rumah tangga

PIKAT HATI ISTERI TANPA MODAL WANG

06:26

Salam.

Ini kisah benar.

Saja nak kongsi, mana tahu boleh bagi ilham pada suami2 di luar sana, nak pikat hati isteri, tak semestinya perlukan modal wang ringgit apatah lagi intan permata. Sedarlah bahawa tak semua perempuan sukakan wang ringgit. Ehem.

Sebenarnya saya pun tak sedar sangat tentang ini, tapi lama-kelamaan saya rasa senang hati dan 'lega'. Maksudnya saya gembiralah dengan apa yang suami buat.
Simple je, tapi amat menggembirakan.

Kisahnya begini.

Anak saya memang jenis yang tidur awal, sekitar jam 8-9malam sudah tidur. Pernah juga berjaga hingga pukul 10malam, kebiasaannya adalah bila berkumpul ramai2 dengan saudara mara, banyak orang nak melayan dia waktu tu. Tapi waktu tu anak akan jadi cranky dan mengada sangat.

Jadi memang pukul 9malam gitu, saya pun mesti masuk ke bilik untuk tidurkan anak. Anak saya ni jenis yang perlukan suasana gelap dan sunyi, baru dia nak tidur. Oh ya, dia juga mahukan mamanya ini turut baring di sebelah dia, barulah dia golek sana golek sini, cari pot nak tidur.

Mama yang sudah berbaring?
Dalam gelap sunyi pula tu.

Maka selalulah mamanya ini turut terkoma zzzzzzzz bersama anak ke alam mimpi.

Bila terjaga di tengah malam,
antara kegelabahan yang ada adalah tak solat isyak lagi (kadang tak sempat solat isyak lagi, si Tiara dah merengek ajak tidur), dan tak 'cairkan' ayam untuk bekal anak ke rumah pengasuh pada keesokan harinya.

Cairkan ayam tu maksudnya turunkan ayam dari bahagian beku peti kepada bahagian chiller peti.

Amazingly, selalu je saya surprise sebab tahu2 je ayam dah pun berada di bahagian chiller. Magik kan? Ni kerja Mr R lah ni. Lega tau bila tengok dah ada orang tolong cairkan ayam.

Mudahlah untuk memasak makanan bekal Tiara esok pagi.

Terus gembira je saya jadinya.

Simple je kan?
Takyah wang ringgit pun.

Cerita lain.

Saya jenis suka gosok baju kerja (saya dan suami pakai baju uniform kilang) selonggok sekaligus.
Maksudnya baju untuk seminggu tu, saya gosok siap2.
Selalunya Ahad malam.

Selalu jugalah saya lihat baju2 kerja dah berada atas meja iron siap2.
Tak perlulah saya cari2 baju di sebalik helaian2 baju yang lain.
Nak cari baju di sebalik helaian2 baju lain tu pun sebenarnya boleh bikin stress, haha sebab banyak sangat baju2 lain. Penat nak cari.

So melihat baju2 kerja yang patut digosok sudah pun ada atas meja iron, itupun dah boleh buat saya gembira.

Sebenarnya tak adalah tiap kali nak gosok, baju2 dah ada. Mr R ni buat kadang2 je. Tapi saya still happy tau.

See, takyah keluar wang ringgit pun.

Cerita lain.

Tiap2 pagi, saya perlu menghantar anak ke rumah pengasuh.
Ibu2 mesti tahu yang kita perlu banyak jenis beg di waktu pagi.
Beg baju anak(hari isnin bekalan baju seminggu)
Beg bekal.
Beg telekung sendiri (hari isnin).
Beg pam (dulu mengepam di ofis).
Pampers baru (2minggu sekali)

Pagi2 lagi segala beg tu saya siapkan dan letak selonggok di atas sofa.
Mr R lah yang bawak beg2 tu masukkan dalam kereta siap2, sebelum beliau merempit ke tempat kerja beliau.

Saya cuma usung anak dan beg tangan sendiri sahaja.

Lagi best, waktu saya dah masukkan makanan anak ke dalam bekas bekal yang berada di dapur, Mr R lah yang akan tutupkan bekas bekal tu, letak dalam beg, dan bawa ke kereta. Selalu juga dia yang basuh botol susu anak dan bancuhkannya siap2 dan masukkan dalam beg bekal.

Haaaa simple je kan?

Kesimpulan yang saya boleh buat adalah, isteri akan gembira kalau perkara rutin yang dia buat tu, suami tolong buat sama walaupun sikit. 

Keyword : perkara rutin

Bukan apa, perempuan memang suka lah bila ada orang 'sedar' dan 'nampak' keletihan dia tu. Suami tak tolong buat habis pun takpe, buat acah2 sikit pun dah rasa gembira. Rasa dihargai gitu.

Haaaa tak perlu wang ringgit kan?

Tu je lah sharing kali ini.

Malas nak cerita banyak, kang korang jeles pula kalau saya cerita yang Mr selalu kemaskan meja makan selepas makan, kutip2 nasi anak yang bertabur waktu makan, siap basuh pinggan (semua pinggan mangkuk, bukan pinggan dia je).

Maklumlah lepas makan malam tu, anak memang dah cranky ajak masuk tidur.
Saya kena urus anak (tukar baju yang kotor lepas makan), dan perlu masuk tidur bersama anak hehe.

Kahkah jeles lah tu.
Ok gurau je.

Moga bermanfaat.




You Might Also Like

0 comments