Salam.
Setelah berkongsi tentang cara aktifkan pengeluaran wang luar negara melalui Maybank2u dan juga tentang info pengeluaran duit di luar negara, tak lengkap lah andai tak cerita tentang cara keluarkan wang di luar negara. Cara cucuk duit lah senang kata.
Caranya sangat mudah.
TIPS TRAVEL
CARA AKTIFKAN KAD BANK UNTUK PENGELUARAN WANG LUAR NEGARA (OVERSEAS ATM FACILITY) SECARA ONLINE DI MAYBANK2U
00:16
Salam.
Kehabisan wang tunai ketika di luar negara memang boleh bikin panik.
Sebenarnya kita boleh je keluarkan duit di mesin ATM di luar negara.
Syukurlah dengan kecanggihan dunia teknologi, kita boleh menyelesaikan masalah tersebut secara atas talian (online).
Tapi pastikan anda punyai wang dalam akaun bank lah ya.
Salam.
KIsah ini dialami sendiri, jadi saya nak kongsi supaya lebih ramai orang yang tak menggelabah dan panik bila perkara sebegini berlaku.
BOLEHKAH KELUARKAN DUIT DI ATM LUAR NEGARA ?
Pengalaman saya ketika travel ke Indonesia tempoh hari, boleh keluarkan di Maybank. Mengikut bacaan di beberapa buah blog, boleh juga cucuk duit di CIMB di Indonesia. Negara lain saya tak pasti ada Maybank atau CIMB, tapi mengikut bacaan juga, selagi mana ATM itu punyai lambang ‘MEPS’ atau ‘PLUS’ atau ‘MASTERCARD’ dan seangkatan dengannya (lihat lambang di kad bank ya), maka bolehlah cucuk duit di ATM tersebut. Syaratnya, mesti AKTIFKAN ‘pengeluaran luar negara’ (Overseas ATM Facility).
Salam.
Siapa yang follow blog ni, mesti tahu kisah saya travel ke Bandung tempoh hari.
Sebelum ke Bandung tu, gigih saya perhati rate di 3 tempat money changer di KL Sentral dan NU Sentral.
Saya jumpa 3 tempat ni je. Kalau kawan-kawan ada tahu tempat lain yang juga dalam kawasan KL Sentral dan NU Sentral, tolong habaq mai noh. Kita kongsi info gitu.
Salam.
Sana sini asyik dengar cerita tentang orang yang keletihan kan?
Ada orang yang kerjanya memerlukan travel dengan kerap.
Salam.
Bekerja sememangnya boleh buat badan kita letih.
Dah makan makanan berkhasiat pun, asyik letih.
Mengantuk di awal pagi, memang boleh buatkan mood jadi tak elok
bahkan boleh effect performance kerja.
bahkan boleh effect performance kerja.
Bismillah.
Tiap hari yang mendatang adalah suatu kejutan dari Tuhan.
Juga peluang untuk menambah pahala.
Bila berkahwin,
Benar rupanya,
Bismillah.
Semalam
Aku baru klik ‘unfriend’ pada seorang kawan di mukabuku,
Hanya kerana kenyataannya,
Yang mengatakan
Perempuan lain yang makin selekeh, makin serabai, makin tak-sempat-urus-diri
Setelah berumahtangga itu,
Sebagai perempuan MALAS.
Malah,
Perempuan yang sibuk menguruskan urusan rumah dan anak-anak itu,
Adalah sengaja membuat alasan sibuk,
Atas keselekehan diri setelah berumahtangga.
Begitu katanya.
Bahkan,
Lelaki bergelar suami yang mula memandang wanita lain di luar,
Bukanlah suatu kesalahan.
Begitu katanya.
Sungguh aku marah sekali!
Mahu juga aku tinggalkan komen panas muntahan jiwa di ruangan komennya,
Tapi akal waras dan matangku menghalang,
Hanya tega klik ‘unfriend’ sahaja.
Tuhan,
Ketika ini,
Perempuan jugalah yang menyakiti hati perempuan lainnya.
Perempuan jugalah yang saling merendahkan sesama perempuan.
Perempuan berhujah tentang hebatnya perempuan bekerjaya lalu merendahkan perempuan surirumah.
Perempuan jugalah yang mendabik dada mengakui agungnya menjadi surirumah lalu memperlekehkan perempuan bekerjaya yang dikatakan pentingkan diri.
Perempuan lantang mengatakan bangganya berjaya menyusukan bayi lalu mengecilkan perempuan yang hanya beri susu formula pada bayi.
Perempuan jugalah yang keras suaranya mengatakan susu formula itu pilihan tepat di dunia serba pantas lalu memperlekehkan perempuan menyusu-badan.
Perlukah saling merendahkan?
Tak bolehkah kita saling menghormati lalu sama-sama bahagia dengan pilihan sendiri?
Atau paling kurang, saling menyantuni kerana cerita dan kisah hidup kita masing-masing tak pernah sama?
Entah.
Dunia kini perempuan saling berlumba menunjukkan siapa yang lebih baik.
Tuhan,
Aku saja bercerita,
Bahawa aku lelah melihat perempuan saling merendahkan.
Aku lelah.
Itu sahaja.
Gja
Brickfield.
Salam.
Seperti yang telah diceritakan pada post yang lepas, saya berjaya mencapai Vision Board saya pada Disember 2017, iaitu travel ke Indonesia (Bandung). Baca sini : http://www.sayagja.com/2017/12/vision-board-tertunai.html?m=1
Kali ini, saya nak bercerita itenary ringkas termasuk anggaran bajet sepanjang travel ke Bandung tempoh hari.
Detail itenary tiap satu hari akan diceritakan pada post-post berasingan demi mengelakkan serabut baca banyak info dalam satu post gitew.
Berikut adalah itenary ringkas sepanjang travel Bandung Disember 2017.
Hari 1/4
- Arrival airport Bandung (Hussein Sastranegara International Airport) jam 16pm
- Masjid Raya Bandung, bersebelahan dengan Alun-alun
- Paskal Food Market (dinner)
- Check in Hotel Asoka
Hari 2/4
- Pasar Baru (lunch di sini juga)
- Floating Market (entrance fee idr 20k/pax + parking idr 10k)
- Cihampelas Walk
- Dinner di warung depan hotel (nama je warung tapi sedap!)
Hari 3/4
- Kawah Putih (entrance fee idr 50k/pax + angkutan fee idr 15k/pax)
- Ladang strawberi (entrance fee idr 10k/pax + kutipan strawberi idr 20k)
- Cibaduyut
- Bahagian belakang Pasar Baru
- Dinner di kedai bakso
Hari 4/4
- Sarapan di airport Bandung
- Depart 10.10am
Tiket flight : RM300x5pax
Transport (Avanza) dan penginapan (Hotel Asoka + sarapan included) : RM230/pax (harga asal RM300 ++, tapi hasil kawtim, dapatlah kurang jadi RM230) Hehe, kena pandai kawtim lah ye.
Supir : Pak Agus
Kalau nak harga murah, silakan berhubung dengan Pak Agus ya. Nombor phone +62 812-2230-0871 .
Ini tawaran harga sewaktu awal-awal berurusan.
1) Pakej transport saja : idr 400.000/day
2) Pakej transport + hotel 2star : rm 250/pax atau rm 1250 buat 5 orang. Kanak-kanak tak ada charge.
3) Pakej transport + hotel 3star : rm 300/pax
4) Pakej transport + hotel + makan rm 450/pax
Harga masih boleh kurang bergantung pada masa arrival dan departure.
Highly recommended!
Servis memamg tiptop.
Tabah je dia layan kami yang banyak songeh.
Sekian pemakluman.
Nantikan itenary detail di post berikutnya ya.
![]() |
DI HADAPAN ALUN-ALUN, BANDUNG |
Salam.
Alhamdulillah ala kulli hal.
Kini saya buka ruang untuk sesiapa yang berminat untuk mendapatkan ebook terbaru hasil penulisan saya.
Apa itu NIHON SOTSU ?
Nihon bermaksud Jepun.
Sotsu bermaksud graduasi.
Nihon Sotsu bermaksud orang yang sudah bergraduasi dari Jepun.
Gitu.
Ini adalah ebook yang mengumpulkan pengalaman saya dan pendapat tentang perkara yang menjadi kejutan pada tahun-tahun awal selepas BFG.
Apa itu BFG ?
Ia adalah Back For Good.
Iaitu istilah yang digunakan bagi pelajar lepasan luar negara yang pulang ke Malaysia selepas tamat belajar.
Bukan grad di Jepun sahaja, tapi di mana-mana negara pun, pelajar yang sudah grad akan menggunakan istilah BFG untuk menunjukkan dia sudah balik Malaysia.
Tak kira siapa pun anda, jika berminat untuk mengetahui kisah-kisah yang perlu diketahui oleh Nihon Sotsu yang bakal BFG, silakan lah isi borang berikut : LINK .
Silakan sebarkan tentang ebook ini ya, moga lebih ramai yang dapat manfaatnya.
Terima kasih.
Alhamdulillah ala kulli hal.
Kini saya buka ruang untuk sesiapa yang berminat untuk mendapatkan ebook terbaru hasil penulisan saya.
Apa itu NIHON SOTSU ?
Nihon bermaksud Jepun.
Sotsu bermaksud graduasi.
Nihon Sotsu bermaksud orang yang sudah bergraduasi dari Jepun.
Gitu.
Ini adalah ebook yang mengumpulkan pengalaman saya dan pendapat tentang perkara yang menjadi kejutan pada tahun-tahun awal selepas BFG.
Apa itu BFG ?
Ia adalah Back For Good.
Iaitu istilah yang digunakan bagi pelajar lepasan luar negara yang pulang ke Malaysia selepas tamat belajar.
Bukan grad di Jepun sahaja, tapi di mana-mana negara pun, pelajar yang sudah grad akan menggunakan istilah BFG untuk menunjukkan dia sudah balik Malaysia.
Tak kira siapa pun anda, jika berminat untuk mengetahui kisah-kisah yang perlu diketahui oleh Nihon Sotsu yang bakal BFG, silakan lah isi borang berikut : LINK .
Silakan sebarkan tentang ebook ini ya, moga lebih ramai yang dapat manfaatnya.
Terima kasih.
Saya menulis 'TRAVEL TO INDONESIA DISEMBER 2017' di vision board (vb) saya.
Waktu tulis tu, gigil juga jemari sebab tak ada sebarang persiapan lagi, termasuklah duit pun tak cukup untuk beli tiket.
Tapi saya beranikan diri letak juga.
Dalam bulan Mei 2017, saya selamba cakap pada mak ayah yang saya nak bawa mereka jalan2 Bandung pada bulan Disember 2017.
Padahal takde saving duit untuk travel ni pun lagi.
Sengaja saya maklumkan pada mak ayah siap-siap, supaya ia akan menjadi PUSH FACTOR saya untuk merealisasikan vb sendiri.
Benar sekali, ia memang push saya hingga buatkan saya pejam mata je beli tiket return dengan harga RM600/pax untuk pergi balik Bandung-KL untuk 5orang. Padahal biasanya boleh dapat dalam RM300/pax je. Double harganya okai.
Untuk makluman, saya travel ke Bandung dengan membawa suami, anak, emak, ayah dan adik bongsu menjadikan total 5pax dewasa.
So tiket return rm600/pax tu menjadikan totalnya rm3000 jugalah.
Oh ya, beli tiket ni pada bulan Jun.
Disebabkan DAH JANJI DENGAN MAK AYAH yang saya mahu bawa mereka ke Bandung pada Disember 2017, saya beli je lah tiket tu, sebab saya tak mau tangguhkan tarikh holiday. Ye lah kan, dah janji nak pergi bulan Disember, maka kenalah pergi bulan Disember.
Belum kira harga tiket flight return AOR-KUL, transport, penginapan, makan minum, souvenier juga tiket masuk ke beberapa tempat lawatan di Bandung.
Kesemuanya saya pulun kumpul SELEPAS tulis di vb lah.
Tak dilupakan sumbangan adikku dentist yang nak juga saham pahala dengan sponsor harga penginapan dan transport mak ayah (sahaja). Dah cakap tak payah sponsor, dia nak juga. I terima je le.
Nampak tak betapa powernya vb dan push factor untuk mencapai impian?
Kisah-kisah di Bandung termasuk itenary lengkap akan saya kongsi di blog.
Haaa siapa nak dapat khidmat supir yang murah, boleh mention nama saya pada Pak Agus yang jadi supir kami sepanjang di sana. Apa2 pun details nanti di blog ya.
#gjatobandung
Salam.
Hari Sabtu yang lepas, sempat pergi ke kenduri akikah untuk seorang sahabat yang juga merupakan housemate saya semasa belajar di Jepun dulu.
Beliau dah dapat anak yang kedua, wow sangat kan?
Kali ini beliau dapat anak girl, alhamdulilah.
Yang terkejutnya, nama anak beliau ialah AUFA ALEEYA, sedangkan nama anak saya ialah TIARA AUFA.
Haha jodoh sangat ni kan.
Ada yang menyangkakan kami berbincang nak bagi nama anak yang seakan sama, padahal takde bincang-bincang pun haha.
Seronok pula bila dapat peluk dan cium bau baby semalam.
Doakan saya mengandung tahun depan ya.
Nak boboi pulak amiiiin.
Hari Sabtu yang lepas, sempat pergi ke kenduri akikah untuk seorang sahabat yang juga merupakan housemate saya semasa belajar di Jepun dulu.
Beliau dah dapat anak yang kedua, wow sangat kan?
Kali ini beliau dapat anak girl, alhamdulilah.
Yang terkejutnya, nama anak beliau ialah AUFA ALEEYA, sedangkan nama anak saya ialah TIARA AUFA.
Haha jodoh sangat ni kan.
Ada yang menyangkakan kami berbincang nak bagi nama anak yang seakan sama, padahal takde bincang-bincang pun haha.
Seronok pula bila dapat peluk dan cium bau baby semalam.
Doakan saya mengandung tahun depan ya.
Nak boboi pulak amiiiin.
![]() |
Sakan sembang, ni je le gambar yang ado. |