bisnes

SALAHKAH BERIMPIAN MAHU MENJADI KAYA ?

06:00

Salam.

Salahkah berimpian mahu menjadi kaya?
Salahkah berimpian mahu banyak harta?

Persoalan ini sesekali datang menjengah ke fikiran saya, maklumlah saya kan buat bisnes Shaklee ni. Ada je suara-suara yang berkata seperti

“Sudah-sudahlah mengejar dunia tu.”

“Bukan boleh bawak ke mati pun.”



Tersentap lah juga kan.

Tapi, selepas merenung balik tujuan dan niat asal kenapa saya pulun buat bisnes Shaklee ni, saya jadi rileks je bila dengar ayat-ayat sebegitu.

Dalam beberapa ketika dahulu, ada seorang ahli daripada pasukan NGO yang buat kerja dakwah, yang bercerita pada saya, bahawa mereka kekurangan dana untuk suatu majlis yang dihadiri ibu-ibu tunggal. Waktu dia bercerita tu, jumlah yang masih kurang adalah bernilai ratusan, kurang daripada RM500. Waktu tu saya rasa, kenapalah untuk dapatkan dana yang kurang daripada RM500 pun sukar sekali? Kenapa ? Saya bukanlah memperkecilkan nilai ratusan, bukan pula memperlekehkan orang yang buat kerja dakwah tapi tak mampu nak bagi dana bernilai kurang RM500 tu.

Saya cuma rasa tersentap.

Jika kita kaya, pastinya tak perlu pun meminta dana daripada mana-mana orang lagi. Sebaliknya cukup dengan kita sahaja yang menghulur. Bahkan, LEBIH RAMAI yang dapat dibantu, LEBIH BANYAK nilai bantuan yang dapat kita salurkan.

Bukankah ini adalah suatu tanda bahawa kita (orang islam) perlu menjadi kaya?

Kaya ni duniawi je, tak boleh bawa ke mati pun ?

Are you sure yang harta duniawi tak boleh bawa ke mati?

Boleh tak kalau saya cakap, amal ibadah pun tak boleh bawa ke mati?

Harta duniawi memang tak boleh dibawa ke mati, jika kita tak gunakannya di jalan kebajikan.

Tapi kalau harta duniawi yang banyak tu, membuatkan kita makin banyak memberi, makin selesa beribadat, makin senang nak balik kampung gembirakan mak ayah, makin selamba je belanja mak ayah travel, makin selamba belanja mak ayah makan sedap-sedap, makin banyak orang yang kita hulurkan duit, why say no?

Pokok pangkalnya adalah niat kita mengapa mahu menjadi kaya harta, dan cara kita gunakan harta itu.

Pokok pangkalnya adalah niat kita dalam membuat amal ibadah itu, adakah terselit rasa riak atau ujub dalam amalan kita?

Semua itu tak lain tak bukan, bergantung pada niat kita sebenarnya.

Usah memperlekeh orang yang pulun bekerja mengumpul duit mahupun orang yang membuat bisnes, kita tak tahu apa niat mereka. Kita pun tak tahu berapa banyak yang mereka sedekahkan.

Entah-entah orang yang kita lihat kaya-raya itu, hanya guna 20% je daripada duit dia tu untuk kegunaan peribadi, selebihnya yang 80% tu dia sedekahkan pada badan dakwah, pada ibu tunggal, pada fakir miskin. Kita tak tahu.

Sedangkan kita yang kononnya tak mahu mengejar duniawi ni, nak bagi duit pada mak ayah tiap bulan pun berkira-kira. 100% daripada duit kita hanyalah untuk kegunaan peribadi, bahkan siap tak cukup lagi untuk kehidupan seharian. Hutang keliling pinggang. Nak bersedekah, jauh sekali.

Nampak tak keperluan kita menjadi kaya?
Kaya tak bermakna guna duit tu untuk kegunaan peribadi sahaja.

Dengan menjadi kaya, kita bebas hutang.

Dengan menjadi kaya, kita meninggalkan anak-anak yang tidak akan susah jika ditakdirkan kita meninggal tiba-tiba. Tanyalah mana-mana ejen takaful, mereka ada banyak cerita tentang anak-anak yang menjadi susah hanya kerana ibu bapa meninggal dunia secara tiba-tiba, tak meninggalkan harta.

Kita kaya, tapi banyak memberi. Apa salahnya?

Kita tak kaya, tapi banyak mendengki. Gembira ke?

Dalam kita memperlekehkan orang-orang yang mahu menjadi kaya, masih ramai lagi di luar sana yang memerlukan bantuan kewangan untuk kehidupan seharian, mahupun untuk gerak kerja dakwah.

Iya, saya langsung tidak menafikan pahala mujahadah bagi orang yang kurang berkemampuan, tapi masih menghulurkan bantuan duit dan sedekah pada yang memerlukan.

Tapi, bukankah lebih banyak duit yang kita ada, LEBIH RAMAI orang yang dapat kita bantu, bahkan LEBIH BANYAK nilai sumbangan yang dapat kita hulurkan?

Saya pernah menangis tersedu-sedu kerana tak mampu nak belikan bonda saya suplemen B Complex yang berharga tak sampai RM60 pun, sedangkan waktu tu beliau sedang sakit.

Saya juga pernah selamba belikan suplemen paling mahal Shaklee, Vivix yang berharga lebih RM400 untuk bonda, yang memerlukannya segera kerana sakit. (Waktu ini saya dapat duit lebih)

Di sini saya melihat keperluan untuk menjadi kaya.

KIta kaya, tapi tak guna untuk diri sendiri pun, apa salahnya?

Kita tak kaya, tapi semua duit kita hanya untuk perut sendirii, begitu kah?

Itu point saya.

Saya penat.

Saya sedih.

Bila banyak sangat orang susah di sekeliling saya, yang saya tak dapat bantu sangat pun, bila diri pun tercungap-cungap.

Kini, setelah mendapat pencerahan tentang keperluan menjadi kaya, saya pulun buat bisnes betul-betul.

Saya nak bantu LEBIH RAMAI orang, dengan memberi LEBIH BANYAK.

Doakan ya?

You Might Also Like

0 comments