cerita

SUSAHNYA MENJADI IBU

00:14

Dulu selalu fikir, macam manalah bonda boleh buat banyak benda seorang diri.

Kadang tak masuk dek akal.

Dulu waktu saya masuk darjah 1, bonda baru masuk kursus perguruan di Penang. Ketika itu kami sekeluarga tinggal di Gombak.

Nenek dan Tok Ayah datang dari Kelantan untuk menjaga kami yang ketika itu 6 beradik.

Saya tak tahu macam mana bonda buat,
Tapi yang pasti,

SETIAP HUJUNG MINGGU pagi Sabtu pasti bonda dah ada di rumah Gombak.

Kami bersama2 di hujung minggu, dari pagi Sabtu hinggalah Ahad malam, ketika kami adik beradik menutup mata untuk tidur.

Isnin pagi, bonda dah pun sampai di maktab perguruan di Penang.

Bila dah besar sikit, saya tanya bonda, macammana boleh magik ada kat Penang pada pagi Isnin?

Jawabnya,

"Mak ambil bas pukul 12malam, saja amik yang lewat untuk tunggu anak2 tidur dulu. Takdelah drama nangis2 bila mak nak keluar rumah."

Saya tanya lagi,

"Pagi Isnin tu mestilah mak sampai waktu pagi kan, terus pergi kelas ke?"

Bonda jawab,

"Yelah. Begitulah rutin mak tiap minggu. Semuanya untuk anak2."

Iya, selepas 1tahun bonda ambil kursus perguruan, barulah berjaya jadi cikgu.

Saya tanya bonda,

"Mak TAK PENAT  ke ulang alik gitu SETIAP MINGGU?"

Bonda jawab,

"Anak-anaklah kekuatan mak. Bila kamu jadi mak nanti, kamu juga akan berbuat sesuatu yang kamu tak pernah terfikir pun."

Saya diam je sebab waktu tanya tu belum kahwin pun lagi.

Bonda menyambung,

"Sesiapa yang jadi emak, dia akan sanggup BUAT APA SAJA untuk anak2 dia."

Dan kini, saya mengangguk tanda setuju.

Saya memilih untuk struggle dalam biz Shaklee untuk TIME FREEDOM dan FINANCIAL FREEDOM untuk famili saya.

Siapa kata tiap pagi rushing hantar anak ke rumah pengasuh itu best?

Itu mujahadah besar buat seorang ibu.

Mana2 ibu lain yang nak buat side income, boleh hubungi saya ya.

019-5161862

You Might Also Like

0 comments

Arkib Artikel