hidup

CHEQUE DEPOSIT MACHINE : RUPANYA BOLEH BUAT UNTUK BANK BERLAINAN

18:54

Salam.

Memang spesies noob la kot saya ni, jadi blur untuk cash kan cek dari bank berlainan. Ingatkan wajib cash kan di bank yang tertera di cek je. Rupanya tidak!

Boleh je rupanya buat kat bank berlainan.
Ini jadi pada saya masa dapat cek dari Celcom lah.

Dulu ada pakai postpaid Celcom, sebelum tukar ke Umobile.
So bila tukar ke Umobile, any balance yang kita terlebih bayar sebelum ni tak burn pun. Celcom pulang balik kat kita, cuma mungkin ambil masa berbulan-bulan haha.

Punyalah terkejut masa dapat cek tu.
Rupanya tu cek untuk Celcom refund balik bayaran yang terlebih tu.

Celcom pulang dalam bentuk cek, guna bank HSBC. Perlu di-cash-kan dalam masa 12bulan kalau tak silap.

Mulanya memang menggelabah lah nak gi cari bank HSBC semata-mata nak cash kan cek tu. Rupanya memang boleh buat kat mana-mana CHEQUE DEPOSIT MACHINE.

Oh baru ku tahu.

So apalagi, terus ajak Mr R pergi terjah Maybank berdekatan, masukkan cek tu dalam mesin tu. Jangan lupa letak NAMA dan NOMBOR AKAUN penerima. Follow je arahan kat mesin tu ok. Mudah sekali.

Duit tu takdelah magik terus masuk akaun (yang kita masukkan), tapi ambil masa dalam beberapa hari.

Dan memang duit berjaya masuk akaun dengan selamatnya.

Maka inilah suatu pengetahuan baruku, yang cuba dikongsi bersama kalian.

Moga bermanfaat ya.

You Might Also Like

0 comments