bisnes

HINA SANGATKAH MENJADI ONLINE SELLER ?

07:40


Kadang kita kurang beradab.

Dengan online seller.

1) Serbu whatsapp atau message fb dll tanpa salam atau sebarang greetings seperti 'good morning' , 'hai', dll.

2) Maki hamun seller bila merasakan harga terlalu mahal. Iya itu hak customer untuk menganggap sesuatu harga itu mahal atau tidak. Tapi customer langsung tiada hak memaki hamun seller. Taknak beli sudah. Semudah itu.

3) Kalau tak nak beli sekalipun, balas mesej seller dengan declaration yang kita tak nak beli. Senang seller faham, senang nak declare 'you say no, i say next'. Bila seller follow up 'tanya jadi beli atau tidak', 'ada masalah ke dengan produk', dll pertanyaan, reply lah sepertimana kita harap seller reply semasa awal-awal dulu kita galak minta pm.


Cukuplah 3 untuk kita bermuhasabah.
Kadang terfikir, hina sangatkah menjadi online seller sampaikan orang buat acuh tak acuh begitu.


Padahal kita peruntukkan MASA untuk balas mesej pm customer sebaiknya.

Kadang sambil makan terkocoh-kocoh untuk balas mesej customer.

Kadang sambil dukung anak, kita balas mesej customer.

Kadang sambil anak tantrum, kita juga menggelabah nak balas mesej customer sebaiknya.

Maklumlah customer, majoriti jenis nak seller reply cepat je.

Seller juga manusia, punya hati dan perasaan.

Moga Allah lorongkan hati kita untuk bermuhasabah, dan bantu kita menyantuni sesiapa sahaja selayaknya.

Sekian, assalamualaikum.

You Might Also Like

0 comments