random

KENAPA PERLU KELUAR DARIPADA GRUP WHATSAPP ?

05:57

Orang kata action speaks louder kan.

Maka saya pun bertindak leave group je lah, daripada berkata2.

Ayat saya selalunya pedas dan menusuk kalbu, bak kata orang. Maka i diam je.

Sebenarnya saya tak suka bila asyik dapat mesej atau gambar daripada member dalam grup, yang berunsur lucah, gatal, juga yang merendahkan maruah perempuan.

Terpulang lah pada persepsi dan penerimaan masing2 pada isu ini.

Gurau je?

Takat tu je rupanya idea anda2 nak bergurau.
Kah!

Takde cara lain ke nak bergurau bro?

Alaaaaah... lek2 sudah, pejam mata je. Ignore je. Diam je. Banyak lagi info lain yang ada dalam grup. Tu grup alumni kot.

Iya, sudah ada lebih daripada 1 grup alumni yang saya leave, hanya kerana isu di atas.

Menyesal keluar grup?

Tidak.

Kini hati lebih tenang, tak terima gurauan murahan sebegitu lagi.

You Might Also Like

0 comments