hidup

PAKCIK APAM BALIK YANG BIKIN KAGUM

17:40


Di tepi jalan waktu nak pergi ofis, mesti lalu depan gerai pakcik yang jual apam balik.

Di hadapan deretan kedai, ada deretan lot parking.

Selamba je pakcik ni ambil 3 lot parking untuk gerai dia. Hewhew.

Tak, bukan nak cerita perihal 3 parking yang diambil pakcik.

Tapi nak cerita gigihnya pakcik buka gerai jual apam balik setiap hari. Ya betul tiap hari termasuk Sabtu Ahad yakni hari yang kita2 ni pilih untuk golek depan tv layan channel Diva. #eh

Bayangkan pagi2 waktu orang tengah rushing bekejar nak hantar anak sekolah, nak pergi kerja, dalam pukul 7 lebih, pakcik ni dah pun tercongok jual apam balik, gerai pun dah siap setup.

Setup tu maksudnya pacak tiang payung, bentang meja dll. Siap buat atap lagi guna plastik atas gerai hingga ke keretanya. Pakcik ni park kereta betul2 di sebelah gerainya. Bijak sangat sebab atap tu lah yang akan lindungi dia dari terik mentari dan basah hujan. Tiap hari pakcik ni setup gerai tu. Lepas menjual, dia tak tinggal meja mahupun payung pun di situ. Semua angkut bawak balik.

Entah pukul berapalah pakcik datang ke tapak untuk setup semua tu kan?

Lagi satu yang saya impress, betapa tabahnya pakcik menjual apam balik.

Yelah kan, itu bukan makanan ruji kita.
Kalau hari ni kita beli apam balik mungkin sebab teringin. Lepas tu kita akan beli apam balik tu paling cepat mungkinlah minggu depan. Ikut logik, ada ke orang yang tiap minggu beli apam balik?

Tabah sangat.

Lainlah kalau jual nasi campur.
Hari ini kita beli, esok possibility untuk kita ulang beli adalah tinggi. Maklumlah orang Malaya memang pemakan nasi tegar.

Dah lama saya perhati pakcik, teringin juga nak beli apam baliknya, tapi memang tak sempatlah i nak menyinggah otw ke ofis tu. Kadang singgah 7e je, tu pun berlari. Cerita je lah di mukabuku.

Nak ambil gambar pakcik sebagai bukti cerita pun tak sempat. Lalu depan gerai, hanya sempat menoleh pandang sambil kagum, kagum dan kagum.

Tu lah kan.
Kadang kita boleh jadi motivate bila tengok keadaan orang lain.

Kadang kita boleh jadi lebih bersyukur dan menghargai bila melihat kehidupan orang lain.

Pakcik apam balik, nanti saya singgah beli ye.

You Might Also Like

0 comments