rant

PENGALAMAN BERMALAM DI HOTEL BAJET BATU PAHAT

06:00

Salam.


Tempoh hari, sempat bermalam di sebuah hotel bajet di Batu Pahat, Johor.


Pergi ke Batu Pahat ini pun sebab untuk memenuhi jemputan perkahwinan seorang sepupu saya.


Batu Pahat merupakan sebuah bandar yang sederhana besar bagi pendapat saya. Tapi masih mempunyai kawasan hijau di kampung-kampung sekitarnya.


Bandar yang agak sibuk di waktu siang. Malam pula agak tenang.


Alkisahnya, saya, Mr R dan Tiara bermalam di sebuah hotel bajet di kawasan Batu Pahat, sambil-sambil menikmati panorama malam di kawasan Batu Pahat itu. Untuk orang yang nak settle down, bolehlah pertimbangkan kawasan Batu Pahat ya.


Hotel yang menjadi pilihan adalah Hotel Suria, betul-betul di tepi bandar Batu Pahat. Tak perlu masuk ke tengah bandar, selamatlah daripada nak hadap jem hehe.


Hotel Suria memerlukan bayaran sebanyak RM80 untuk 1malam, dengan bayaran deposit sebanyak RM30. Maksudnya, waktu awal-awal check-in tu, dah kena bayar RM30 dan akan dupulangkan duit itu waktu check-out nanti.


Pada saya, hotel ini masuk dalam kategori OK untuk sebuah hotel bajet.


Ada air panas di bilik air, siap ada bath tub okai.


Aircond berfungsi dengan baik. TV pun elok berfungsi.


Kami dapat di bahagian yang ada balkoni, di luar pintu, maksudnya boleh lah nak buka tingkap. Kalau di bahagian dalam, tak dapatlah balkoni, maka tak dapatlah hirup udara segar hehe.


Pada waktu pagi, sarapan disediakan. Sesuai dengan namanya, sarapan juga yang bajetlah hehe.


Waktu kami pergi tu, ada bihun goreng, mi goreng, sosej, telur rebus, dan sambal disediakan.


Minuman pula, silakan hadap 3in1 punya kopi ya, pun disediakan.


Oh ya, hotel ini berada di sebelah pub, jadi waktu nak check-in tu, minta siap-siap mahu bilik yang di bahagian tepi, jadi tak adalah bising waktu malam sampai tak boleh nak tidur.


Kedudukan hotel ini berdekatan dengan Ambank.



Pada sesiapa yang mahu mencuba hotel bajet di sekita Batu Pahat, silakan cuba bermalam di Hotel Suria ya.

You Might Also Like

0 comments