rant

KUAH KOKTAIL DAN CERITA MALAM TENTANG SEORANG ISTERI

23:07

Tadi petang, usai solat Asar, saya terasa mengantuk yang amat sangat.
Cuba baring di hadapan TV di ruang tamu, sebaik sahaja memejam mata, rupanya saya terus terlena.
Pukul lima hingga pukul enam, begitu kata Mr R.
Saya hanya menyangkakan yang saya tertidur cuma lima hingga sepuluh minit sahaja.
Masih teringat yang Tiara berada hanya sehasta daripada saya, berdiri-diri di tepi sofa biru di rumah.
Mujur ada Mr R, dialah yang mengawasi Tiara ketika saya tertidur selepas Asar.
Huh, tak patut pun tidur selepas asar, boleh jadi gila, begitu pesan bonda saya sejak kecil.

Pukul 6 petang, saya dalam mamai-mamai terdengar suara Mr R.

"I nak keluar naik motor, bawa Tiara."

Zappp!
Saya bingkas bangun.

"Jangan, belum masanya lagi."
Saya cuba menghalang walau jauh di sudut hati, saya percaya yang Tiara sudah pun mampu mengimbangi badannya di atas motor nanti.

"Takpe, I bawa perlahan je."
Mr R cuba memujuk dan meyakinkan saya.

Saya diam.

Antara setuju dan masih berfikir.

Mr R sudah pun mengangkat Tiara ke atas motor.
Saya pasrah menghantar doa moga Allah jaga.

Sejurus selepas mereka pulang, saya mengajak Mr R ke pasar malam.
Nak jalan-jalan, rasa lemau je kalau di rumah. Begitu kata saya.

Mr R hanya menurut, mengambil kunci kereta.

Selepas ke pasar malam, kami singgah di pasaraya baru berdekatan dengan pasar malam.

Mr R membeli susu cair dan buahan dalam tin, mahu minum koktail, katanya.

Malam selepas solat isyak berjemaah, saya terus ke dapur.
Menyiapkan bubur Tiara, untuk dibawa bekal ke rumah pengasuh.

Sambil menunggu bubur masak, saya menyediakan koktail.

Siap 1 jag koktail yang menyelerakan.

Sambil menuang air koktail ke dalam cawan, saya berkata

"Orang lain memang selalunya suka je buahbuahan ni, siap korek-korek lagi.I TAK MACAM TU. I LEBIH SUKA LAYAN AIRNYA SAJA. I TAK SAMA MACAM ORANG LAIN."

Laju saya menutur begitu.
Mr R tersengih mengiyakan.

Dia memang sudah arif dengan keletah saya, tak suka kelihatan sama seperti orang lain.

Dalam tak sedar, kata-kata saya tadi telah buatkan saya berfikir.

Selalu juga saya berkata sebegitu kepada Mr R.

TAK SAMA MACAM ORANG LAIN.

MEMANG LAIN DENGAN KEBANYAKAN ORANG.

Itu antara ayat yang saya kerap juga katakan.

Jauh saya termenung dan berfikir kembali.

Begitulah seorang isteri, yang sentiasa mahukan kelainan daripada orang (wanita) lain di pandangan suaminya.

Seorang isteri yang mahu hanya dialah yang menonjol di mata suaminya.

Bukankah apabila saya berkata SAYA TAK SAMA DENGAN ORANG LAIN, itu sebenarnya membawa maksud SAYA ISTIMEWA, MEMANG AWAK TAKKAN JUMPA WANITA LAIN SEPERTI SAYA.

Atau lebih jujur, ia membawa maksud HARGAILAH SAYA, SPECIAL EDITION NI TAU.

Iya, begitulah yang sebenarnya.

Hanya luahan seorang isteri yang mahu kelihatan istimewa oleh suaminya.

Itu sahaja.

Begitulah seorang isteri.
Seboleh mungkin, dalam hal apa pun, dia mahu kelihatan lain yakni istimewa oleh suami.

Iya, begitulah cerita malam seorang isteri.

---

Maafkan saya.
Terasa lama tidak memuntahkan kata-kata di papan kekunci.
Antara azam tahun baru saya,
adalah menulis lebih banyak di blog ini,
tentang hidup, kerja, perasaan, mahupun impian.
Tanpa menulis, saya terasa kaku.
Saya mahu menjemput semula diri yang dahulu,
lebih gemar membaca, memerhati,
lalu memuntahkannya kembali,
dengan persepsi dan deksripsi sendiri,
melalui papan kekunci.
Lidah biarkan kurang berinteraksi.
Ia lebih besar mudaratnya, tak punya butang baiki.

You Might Also Like

0 comments