hidup

LAMBAT MARAH DAN CEPAT REDA

07:15

Salam.

Orang yang tidak mengenali saya akan berkata saya adalah seorang yang pendiam.
Jarang bercakap.
Bahkan ada yang pernah kata saya mudah dipijak kepala.

Bagi orang yang mengenali saya,
pasti akan tahu bahawa saya jenis yang tidak berdiam diri,
pabila sedang diperbodohkan dan dipergunakan.
Saya bukanlah yang akan diam jika ada sesuatu pendapat tentang sesuatu.

Sesungguhnya perangai diam saya yang dilihat oleh orang lain itu bukanlah bermaksud saya jenis pendiam.
Tapi lebih kepada 'malas nak layan hang'.

Ye itulah maksud sebenarnya.
Makin dewasa ni, saya makin banyak belajar untuk tidak reaktif, tidak cepat memberi respon pada sesuatu perkara.
Kerana itulah lately saya makin selesa berdiam diri daripada berkata-kata.
Saya tahu bahawa mulut saya boleh tahan pedas dan kata-kata saya kerap menusuk jiwa sebab saya suka berterus terang yakni pilihan kata adalah yang direct tepat ke atas muka si penerima.
Diam itu juga kan melatih sabar dan tenang?
Bukankah itu ciri orang mukmin, orang yang dekat dengan Tuhannya.

Pernah suatu ketika dahulu, saya selalu bertekak dengan ex-bos saya di tempat kerja.
Kalau ada yang tak puas di hati, memang saya direct je cakap.
Begitulah saya suatu ketika dahulu, seorang gadis yang baru mengenal alam dewasa.
Tak kenal erti takut pada orang.

Tiap kali lepas bertekak, mesti saya rasa sesal kerana memikirkan diri yang masih kurang sabarnya.

Maka hari demi hari, saya cuba mengajar diri untuk menjadi diam.
Tengok je.
Puas hati atau tidak, itu belakang kira.

Memang saya respect dan salute sangat dengan orang yang boleh bersabar dengan sesuatu yang menyakiti hatinya.

Dalam pada saya kagum dengan orang yang janis diaaaaaam je walau apa yang terjadi, rupanya ada orang yang mengagumi 'keberanian' saya dalam menyuarakan rasa ketidakpuasan hati, tak memendam dalam jiwa sendiri.

Ada seorang kawan yang pernah bermesej whatsapp pada saya, menceritakan perihal bosnya yang suka bagi pressure dan menyakiti hatinya dengan kata-kata yang harsh. Hingga dia pernah berkata,

"Alangkah saya mahu sekali menjadi seperti awak yang mampu menyuarakan rasa ketidakpuasan hati kepada bos awak. Saya tak mampu, hanya boleh tersedu menangis di dalam surau."

Sungguh saya terkedu.
Tak pernah sangka ada orang yang berhajat untuk menjadi 'mampu' menyuarakan ketidakpuasan hati.

Pernah ada seorang kawan yang lain pula pernah berkata,

"Alangkah baiknya jika saya berani seperti Gja. Saya hanya mampu tunduk dan diam je bila bos mahupun orang department lain membambu saya dalam meeting."

Saya lebih terkedu. Ini lelaki yang bercakap begitu.

Tak tahu nak rasa macammana.

Kadang jadi confuse sendiri.

Bilamana saya cuba bertegas, menyuarakan ketidakpuasan hati, akhirnya saya berasa sesal sendiri, bahkan mengagumi orang yang hanya mampu berdiam diri.

Tapi dalam pada itu, ada juga orang lain yang mahu menjadi berani menyuarakan ketidakpuasan hati, membela diri sendiri dalam suasana yang menekan.


Selalunya bersikap reaktif dan selalu bertegas kerap memakan diri.

Mungkin ada yang menganggap menyuarakan suatu ketidakpuasan hati adalah suatu keberanian, tapi hakikatnya ia tak perlu dilakukan selalu.

Cukuplah hanya sesekali bersuara.
Banyakkan berdiam diri adalah lebih harmoni.

Tak puas hati?

Takpe, Allah tahu.

Kadang (selalunya?)  kita berhadapan dengan sistem yang tak adil.
Orang yang banyak bersuara dianggap sebagai tukang protes, tukang hasut, keras kepala bahkan mengganggu kelancaran sesuatu kerja.
Ini selalu jadi kalau orang atasan tu jenis ego tinggi, tak boleh ditegur.

Maka, berdiam diri adalah lebih baik. 

Mari kita cuba mencontohi sikap Rasulullah SAW, yang sungguh mengagumkan, 

LAMBAT MARAH, CEPAT PULA REDA

Sungguh besar jiwa baginda. 











You Might Also Like

0 comments