HARI TU PAPANYA YANG BAWAK ANAK KAN?

22:55

Haaaaa itulah penangan Mr R bawak Tiara ke klinik untuk cucuk vaksin sebelum ni.

Akak nurse pun ingat je.
Siap tegur I tadi.

*amboi amboi amboiiii*

Kenal Tiara pulak tu.

Ingatkan kita yang selebet ni ke KK, orang pun buat dekkkk je.

Tapi nurse siap tegur si Tiara tu, ingat nama ok.

Sana sini Tiara berlari.
Penat Mama T follow.

Jumpa kawan baru, lagilah sakan.

Seronok berkawan, si Tiara bersandar pada badan kawan sambil berjalan.

Si kawan galak menarik Tiara melalui jalan yang sedikit curam.

Menjeritlah Mama T nampak adegan anak hampir rebah.

Satu klinik bergema suara I .

*tutup muka* .

Mujuuur, Tuhan menyambut, anak tak jadi jatuh.

Fuuuh.

Terima kasih Tuhan, hampir gugur juga jantungku tadi.

You Might Also Like

0 comments

Arkib Artikel