hidup

INSIDEN PAGI RAYA DI RUMAH MERTUA YANG TAKKAN KULUPA

22:51

Salam.

Pejam celik, rupanya saya dah pun beraya kali ke-3 setelah bergelar isteri orang.

Teringat raya 2 tahun lepas, ketika beraya rumah famili Mr R, di Melaka.
Berlaku insiden yang memang saya takkan lupa lah.

Insiden pagi raya di rumah mertua. Gitew.

Ingat lagi pagi tu, saya yang baru keluar bilik air setelah mandi, terkagum melihat anak2 buah dah siap pakai pakaian raya padahal belum pukul 7 pun lagi. Langit masih gelap gelita tau.

Saya pun rilek2 lah, pakai2 bedak, belit2 tudung, pin tudung jap, pastu bukak balik, adjust sikit dll. Maklumlah raya, kena lah tampil comel lebih sikit pada biasa.

Tiba2 Mr R masuk bilik cakap, SEMUA ORANG dah siap, tengah tunggu saya je.

Saya pun dengan hairannya tanyalah, tunggu apanya? Solat raya kan pukul 8.30pagi gitu.

Pagi raya pertama tu rupanya geng muda-mudi KENA BERAYA DI RUMAH JIRAN2 SEBELUM SOLAT HARI RAYA. Umur saya ni dikira muda-mudi. Yang tua2 tu adalah yang dah bercuculah.

Ces, patutlah sebelum pukul 7 lagi, anak2 buah dah siap mandi manda, pakai baju raya termasuk yang berumur 2 tahun gitu. Ku fikirkan mereka excited nak beraya, maklumlah kalau famili saya, lepas pukul 7 tu ada je yang baru nak kecoh2 mandi.

Yang tua2, duduk kat rumah, tunggu ketibaan orang muda mudi tu.

Takdelah beraya sakan, kira macam pergi 5-6 buah rumah terdekat, pergi salam orang tua2 situ. Minum teh O gitu je lah. Walaupun tuan rumah duk ajak makan kuih raya dll, orang tak makan sangat pun, mungkin sebab pagi sangat, orang takde mood nak makan lagi lah kot.

Kiranya, kalau pagi2 tu, wujud orang muda-mudi di rumah tu, haaaaa faham2 lah itu mungkin yang jenis tak bangun pagi atau tolong mak pak sediakan juadah pagi raya (bersangka baik).

Lepas insiden tu, kak ipar datang dekat dan berbisik,

"Dulu akak pun macam ni jugak. Terkejut sebab pagi2 lagi dah kena beraya."

Peh, terpujuk sikit hatiku.
Ada juga yang memahami keadaan diriku, kantoi lah muka terkejut tergamam ni, tu yang kak ipar datang tegur kot.

Waktu tu memang rasa nak meletup je kat Mr R sebab tak briefing dulu cara2 nak beraya di rumah famili dia tu. Jatuh sahamku bila jadi orang TERAKHIR bersiap, kalah budak2 tau.

Apa pun, peristiwa tu memang lekat di ingatan saya, dan memang saya akan cerita pada pengantin baru yang nak beraya kali pertama di rumah mertua.

Silakan dapat briefing daripada pasangan tentang adat/rutin/amalan dalam famili mereka. Lain negeri, lain adatnya. Lain famili, lain rutinnya. Janganlah sampai jadi macam diriku ini. Huhuhu.

Ok begitulah kisah raya kali pertama di rumah mertuaku.

Moga anda semua bergembira menyambut hari raya kali ini ya.

Sekian.

NI gambar raya tahun ni.




You Might Also Like

0 comments