TIPS TRAVEL

CARA AKTIFKAN KAD BANK UNTUK PENGELUARAN WANG LUAR NEGARA (OVERSEAS ATM FACILITY) SECARA ONLINE DI MAYBANK2U

00:16

Salam.




Sebenarnya kita boleh je keluarkan duit di mesin ATM di luar negara.


Syukurlah dengan kecanggihan dunia teknologi, kita boleh menyelesaikan masalah tersebut secara atas talian (online).


Tapi pastikan anda punyai wang dalam akaun bank lah ya.


Kali ni nak kongsi tentang cara aktifkan ‘pengeluaran luar negara (Overseas ATM facility) melalui Maybank2u. Jika anda masih belum punyai akaun Maybank2u, sila buat (register) dahulu ya. Jika sudah berada di luar negara, pun masih boleh register kerana TAC number yang dihantar pada nombor telefon kita tiada caj.


Mudah banget!


Cara-caranya adalah seperti berikut :


  1. Log in ke dalam akaun Maybank2u.
  2. Kemudian di muka depan, sila scroll ke bawah, lalu pilihlah 'Card Management'.
  3. Kemudian pilih option ‘Overseas ATM Facility’.
  4. Nombor kad bank kita akan tertera di bahagian atas, pilih option ‘Activation’ . Kemudian klik ‘continue’.
  5. Pilih ‘start date’ anda. Boleh letak seawal ‘today’. Untuk ‘end date’, letaklah anggaran 5-6 bulan daripada tarikh ‘start date’ tu. Maksimum adalah 12 bulan daripada tarikh ‘start date’. Kemudian klik ‘continue’.
  6. Pilih ‘had pengeluaran’ anda. Nak letak RM1000 pun boleh, nak letak RM3000 pun  boleh. Terpulang lah ya.
  7. Kemudian, perlu request TAC number. Ia akan dihantar ke nombor telefon berdaftar anda. Yang ni penting ya. Perlu daftar nombor telefon di ATM di Malaysia.
  8. Selepas masukkan TAC number, sila klik ‘confirm’ sahaja.
  9. SIAP!


Mudah sekali bukan? Tak sampai 10minit pun.

Jika perkongsian ini bermanfaat, silakan share agar lebih ramai yang tahu.

You Might Also Like

1 comments

Nak tanya, boleh.

Nak bagi pendapat, boleh.

Saja nak komen, pun boleh.