Tiara

ANAK DEMAM ON OFF, BATUK SELESEMA NAFAS TERCUNGAP

00:51

Salam.

Dah 2 bulan juga, Tiara asyik demam on off.
Risau.
AL mama banyak yang dihabiskan untuk jaga anak je.
Takpelah, demi kebaikan anak, apa pun mama sanggup.

Pernah sekali Tiara diambil darah, kata doktor, itu viral infection, and according to other doctor, viral infection is common among babies.



So, takyah risau sangat as long as baby tak lembik, hilang selera makan tolak susu, nafas tercungap, ada ruam pelik dll yang nampak di luar kebiasaan.

Si Tiara ni selalunya demam sehari dua, lepas tu baik je dalam seminggu. Kemudian, jadi lagi demamnya.
Kata doktor, itu adalah jangkitan virus yang berbeza, maksudnya sekali demam tu memanglah jangkitaN virus, tapi bila dah sembuh tu maksudnya memang sembuh. Next demam tu adalah jangkitan virus yang baru.

Mama pun ooooooh kan aje.
Begitu rupanya.

Sejak lahir, ini kali pertama Tiara batuk selesema.
Bila batuk, dengar je bunyi kahak tu. Geram nak keluarkan.
Dah buat tepuk belakang, wap bawang putih pun dah.
Mungkin perlu buat selalu kot. Mama perlu lebih rajin huhu.

Oh ya, waktu badan panas, memang mama mandikan Tiara dengan Basic H, supaya cepat turun suhu. Dalam 2 minggu ni,  Tiara dah start consume Omega Guard, moga cepatlah cair kahak tu. Memang perasan yang bila makan Omega, tak lama lepas tu ada je hingus meleleh keluar. Baguslah tu,cepat2 lah keluar ye. Tapi kenapalah sampai sekarang tak habis keluar lagi, rasa nak marah kat Omega pula ni. Kahkah.

Tadi siang, waktu tengahari, pengasuh call beritahu yang Tiara badan panas, cirit birit, nangis tak berhenti. Mama dah risau, memang kalau ikut hati, nak je balik terus. Mama call balik pengasuh, katanya Tiara dah senyap dah bertenang. So mama chill2 dulu lagi, sambil siapkan kerja, sambil pantau telefon standby kot pengasuh ada informasi baru.

Tengah mama siapkan kerja tu, dalam pukul 4.30petang, pengasuh mesej beritahu yang Tiara baru je lepas muntahkan lendir dan nafas tercungap-cungap.

Zup zap zup zap, mama handover kerja pada collegue kot2 esok lusa tak dapat muncul di ofis, isi borang keluar dan vroooooom mama merempit ke rumah pengasuh, lori panjang yang besar pun mama potong, punyalah nak cepat sampai.

Sampai di rumah pengasuh, Tiara sengih bila nampak mama.
Terus mama dukung, hairan juga ni. Kau berlakon ke nak? Tadi bukan nafas tercungap ke?
Dalam kereta, mama fokuskan telinga, ada dengar bunyi nafas yang kuat.

Vroooom terus mama pecut ke klinik berhampiran. Nak terjah ke hospital terus, kang doktor hairan tengok si Tiara ni duk sengih je. Kang tak caya yang dia ni tadi nafas tercungap.

So di klinik, doktor periksa Tiara dan katanya Tiara punya batuk selesema ni masih di tahap ok dan tak merisaukan. Neb pun tak payah. Katanya tadi Tiara muntah tu mungkin dek batuk yang kuat. Katanya paru2 Tiara takde bunyi pelik.

So doktor suruh mama pantau je dulu.
Cuma kalau ada tanda2 bahaya seprti baby tak bermaya, tolak makan minum, nafas tercungap sampai ada lekuk di dada, tak aktif, haaa tu kena terus terjah hospital.

Maka pulanglah mama dan Tiara ke rumah.
Mama lega sikit walau still risau dengan keadaan Tiara.

Moga esok lusa, selesailah episod batuk selesema ni.

Cepat sihat tau.




You Might Also Like

0 comments