dah canggih kan? Yang paling senang dan jimat kos pastinya pilihan ke-3.


DAH ADA DI LUAR NEGARA, TAPI TAK ADA MAYBANK2U


Jangan risau. Anda boleh cipta akaun Maybank2u walaupun anda sedang berada di luar negara.


Cara buat akaun Maybank2u tu, mudah sekali. Sila manfaatkan google ya. Nanti nombor TAC akan dihantar ke nombor telefon yang sudah berdaftar dengan Maybank. Takde caj pun. No worries ok.


PENTING : Pastikan nombor telefon anda sudah didaftarkan (di’link’kan ) dengan kad bank anda. Yang ni kena buat di ATM bank di Malaysia sahaja. Semasa di Indonesia, saya pernah cuba nak cipta akaun Maybank2u untuk kad bank bonda saya, tapi tak berjaya sebab bonda tak ‘link’kan nombor telefon pada kad banknya.



ADAKAH CAJ YANG DIKENAKAN SEWAKTU BUAT PENGELUARAN WANG DI LUAR NEGARA ?


Mengikut bacaan, jika cucuk di bank yang berbeza, ada caj dikenakan iaitu sebanyak RM12.
Tapi jika cucuk guna bank yang sama, contohnya tempoh hari di Indonesia, saya cucuk di Maybank menggunakan kad Maybank, tiada caj yang dikenakan.


Kesimpulan :
  1. Perlu ‘link’kan nombor telefon dengan kad bank. Mesti buat di ATM bank di Malaysia.
  2. Perlu ada Maybank2u, apa-apa hal nanti, senang.
  3. Perlu aktifkan ‘pengeluaran wang di luar negara’.


Iya begitulah perkongsian saya buat kali ini.

Moga bermanfaat ya.

You Might Also Like

0 comments

Nak tanya, boleh.

Nak bagi pendapat, boleh.

Saja nak komen, pun boleh.