PARENTING

NAK PISAHKAN ANAK DAN PUTING

03:14

Salam.

Hari ni alkisahnya cuba untuk pisahkan Tiara dan putingnya.
Umur dah pun 1tahun 1bulan.

Rabu lepas pergi cucuk vaksin di KK, teruslah Mama T lajak ke bahagian pergigian, untuk check gii Tiara tu.
Check punya check, doc pun tanya,

"Dia ada hisap puting ya?"

Haa direct je soalan, pandai doc ni kan.

"Ye betui." jujur Mama T jawab.

"Giginya dah start meregang, bolehlah cuba pisahkan puting tu." nasihat doc.

Uiii seram I dengar tau.

Actually sebelum2 ni memang dah start pun tarik puting dia tu, maybe tak serius buat kot.

So sejak balik dari KK tu, tiap hari berkali-kali Mama T ulang cakap kat Tiara, yang dia dah besar, dah cerdik, tak payah hisap puting lagi.

And this is the day, start bukak mata di pagi sabtu, Mama T dah pun sorok puting dia.

Memang nampak dia resah gelisah je. Merayap sana sini, cari puting lettew.

Kasihan juga, tapi kugagahkan hati.

Berulang kali cakap kat Tiara, yang dia dah besar, dah cerdik, dah boleh tak hisap puting. Iya, itulah ayat2 yang kuulang sejak hari Rabu lepas.

Bila dia resah semacam, Mama T peluk je.
Cium dia. Huhu.

Pagi dalam pukul 12 gitu, ajak dia tidur.
Budak dah biasa puting, memang dia susahlah nak tidur tanpa puting.
Bagi susu botol, dia takmau.
Puaslah pujuk.
Dia boleh lak bangun jalan2 round satu bilik, I guess dia cari puting lah.

Bila dia dah letih sangat, nampak obvious muka ngantuk, terus Mama T angkat letak atas tilam, dan bagi minum susu botol.
Biasanya lepas minum susu botol tu, dia mesti nak puting barulah boleh terus tidur.

So tadi lepas minum susu, Mama T peluk je sebab tau dia tengah tunggu orang suap puting macam biasa.
Bila tak dapat puting, dia merengeklah tapi mata dah separa pejam. Mama T tiarapkan dia sebab dia akan lebih calm kalau tiarapkan.
Mama T tepuk2 badan dia, sambil pujuk ajak tidur.
Akhirnya berjaya juga survive untuktidur tanpa puting.

Tapi dia tidur tak lama, sat je dah bangun.
Yelah kan, selalunya bila terjaga je, terus dia boh sendiri puting dalam mulut, then boleh sambung tidur.
Kali ni, puting takde, so sekalit ercelik, terus dia bingkas bangun.

Tengahari, buat sup ayam untuk makan dengan nasi putih, berjaya suap 3-4 sudu je, tu pun hujung sudu kecik. Dia geleng takmau makan.

Lepas tu, dalam pukul 4 petang lebih, try untuk tidurkan dia.
Since cubaan pagi tadi untuk tidak tidur bersama puting itu berjaya, so Mama T teruskan untuk sesi tidur petang ni.

Maka berulanglah adegan budak melilau cari puting untuk tidur.
Macam tadi juga, bila dah betul2 mengantuk dan penat, Mama T pun bagi dia minum susu botol, then tepuk2 bagi tidur. Juga seperti tadi, dengan mata separa pejam, dia merengek. Nak puting tu, tapi Mama T tak bagi juga. Rasanya dah pukul 5 lebih baru tidur ni.

Pukul 6 lebih, dia dah bangun.
Sekejap je tidurnya, tak lena :(

Petang tu, Mama T gigih biat cekodok letak sayur dan bawang, sebagai finger food sebagai inisiatif sebab dia tak makan nasi kan.

Tapiiiiii, dia tak heran pun cekodok tu/ Ni first time dia tak heran dengan cekodok yang Mama T buat tau.
Sedih sangat campur risau bila anak tak nak makan.

Lepas maghrib, lepas bincang dengan Mr R, kami bersetuju nak bagi puting pada Tiarabila malam. Mungkin drastik sangat hari ni bila tak bagi langsung puting. Budak tu dah jenis hisap puting pagi petang siang malam, tiba2 kita tak tak bagi puting, memang jadi lost lah budak tu.

Kenapa Mama T kasihan?
Sebab mata Tiara dah jadi macam mata panda, dia kan tak tidur sangat hari ni.
Sebab Tiara dah merengek semacam, ala2 resah ada benda tak setel.
Sebab Tiara tak makan hari ni, susu pun dia asyik tolak.

Selepas menimbang tara, Mama T pun tunjuk puting pada Tiara.
Nampak je puting tu, pantassss dia berjalan datang ambil puting dan cepat2 masukkan dalam mulut.

Terus Mama T pimpin tangan dia, ajak masuk bilik.
Nak ajak tidur.

Bila dah hisap puting tu, baru nampak dia macam lega sikit.
Then bagi minum susu, tu pun sikit je dia minum, dia nak puting gak.
Barulah dia berjaya tidur.
Hati Mama T pun lega.

Alhamdulillah untuk malam ini.

Esok pagi Ahad, kita bakal sembunyikan puting lagi.
Kita cuba lagi ya Tiara?





You Might Also Like

0 comments

Arkib Artikel