cerita

MAKAN MALAM PUKUL 10.30 MALAM

22:27

Ini gara-gara tidurkan si Tiara tu lepas solat maghrib.

Si Tiara tu memang jadualnya akan mengantukkkk sangat waktu maghrib tu.
Seperti biasa, Mama T pun terpaksa bergolek atas tiam dengan dia, sambil buat aksi tidur.

Yang Mr R pula, semalam dia gi join sekali bergolek atas katil.
Sambil tidurkan anak, rupanya Mama T pun tertidur. Mr R pun sama.

Haih.

Bangun je, baru gelabah nak makan nasi yang dah masaksebelum maghrib tadi lagi.

Mama T memang dah ngantuuuk sangat, nak buka mata pun malas je.

Nak makan pun dah takde selera.
Tapi dek kerana Mr R dah pun menghadap meja makan, maka sebagai isteri solehah lagi contoh tauladan, Mama T pun makanlah juga dinner pada pukul 10.30malam. Macammana tau ?
Sebab lepas makan tu baru perasa jam dah pukul 10.45malam, so agak-agak je lah yang we all dinner pukul 10.30malam.

Begitulah kisah kami pada hari semalam.

Hew Hew Hew.

Belanja gambaq Mama T di zaman anak dara.



You Might Also Like

0 comments

Arkib Artikel