Tak tahu sebenarnya bagaimana harus aku bercerita.
Laman mukabuku sudah seakan medium berbalas kata.
Ada orang yang seakan rimas dengan luahan perasaan orang lain di mukabuku.
Sedangkan ada orang yang berasa lebih 'ringan' selepas meluah.
Apa salahnya, dah itu mukabuku dia.
Bukan meluah yang mencaci maki.
Tapi sekadar bercerita pendapat dan rasa hati sendiri.
Ibu bekerjaya.
Ibu di rumah.
Wanita bekerja untuk survive.
Suri rumah berpelajaran tinggi.
Tempoh hari aku terguris,
pabila ada rakan mukabuku yang memperlekehkan wanita yang mahu menjadi suri rumah.
Aku sedih.
Kerana cita-citaku adalah mahu menjadi suri rumah.
Iya kini aku masih lagi perlu bekerja, mahu menyelesaikan hutang dan membina aset.
Aku punyai timeline aku sendiri, mahu menjadi suri rumah pada tahun sekian-sekian.
Sesungguhnya aku mahu mendidik anakku sendiri.
Mahu melihat anakku membesar di hadapan mata.
Berbalik pada isu meluah perasaan di mukabuku.
Soalanku satu sahaja.
Salahkah meluah perasaan di mukabuku?'
Iya aku tahu itu semua pilihan masing2-masing.
Sepatutnyalah kita saling menghormati pilihan orang lain.
Bilamana ada orang yang memilih untuk meluah perasaan di mukabuku, maka marilah kita raikannya.
Jika tak berkenan,
jika tak selesa dengan penulisan tersebut,
kita juga masih punya pilihan,
untuk skroll sahaja atau klik hide post, atau unfollow terus.
Senang kerja.
Tapi masih ada yang memilih untuk menyakiti.
Mempertikaikan orang lain yang meluah bercerita.
Sekali lagi aku bertanya,
"Salahkah meluah perasaan di mukabuku?"