letih

TIPS MENGELAKKAN SAKIT BELAKANG DAN SAKIT KAKI AKIBAT BERDIRI LAMA

15:46

Salam.

Ramai antara kita yang perlu berdiri lama semasa bekerja.

Sebenarnya, banyak kilang yang tidak membenarkan operatornya untuk duduk, lebih-lebih lagi jika bekerja dalam production department.

Bahkan, sedia tertulis 'dilarang duduk' (kecuali dengan surat doktor) dalam surat 'employment agreement'.


Mahu tidak mahu, perlu lah berdiri.

Semasa bekerja di kilang dahulu, saya selalu kasihankan operator-operator yang terpaksa berdiri lama untuk bekerja.

Saya pernah bekerja sebagai esekutif di sebuah kilang.

Ramai operatornya adalah orang yang sudah berumur, ramai sekali yang sekitar umur emak saya!

Bayangkan, mak-mak kita bekerja dalam keadaan berdiri sepanjang hari?

Hanya boleh duduk ketika waktu rehat sahaja.

Kasihan kan?

Kebanyakan mereka adalah orang susah, terpaksa bekerja untuk menyara keluarga. 

Moga mereka diberi kemudahan dan kekuatan untuk terus bekerja dengan baik.

Isk sebak pula.

Baiklah, sebenarnya kali ni saya nak kongsi tentang tips yang boleh diikut untuk mengelakkan sakit belakang dan sakit kaki akibat berdiri lama.


1. PAKAI KASUT YANG SELESA, SAIZ SEDANG ELOK DENGAN TAPAK RENDAH

Kasut yang sempit dan ketat, mahupun bertumit tinggi boleh menyebabkan masalah peredaran darah yang akhirnya membawa kepada kekejangan dan kebas.


2. PAKAI STOKIN

Stokin yang baik dapat memberi mampatan yang membantu peredaran darah dan mengurangkan keletihan otot.


3. JAGA POSTUR BADAN

Bila kita penat, dengan mudahnya kita membiarkan badan membongkok, dan bahu jadi 'jatuh'. Sebenarnya ia akan memberi lebih banyak stress kepada otot dan sendi. Badan yang sedia sakit, akan lebih sakit.


4. SESEKALI, SILAKAN BERJALAN

JIka anda bekerja di tempat yang agak kecil seperti cashier, sesekali perlulah berjalan untuk meregangkan otot.


5. MINUM AIR SECUKUPNYA

Bila kita kurang minum air, badan akan lebih letih. Pastikan minum air 2liter sehari ya. 

Cubalah ya.

Moga bermanfaat.

You Might Also Like

0 comments