kahwin

LEPAK DI KEDAI MAMAK SELEPAS HABIS KERJA BOLEH JADI TERAPI DIRI

05:33

Ini cerita petang Isnin.

Saja menyinggah di kedai mamak, bersama seorang kawan ofis.

Selepas dapat keizinan daripada Mr R, terus saya mesej kepada pengasuh, mintanya jagakan Tiara hingga pukul 7petang, saya kira itu sebagai OT padanya.



Teh air, dan roti telur, itu menu saya.

Nescafe O panas dan roti canai, itu menu dia.

Kami hanya berdua, bersembang pelbagai perkara.
Seronok bila dapat bersembang lama sikit berbanding waktu rehat di ofis, waktunya terbatas.

Rupanya bersembang dengan kawan di luar waktu kerja di kedai mamak, boleh menjadi suatu terapi.

Perempuan kan suka bersembang, ada je cerita yang nak dikongsi.
Bila cerita2 tak dikongsi habis, haaaa mulalah rasa ada something wrong. Haha.

Mujur suami memahami.

Balik rumah selepas ambil Tiara di rumah pengasuh, saya pun memasaklah di dapur, walaupun perut sendiri kenyang sebab makan roti telur petang tu.
Suami punya pasal, masak jugalah kan. Air tangan isteri kan pengikat hati suami.
Mujur i pandai masak. #eh

Lepas ni, rasa nak ulang lagi aktiviti lepak di kedai mamak luar waktu ofis.
Mungkin pilih kedai lain. Tengoklah macam mana nanti.
Tak lama pun aktiviti melepak tu. Dalam 40 minit je padahal. Tapi rasa release, rasa best entah macammana nak cakap. Korang try lah sendiri ok.

Ni pun boleh jadi ME TIME.

Sekejap pun ok.

Suami2 kena faham yang isteri adalah seorang perempuan, memang dia PERLU bercakap untuk lepaskan perasaan.

Kadang sembang dengan orang lelaki (suami) ni, lain sikit style orang perempuan bercakap. Lelaki kan jenis straight. Kena cerita satu topik demi satu topik. Kalau cerita dengan orang perempuan, boleh tukar2 topik sesuka hati, dah cerita tentang A, masuk pasal B hingalah ke K, tiba2 ok je reverse topik A tadi. Rilek je orang perempuan boleh ulang tayang topik yang sama.

Kalau dengan orang laki, memang takleh la.
Pernah dulu saya dah bercerita macam2 dengan Mr R, daripada cerita A hingga lah ke Y, tiba2 saya ulang cerita A, siap tambah huraian cerita lah. Boleh pula Mr R cakap,

"La, tak habis lagi ke pasal tu?"

Ceeessss.
Potong mood orang nak bercerita.
Terus i stop terus cerita waktu tu.
Wakaka.

Kadang, saya jawab,

"Alaaaa orang nak cerita jugak. Dengar je lah."

Lalu beliau pun pasrah mendengar cerita yang sama berulang kali.
Hehe.

Haaaa jadi jika anda seorang perempuan, nak cuba ME TIME, try ke kedai mamak, dalam setengah jam pun dah ok. Janji dapat lepaskan apa yang terbuku di dada tu.

Minta izin suami tau.

Nanti balik rumah, sure korang happy, and mesti suami pun suka bila tengok kita happy semacam kan.

Selamat mencuba!

Ni waktu honeymoon kihkihkih.






You Might Also Like

0 comments