anak

IDEA DAN TIPS MENJANA MINDA ANAK BERUMUR 1-2 TAHUN MELALUI AKTIVITI FIZIKAL

05:14

Salam.

Wah kali ini kita berkongsi perkara ilmiah pula ya.

Since Tiara dah berumur lebih setahun, saya selalu jugalah fikir, apa yang boleh dibuat untuk bantu anak belajar sambil bermain.

Maklumlah dia ni seorang je budak dalam rumah, kawan pun takde.
Bosan lah dia. Kadang ada juga layan dia naik basikal dalam rumah, main kejar-kejar ke, main nyorok-nyorok pun ada. Terkekek-kekek dia gelak bila main gitu. Padahal mamanya dah semput layan dia berlari tu. Huhu.



Apa yang saya bakal kongsi bawah ni adalah hasil dari pembacaan saya.
Tulis sini siap-siap untuk nota diri sendiri sebenarnya.
Senang nak refer di kemudian hari.
Mana tahu ada kawan-kawan yang boleh dapat manfaat daripada apa yang saya kongsi.

So, apakah idea dan tips tersebut?

1. MASUKKAN BENDA KE DALAM BEKAS

Simple sekali. Guna apa yang ada di rumah je. Contohnya masukkan sudu ke dalam bekas, dan keluarkannya kembali. Masuk satu persatu. Kemudian keluarkannya pula satu persatu. Contoh lain, ajak anak pegang botol, dan masukkan beras ke dalamnya. Aktiviti ni dikatakan dapat merangsang anak pandai makan sendiri. Oh ya, tangannya yang duk menggodek-godek beras tu pun sebenarnya bagus untuk merangsang pergerakan motor halus.

2. MENCONTENG

Budak mana yang tak suka menconteng? Wakakaka. Sediakan tempat untuk dia menconteng seperti tampal kertas di dinding siap-siap, guna kertas mahjong pun boleh, jimat. Ada kawan saya tampal papan hitam terus di dinding. Boleh juga tampal kertas di lantai rumah. Ajak anak menconteng gunakan krayon, pensel mahupun marker. Kena pantaulah takut ada yang makan krayon tu. Latihan ni dapat mudahkan dia untuk memegang alat tulis tu nanti.

3. MAIN DOH

Ni lagi satu aktiviti yang boleh guna barang dapur je. Buat doh guna tepung gandum je campur air. Biarkan anak menguli, menggentel, memicit, menekan, meramas dan mencubit doh tersebut. Boleh juga ajak dia menekap acuan macam nak buat biskut tu. Pergerakan jemari dia tu boleh merangsang pergerakan motor halus, menguatkan tangan dan mengajar dia mengawal pergerakan tangannya.

4. KAD IMBASAN

Haaa ni memang ilmiah sikitlah. Gunakan kad yang bergambar. Kalau rajin, buat sendiri dengan cara print je dari internet. Kalau tak berapa rajin, boleh beli di kedai mainan, online pun ada. Cara beraktiviti adalah kita menyebut sambil menunjukkan kepada anak. Dah nama pun imbas, so sekali lalu je lah. Main ni tak lama, cukup dalam  5-10 minit. Lama sangat nanti anak bosan. Umur setahun ke atas, anak dah start nak tahu banyak benda. Tapi kadang anak tak layan pun kad tu, mama harus bertabah ya. Ulang je buat. Bila kita duk imbaskan kad tu, mata anak pun akan bergerak melihat kad yang kita pegang. Ni bagus untuk senaman mata anak.

5. BERMAIN BLOK

Bila bermain blok, ia melatih koordinasi tangan dan mata anak. Pergerakan mata perlu selari dengan pergerakan tangan. Ia juga dapat memupuk sikap berhati-hati supaya binaan tidak jatuh. Jika gunakan blok berwarna, lagi bagus kerana dapat mengenalkan anak pada warna. AKtiviti ni akan melatih fokus selain menjadi kreatif membina binaan. Oh ya, kalau nak jimat, gunakan tuppeware je, bekas aiskrim pun boleh.

Cukuplah 5 idea buat kali ini.
Banyak lagi sebenarnya, nanti saya kongsi lagi ya.



Apapun, bila buat aktiviti begini, bukan sahaja anak seronok, bahkan mengeratkan lagi hubungan kita dengan anak. InsyaAllah anak dapat rasa perhatian kita bila kita bermain bersama begini. Siapa yang tak suka bila ada teman bermain kan?


Oklah sekian dahulu.

Moga bermanfaat.

-Mama T-




You Might Also Like

0 comments