anak

REVIEW BUKU 'BILA EMAK BERDRAMA'

12:03

Salam dan hai semua.

Dah lama sebenarnya hajat hati nak buat review buku ini.
Mula baca buku ni seawal bulan Mac 2016 lagi, yakni dalam sebulan sebelum melahirkan Tiara, anak pertamaku.
Orang lain dah penat baca buku ni, baru I terkedek-kedek nak buat review. 2017 dah ni.
Takpelah, better late than never kan?


KENAPA NAK BUAT REVIEW ?

Supaya orang lain pun dapat manfaat buku seperti mana yang saya dapat. Moga orang lain dapat lebih manfaat lagi lah.


NI HAAA BUKU TU. COMEL JE PINK. DAH TERKELEPET SIKIT TU DEK TIARA LAH. 


KENAPA BUKU INI ?

Sebab ianya ada kelainan dengan buku-buku lain di pasaran. 
Plus, saya dah pun mengikuti tulisan penulis di blog beliau http://www.salwasaleh.com/

So, sebagai pembaca setia di blog, maka bila penulis buat buku, memang gediklah nak baca buku tu pulak.

NI BUKU APA ?

Senang kata, ini buku tentang parenting. Mostly penceritaan dalam buku ini adalah pengalaman penulis sendiri dalam membesarkan anak-anaknya seramai 3 orang. Semuanya lelaki tau. Sado betul penulis ni.

Ditambah dengan gaya santai penulis, buatkan kita mudah faham apa yang disampaikan dan tak rasa 'berat' sangat isi ceritanya.

APA YANG BEST TENTANG BUKU INI ?

BANYANGAN AWAL 

Banyak. Yang paling best adalah saya dapat buat 'bayangan' awal untuk menghadapi suasana bersama anak saya. Maklumlah saya membaca buku ini di penghujung waktu kehamilan, waktu tu dah 8bulan mengandung. Dalam buku ni, penulis turut berkongsi tanda-tanda bayi normal, tanda bayi bersedia untuk makan yang mana memang menjadi curiosity besar bagi seorang bakal ibu.

MAKLUMAT LEBIH CLEAR

Selain ilmu parenting, saya dapat maklumat yang lebih 'clear' tentang alergi dan intoleranct makanan. Clear yang saya maksudkan adalah, penulis bercerita bukan melalui karangan panjang sahaja, tapi turut buat point, siap ada gambar lagi untuk sesetengan penceritaan. Senang nak faham kekdahnya.

Memang berkerut dahi saya waktu baca topik ni. Siap ulang berkali-kali. Ni kan topik berat. Risaunya anda saya sebagai ibu lambat mengenalpasti masalah alergi dan intolerant makanan ini, hanya kerana saya KURANG ILMU. 
So, bila baca bab ni, saya jadi macam 'WOW, I kena hadam betul-betul topik ni.'

GAYA BAHASA SANTAI

Seperti yang saya cakap tadi, ada sesetengah topik yang berat dalam buku ini. Jadi bila penulis menggunakan gaya bahasa yang santai, ianya manjadi sedikit 'ringan' dan yang penting, mudah difahami. Ada juga selitan humor dalam penulisan, jadi sesekali ada jugalah saya terkekek ketawa seorang diri.

IDEA DIY 

Mungkin ada yang tak tahu, penulis pernah keluar di kaca TV untuk membuat demo DIY permainan kanak-kanak.
Dalam buku ini, turut disertakan step by step tentang cara buat cat sendiri, cara buat pasir pelangi, dan cara buat gitar pun ada tau. Tak bolehlah I nak cerita semua, kena pi beli lah buku ni ok.

APA YANG KURANG BEST DALAM BUKU INI ?

Semua best. Seronok baca. Waktu berpantang di kampung, saya ulang baca buku ni sekali lagi. Bonda saya yang menjaga saya sewaktu berpantang, terrrrnampak pula buku ini. Terus diambilnya dan baca. Sambil tengok NCIS di  astro pun, bonda baca buku ni. Oh ya, bonda saya memang suka baca buku. So memang dia akan teruja bila lihat buku baru dalam rumah. Hehe. Katanya, dia pun suka baca buku ni.

Hmmmm... kalau nak dicakap secara jujur, ada sedikit 'frust' yang saya rasa bila baca buku ni. Apa yang frust?

Sebagai pengikut post-post penulis di blog, saya sedikit frust bila ada sesetengah cerita dalam buku ini adalah topik yang sudah diceritakan dalam blognya.

Saya rasa macam, 'Ehhhh kenapa nak kena baca cerita yang sama dalam buku ni? Nak baca cerita lain yang mestinya lagi best. Penulis kan banyak idea. Macam rugi pula cerita yang sama diulang tayang dalam buku pula.'

Hehe cakap pandailah. Cuba sendiri yang tulis buku.

Apapun, saya tahu pastinya penulis ada alasannya yang kukuh untuk ulang tayang cerita yang sama di dalam blog ke dalam buku ini.

Anyway, best je buku ni. Cuma saya je yang gedik nak baca topik lain.

Kesimpulannya, saya gembira membaca buku setebal dalam 200m/s ini.
Saya juga menggalakkan anda juga turut membaca buku ini.

Kalau nak tahu lanjut tentang bagaimana mendapatkan buku ini, boleh hubungi direct ekpada penulis di blognya : http://www.salwasaleh.com/


Ok lah dah tengahari. 
Nak memasak lunch pula.

Babai.



You Might Also Like

0 comments