PENGALAMAN BERKAHWIN DENGAN LELAKI LEBIH TUA

14:15

BAGAIMANA SAYA BOLEH KAHWIN DENGAN ORANG YANG LEBIH TUA 8 TAHUN?

Kata2 itu suatu doa.

Lintasan hati juga suatu doa.

Imaginasi juga suatu doa.

Sebab tu kena fikir yang baik2.

Saya jenis suka berangan. #kantoi

Fikir macam2.

Sejak sekolah rendah,  saya selalu membayangkan yang bakal suami saya sedang bekerja, dah tak sekolah.

"Hmmm, bakal suami saya sedang bekerja ni..."

"Macam best je kalau dapat suami yang lebih tua."

Itu antara monolog saya dengan diri sendiri.

Selalu juga saya memikirkan kebaikan berkahwin dengan orang yang lebih tua.

Juga selalu membandingkan dengan kebaikan berkahwin dengan orang yang sebaya atau mungkin yang lebih muda.

Well, tiap orang ada citarasa masing2.

Kalau orang tanya, apa ciri bakal suami idaman, jawapan saya adalah

"Orang yang lebih tua daripada saya. Tak mau sebaya, tak mau yang lebih muda."

Yakin sangat kan?

Saya tak menidakkan kelebihan berkahwin dengan yang sebaya, tak pula menafikan kebaikan berkahwin dengan yang lebih muda.

In fact, ramai je kawan2 perempuan saya yang berkahwin dengan lelaki lebih muda. Bahagia je.

Cuma nak kongsi yang segala kata2, pemikiran, dan lintasan hati itu adalah suatu doa.

Ada je orang yang berkahwin dengan orang yang langsung tak terfikir olehnya.

Nak yang hensem, dapat yang biasa.
Nak yang tua, dapat yang muda.

Itu jodoh namanya.

Sambung cerita tentang bayangan tentang bakal suami.

Disebabkan saya selalu membayangkan yang bakal suami adalah yang lebih tua, saya telah pun memperincikan lagi bayangan.

Kalau tua 2-3hari je, boleh terima ke?

Kalau tua 2-3tahun, ok ke?

Kalau tiba-tiba datang yang tua 10 tahun, macammana pula?

Seriously saya dah fikir dan timbang tara.
Prosess timbang tara ni berlaku waktu saya di sekolah menengah.

Gatal sangat kan, dah fikir siap2.

Jadi saya konklusikan yang saya boleh terima kalau suami tu tua lingkungan 10tahun.

Hewhewhew.

Dipendekkan cerita, bila suami saya approach tu dan beritahu umurnya, saya macam

"wow adakah ini yang ku fikirkan dulu?"

Then saya recall balik bayangan2 dan proses timbang tara yang saya pernah buat dulu.

Disebabkan dah pernah fikir duku, so proses berfikir kali ini jadi lebih mudah. Point dah ada, nak fikir balik je.

Hasilnya?

Saya terima lamaran suami dalam masa sebulan lebih lepas beliau approach. 

Of course lah ada point lain yang saya fikirkan juga.

Cumanya point umur dah jadi mudah.

Sebab asyik duk sebut.

Selalu fikirkan.

Sokmo membayangkan.

Berhati-hatilah dengan fikiran dan lintasan hatimu.

Iya, begitulah kisahnya.

Sekian.

You Might Also Like

4 comments

  1. Hai just wanna ask. Apa pndpt or mcm mana nak mnta restu when my gut is 19 years older that me?sya takut lelaki yg saya syg tu x dtrima mak sya. Sebb dorg just beza 10 tahun. Mak saya 50thun. Tp sya syg n selesa dgn laki tu. Dia bukan duda. Dia bujng tlajak and dia frst bcinta. Dan sya pun. Dia jnis x bkwan Sgt dgn perempuan tpi bila kami bjmpa, lama2 jadi syg. Cuma xtahu mcm mna nak bgtau mak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai awak. Terima kasih datang baca kisah saya.
      Ada je beberapa kisah yg saya pernah baca, gap umur depa dalam 20tahun dan alhamdulillah dah beranak pinak dan bahagia.
      Ada ramai juga orang yang kahwin sebaya muda mudi, tapi sekejap je perhubungan.
      For me, kita still kena terus terang pada famili kita. InsyaAllah famili faham. Doa banyak2.
      Tunjukkan yang kita bersungguh dan lelaki tu pun kena tunjuk effort pada famili kita.

      Seronok tau bila partner ni orang yang banyak umur, cool je heheh.

      Moga semuanya dimudahkan. :)

      Delete
  2. salam.. saya nak mintak pendapat awak boleh ye.. saya kenal lelaki ni 6 tahun tua dr saya n dah 3 bulan berkawan. setakat ni nmpak positive je flow.. cume dia ni jenis relax n cakap berkias2 maybe disebabkan faktor umur dia[38tahun].. perlu ke saya yg put effort lebih skit n tunjuk more affection dekat dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam. kalau sendiri dah rasa selesa dan suka, terus terang je pun ok. lagi bagus daripada nak 'put effort', result juga lebih pantas.

      Delete

Nak tanya, boleh.

Nak bagi pendapat, boleh.

Saja nak komen, pun boleh.