cerita

CABARAN ANAK TIDUR AWAL

23:02

Siapa kata bila anak tidur seawal pukul 9malam itu tiada cabaran?

Apa cabarannya?

Bermula pukul 6petang lagi, dia dah start peel budak mengantuk tapi lawan takmau tidur.

Selain cranky, Tiara ni jenis akan jadi galak terlebih. Panjat sana sini, nak merayap satu rumah, menjerit2 tapi takleh kalau tak nampak mama. Mama kena ada tepi dia. Nak kencing pun kau tahan je la.

Since pukul 6.30 pm gitu paling awal sampai rumah, so dia punya cranky campur ngade tu dah start dari dalam kereta.

Dah sampai rumah, almaklumlah isteri solehah, mestilah nak masak, maka memang selalu je memasak sambil dukung budak.

Kadang biar je duk menggayut di kaki, tapi since dia dah pandai nak mencapai kuali atas dapur, asyik nak tarik tiub tong gas, so kena dukung.

Kadang dia nak dengan papa, tu selamatlah. Kadang takmau, kenalah masak laju2 sambil dukung budak.

Dah sudah masak, mestilah sibuk nak kena gi mandi. Melekit ohoi kalau tak mandi. Rimas tau. Tu satu lagi cabaran nak dengar suara budak meraung kat luar pintu bilik air.

Dah sudah mandi, kenalah pantassssss untuk solat maghrib pula, maghrib kan sekejap je tempohnya. Sambil jadi makmum kepada  papa, mama perlulah dukung budak comel sambil solat tu. Sambil tu, tangan dia sibuk tarik telekung mama. Kadang nak tercabut telekung, kadang tercekik mama kena jerut.

Kalau biar tak didukung?
Hahahaaaa satu taman lah dengar suara budak menjerit. Kadang je dia behave merayap sorang2 dalam rumah. Aman sikit solat.

Haaaaa makanya lepas maghrib baru lega dan boleh buat sesi tidurkan budak.

Kalau sempat dinner, seronoklah mama dan papa.

Kalau tak sempat, berlaparlah sambil tunggu budak tidur.

Bila dah masuk bilik, tak semestinya tinggg terus tidur.

Kadang dia bangun berjalan keluar bilik.

Kadang dia golek2 sendiri.

Tapi mama takleh tinggal.

Mama terpaksa bergolek atas katil, buat aksi nak tidur.

Maka selalulah mama tertiduuuuuuur sambil menidurkan anak.

Selalu je bangun balik pukul 11malam, kadang pukul 1pagi, hanya untuk solat isyak.

Mama pula jenis takleh berjaga malam sebab nanti mata akan celikkkk je sampai pagi. Serius tau. Memang jenis gitu.

So lepas solat isyak tengah malam tu, kena cepat2 tidur, sebab esok nak bangun pagi. Otherwise memang dah takleh tidur. Taktaulah kenapa. Nayalah kalau takleh tidur dah, esok nak kerja.

Maka mama adjust timing, kena bangun awal pagi lah untuk cover balik waktu yang dah tertidur tu. Awal pagi tu lah nak buat kerja bisnes, nak gosok baju dll.

Iya begitulah sedikit sebanyak cerita tentang anak tidur awal.

Cabaran yang kadang bikin stress sebab rasa masa terbuang dek tidur. Nak harap yang awal pagi tu lah untuk buat kerja. Kalau terlajak tidur? Lagi stres hahahaaa.

Sekian, panjang pula cerita.

Toksahlah kata, senangla awak sebab anak tidur awal. Awak sepatutnya bersyukur dapat rezeki gitu. Awak sepatutnya bla bla bla.

Ok dah.

Bai.

You Might Also Like

0 comments

Arkib Artikel