TIPS TRAVEL

CARA KELUARKAN WANG DI MESIN ATM KETIKA DI LUAR NEGARA

00:29

Salam.


Setelah berkongsi tentang cara aktifkan pengeluaran wang luar negara melalui Maybank2u dan juga tentang info pengeluaran duit di luar negara, tak lengkap lah andai tak cerita tentang cara keluarkan wang di luar negara. Cara cucuk duit lah senang kata.


Caranya sangat mudah.



  1. Masukkan kad bank anda ke dalam mesin.
  2. Pilih bahasa. Nak mudah faham, pilih english je lah. Kalau cucuk kat Malaysia pun saya pilih english.
  3. Masukkan nombor pin yang sama anda gunakan untuk cucuk di ATM Malaysia.
  4. Pilih ‘saving account’.
  5. Pilih amaun. Ia akan menunjukkan nilai yang ada dalam akaun anda dalam matawang negara tersebut. Jika di Indonesia, akan tertera jumlah wang dalam Rupiah. Jika di Jepun, akan tertera jumlah wang dalam Yen.
  6. Ambil wang anda lalu bergembiralah!




ADAKAH CAJ YANG DIKENAKAN SEWAKTU BUAT PENGELUARAN WANG DI LUAR NEGARA ?


Mengikut bacaan, jika cucuk di bank yang berbeza, ada caj dikenakan iaitu sebanyak RM12.
Tapi jika cucuk guna bank yang sama, contohnya tempoh hari di Indonesia, saya cucuk di Maybank menggunakan kad Maybank, tiada caj yang dikenakan.

Moga perkongsian kali ini bermanfaat ya.

You Might Also Like

0 comments

Nak tanya, boleh.

Nak bagi pendapat, boleh.

Saja nak komen, pun boleh.