bisnes

SEBAB MENGAPA ORANG BISNES PERLU STAYCATION

06:00

Salam.

Saya pun baru je tahu tentang istilah staycation ni.

Staycation ini adalah kita keluar daripada rumah kita dan bermalam di tempat selain daripada rumah sendiri.


Tengok pantai yeahhh. Gambar google je ni.


TEMPAT UNTUK STAYCATION

Tempat staycation ni boleh jadi di hotel depan rumah je. Atau dalam lingkungan 1jam perjalanan dari rumah kita. Kalau dah 2-3 jam, dah jadi vacation la pulak. Hotel bajet pun no problem, asalkan tujuan tercapai.

TUJUAN STAYCATION

Untuk melihat view yang lain daripada yang biasa kita lihat. Pendek kata kita 'lari' sekejap daripada rutin biasa di rumah.

KEBAIKAN STAYCATION

Kibun tenkan. tu orang Jepun kata. Mood baru, feeling refresh gitew.
Ye lah kan, bila dapat 'lari' sekejap daripada rutin harian kita, dapat pulak tengok view baru, tengok benda-benda hijau, tengok pantai, pijak-pijak pasir pantai ke, mestilah rasa macam woooo fresh kan.

Bila dah rasa mood baru yang fresh gitu, kita lebih mudah berfikir idea baru dan dapat buat kerja dengan lebih pantas.

Buktinya?

Staycation telah buatkan saya bersemangat bangun tengah malam di hotel semata-mata untuk buat bisnes. Update blog, blogwaking, taip idea baru yang mencurah-curah datang dalam kepala ni.
Biasanya, 1 post ambil masa 1-2jam jika berterusan berada depan komputer, tapi semasa staycation, secara magiknya saya dapat siapkan 1 post dalam masa setengah jam je. Wow saya sungguh seronok dan terus nak buat staycation selalu kahkah. Padahal zaman sekolah dulu selamba je tulis 1 karangan dalam masa 20 minit. Kahkah pada diri ini. Memang selalu gak saya cuba mengenangkan zaman sekolah dulu yang kita wajib siapkan 1 karangan dalam masa 20 minit, dan yeahhh kita berjaya je buat. Entahlah apa yang merasuk hingga susah nak menulis laju-laju. Hehe. Alasan je tu.

PENGALAMAN STAYCATION

Saya memilih Port Dickson, yang mengambil masa dalam 1jam perjalanan dari rumah. Pilih hotel bajet je sebagai pengalaman pertama. Newbie lah katakan.
Menginap 2 hari 1 malam. Jenuh pujuk jugaklah kat Mr R tu supaya merestui staycation kami. Siap ada adegan merajuk sebab beliau buat layan-tak-layan je idea i tu. Ofkos lah saya menang kahkah, tu yang berjaya juga staycation pertama.
Maklumlah saya yang bayarkan kos menginap di hotel dan makan sepanjang staycation, mujuuuuuuur ado duit bonus Shaklee kan.

Alhamdulillah, staycation ni buatkan saya semangat nak buat kerja bisnes.
Lagipun didorong oleh rasa bertanggungjawab terhadap niat asal staycation iaitu

"Nak staycation untuk upgrade bisnes Shaklee sendiri."

Maka siapa lagi yang layak untuk merealisasikannya kalau bukan diri sendiri?

Haaa gitulah semangatnya.

Lagi satu, mungkin juga di'tekan' oleh perasaan takmau digelakkan oleh Mr R kalau saya takde buat apa pun kerja bisnes sepanjang staycation ni kahkah.
Ye lah kan, awal-awal tu kita yang semangat paksa eh pujuk beliau untuk staycation. Kang kalau berjimba je sepanjang staycation tanpa sebarang kerja bisnes, ofkos beliau bantai gelak dan akibat yang lebih dahsyat, mungkin beliau akan malas dah nak layan permintaan untuk staycation akan datang huwaaaaaa.

Ye begitulah kisah staycation pertamaku.

Moga-moga boleh menjadi inspirasi kepada anda yang berbisnes di luar sana untuk melakukan staycation untuk menambahbaik bisnes sendiri.

Ingat.
Bisnes kita, kita yang jaga.

Tak ada bisnes lagi?

Moh le join saya berbisnes Shaklee.

Mudah.
Masyuuuuuuk.

Mesej/Call/Whatsapp : 019-5161862
(Aziza/Gja)
nuraziza3010@gmail.com
FB :  Saya Gja dot com







You Might Also Like

0 comments