hidup

ITU KAH SUAMI KU?

21:31

Bila saya menyuarakan hasrat mahu berkahwin dengan orang yang lebih tua, ramai yang mempertikaikan.

Siap ada yang suruh saya berfikir semula.

Amboi.

Suami saya lebih tua sebanyak 8tahun.

Tua sangat ke tu?

Pada saya biasa je, sebab actually doa saya pada Allah adalah nak yang tua 10tahun.

Hehe.

Mungkin umurnya nampak banyak, tapi bila bersembang, tak rasa macam orang tua pun haha.

Orang kata saya ni jenis serius, muka garang nak terkam orang.

Kalau tengok Maharaja Lawak yang orang gelak pecah pentas pun saya takde reaksi, rasa hambar je lawak tu.

Tapi tak bercakap pun saya boleh ketawa dengannya. Sebenarnya dialah pak lawak saya. Kahkah.

Bila saya marah2, membebel-bebel sepanjang hari, dia akan diam je.

Bila saya yang buat salah pun, akhirnya dia yang cakap,

"I minta maaf."

Tapi dengan muka yang mampu bikin saya ketawa.

Cis, rosak mood ku nak marah.
Kihkih.

Bila saya asyik bantu orang sampai menyusahkan diri, dia akan cuba nasihatkan saya, tapi tak cuba stop kan, sebab dia tahu saya akan berkeras yang tolong orang itu adalah perbuatan baik. Huhu.

Hingga akhirnya bila saya mendapat akibat buruk sebab tolong orang lain hingga susahkan diri, dialah yang mendengar luahan dan bebelan saya, TANPA menyalahkan saya dengan berkata,

"Kan I dah cakap dulu."

Tapi dia diam je.

Dialah yang memahami.

Selalu menjadi air.

Menjadi penenang.

Iya, dialah suamiku.

---
Happy 3rd Anniversary.
24th Oct 2017

#bySayaGja

You Might Also Like

0 comments