tazkirah

TIPS MENINGKATKAN MOTIVASI DIRI KETIKA BERASA 'DOWN'

09:39

Salam.

Sebagai manusia nornal, memang akan ada masanya kita berasa down, demotivated, kosong, mahupun rasa loser.

Perlukah kita biarkan diri kita berada dalam situasi begitu?

Pastinya tidak, kerana syaitan cukup suka pabila kita berada dalam situasi begitu.



Jadi, apa perlu kita buat?
Saya kongsi beberapa tips yang boleh dicuba pakai, yang tersenarai ni memang dah terbukti berkesan pada saya.
Moga anda juga mendapat manfaat melalui perkongsian ini.


1. SEDIAKAN HADIAH (REWARD) UNTUK DIRI SENDIRI

Ada ke orang yang tak sukakan hadiah? Hehe.
Cuba hadiahkan diri dengan sesuatu yang kita sukai. ini BUKAN bermaksud 'Tahniah kerana down!' tapi bermaksud 'Tahniah kerana cuba melawan rasa down!'
Berjanjilah pada diri sendiri yang kita akan menjadi orang baru yang lebih baik selepas mendapat hadiah tersebut. <-- Ini paling penting!

Hadiah tu terpulanglah pada kita, nak bagi apa pada diri sendiri kan?
Kalau suka kek chocolate indulgence, silakan pergi beli.
Kalau suka lipstick baru, silakan beli.
Kalau suka kopi sedap di The Coffee Bean, silakan pergi beli.
Kalau suka window shopping, silakan pergi.
Kalau suka duduk diam-diam dalam rumah seorang diri, silakan berbuat demikian.

Buatlah apa saja, asalkan kita gembira dan boleh atasi rasa down tu.


Nak tunggu orang lain belikan hadiah, lambat. Beli sendiri je.


2. BUAT ATAU BELI SESUATU YANG BARU

Ni nampak macam sama dengan point nombor1, tapi sebenarnya lain sikit.
Point nombor 2 ni, orang Jepun sebut 気分転換 (kibun tenkan), yakni bermaksud TUKAR MOOD.


Misalnya kita tak pernah buat kek, haaa cubalah buat kek. Mungkin kita tak pernah naik roller coaster, maka boleh cuba naik roller coaster.

Yang penting, buat sesuatu yang kita tak pernah buat sebelum ni.


Sedapnya nyum nyum.



3. PASTIKAN BERADA DALAM LINGKUNGAN ORANG POSITIF

Ini penting sangat untuk memastikan kita mempunyai support system yang baik.
Jika kita mempunyai kawan fb yang suka up status positif, yang baik-baik, maka silakan follow fb orang tu.
Boleh juga baca buku-buku yang baik untuk jiwa seperti La Tahzan dan Hati Sebening Mata Air.


Senyum bersama.


4. BUANG SEGALA UNSUR NEGATIF

Ini adalah untuk menjaga diri kita daripada perkara yang tidak baik.
Sebenarnya status-status di fb kawan-kawan yang negatif boleh memberikan impak negatif pada kita juga.
Cubalah klik 'hide post' pada fb kawan anda yang anda tak senangi post nya.
Jika ada whatsapp group yang gemar bercerita perihal orang lain, gosip-gosip ke, kutuk-kutuk orang ke, feel free untuk leave group.
Kalau di ofis ada grup yang suka soksek soksek perihal orang lain, cubalah diam je takyah komen ataupun lagi bagus, bangun lalu tinggalkan je aktiviti sembang sebegitu.

Sesungguhnya orang yang gemar bercakap tentang orang lain itu adalah virus berbahaya yang boleh merosakkan hati, memburukkan hubungan, bahkan menimbulkan prasangka. Allah pun tak suka.


Tinggalkan yang tidak baik.


5. DEKATKAN DIRI DENGAN TUHAN

Inilah yang paling penting dan power.
Rajinkan membuat amalan sunat, banyakkan membaca alquran dan lagi bagus kalau dapat bangun berqiamullai.
Sesungguhnya yang dapat menenangkan kita adalah bila kita mengingati Tuhan.
Bukankah Dia yang memegang HATI kita?
Berdoalah bersungguh-sungguh agar Allah sentiasa bersama kita, menjaga hati kita agar tidak terus-terusan down dan rasa loser.
Kadang Allah saja bagi kita perasaan down tu, hanya untuk memanggil kita kembali padaNya.
Mungkin Allah dah merindui kita yang dah jauuuuuuuuh daripadaNya.




Perasaan kita adalah tanggungjawab kita.
Kita yang jaga.
Jangan biarkan orang lain mempengaruhi bagaimana kita perlu berperasaan pada satu-satu ketika.

Moga kita tidak berlama-lama dengan perasaan down, kerana hidup ini terlalu singkat untuk melayan perasaan tak menyeronokkan itu.

Bangunlah dan hadapi hari mendatang dengan semangat yang baru.

Moga Allah jaga kita semua.

-Mama T-

You Might Also Like

0 comments