SOLAT BUKAN MAIN, TAPI PERANGAI... JOIN USRAH, TAPI AKHLAK...

00:45

Pernah dengar?

Pernah cakap?

Ramai sebenarnya yang fikir, orang yang solat adalah golongan suci  TAK LAYAK buat salah, tak boleh buat dosa.

Orang usrah lagilah kena suci bersih.

Di ofis saya, ada disediakan peti ais di pantri.

Dah nama peti ais, so ramai lah yang letak makanan minuman.

Dalam ramai2 ahli ofis, wujudlah orang yang jenis suka 'rasa' apa yang teringin dimakannya yang terlihat dalam peti ais itu.

Dia nak, dia ambil saja. Tak inform pun pemilik makanan minuman tersebut.

Selamba je kan?

Kita nak tumpang letak makanan dalam peti ais pun fikir banyak kali. Letak di waktu pagi, petang tinggal plastik saja.

Hewhewhew.

"Orang semayang tu yang buat perangai, bukannya tak semayang."

Ulas seorang staf wanita berumur 40-an,  yang free hair.

Itu contoh keadaan yang buatkan kita terus menuding keburukan seseorang kepada solatnya.

Ibarat orang solat sepatutnya zero dosa.

Iya benar, solat itu mencegah seseorang daripada melakukan kemungkaran.

Maka jika ada seseorang yang melakukan sesuatu kejelekan, mungkin ada problem dengan solatnya.

Bukan itu point saya.
Hal solat ada problem, itu urusan dia dengan Tuhan.

Kita sembang soal kita-kita.

The other side of view.

Bila lihat seseorang yang solat tapi berlaku jelek, mungkin boleh berfikir begini :

"NASIB BAIK DIA NI JENIS SOLAT. Tahap ni je benda 'jahat' dia buat. Kalau tak solat, mungkin lebih 'jahat' lagi."

Same goes to orang usrah, yang kononnya wajib suci tak boleh buat salah, akhlak perlu perrrrrfect.

Bila lihat orang usrah yang jenis panas baran ke, yang pengotor ke, usah salahkan usrahnya.

Kan lebih molek  berfikir begini :

"MUJUUURRR DIA NI JOIN USRAH. Panas baran tahap mulut laser je. Kalau tak join, mau dibalingnya segala barang. "

Tak usah salahkan solat, toksah salahkan usrah.

Terima lah bahawa semua kita adalah manusia, ada sisi2 buruk masing2.

Tak perlu fikir orang lain suci tak suci.

Moh kita sucikan hati kita.

Sangka yang baik2 aja ya?

Ramadhan Kareem.

You Might Also Like

0 comments

Arkib Artikel