bisnes

SALAHKAH AMALKAN DHUHA DAN ZIKIR UNTUK MEMURAHKAN REZEKI?

08:50

ANTARA DUA

Mengamalkan solat sunat dhuha dan zikir sebanyak mungkin setiap hari untuk kemudahan urusan, kelancaran rezeki dan kelapangan dada.

ATAU

Tidak mengamalkan / jarang solat sunat dhuha dan zikir pun jarang sekali, semata-mata untuk tidak menjadi 'penunggang agama' yang jadikan ia alat untuk 'paksa' Tuhan menuruti kehendak kita.

Benarkah begitu?

Adakah usaha mendekatkan diri kepada Tuhan, membanyakkan amalan sunat itu, HANYA BERTINDAK SEBAGAI ALAT untuk melariskan jualan?

Salah ke?

Kalau tak suka mana2 bisnes, mana2 MLM , tak perlu lah kutuk orang yang pulun amalkan mathurat, amalkan dhuha, dengan niat nak murah rezeki.

Salah ke niat untuk murah rezeki?

Ada orang yang bila kenal bisnes, barulah dia kenal erti tawakal, barulah dia nak rasa kebergantungan pada Tuhan, barulah nak try banyakkan amalan sunat.

Kau yang dah 'hebat' bercakap soal agama, selamba merendahkan amalan sunat golongan bisnes itu.

Hebatkah kau untuk meragui niat seseorang?

---

Notakaki : Berbisnes mahupun makan gaji, keduanya Allah suka.

You Might Also Like

0 comments