Tiara

KRONOLOGI KISAH HEMORRHAGE DALAM MATA BABY - PART 3

06:00

Salam.

Jom sambung bagi habis cerita.


----

RABU

Saya ambil Unpaid Leave, jaga Tiara di rumah. Plus, mengantuk lagi kot. Maklumlah balik rumah pukul 4am. Lepas subuh baru nak pejam mata. 

Saya mesej dengan pengasuh, beritahu yang hari ini tak hantar anak, dia tanya kenapa, saya jawablah anak tak sihat. Gitu je jawab, tak mahu panjang cerita.

Hari ini Tiara kejap2 menangis, tak lena tidur. Matanya pun kejap2 dikelip. Mungkin dia rasa ubat tu lagi kot. Atau mungkin dia terkejut sebab nampak benda sekeliling ni BESAR DARIPADA BIASA. 

Serius anak mata Tiara jadi lebih besar daripada biasa. Saya ingatkan doc cakap nak besarkan anak mata tu hanyalah bahasa mudah untuk saya sebagai orang biasa ini mudah faham. Rupanya besarkan anak mata tu maksudnya memang besarkan anak mata.

Kesian anak.

Hari ni saya asyik peluk dia je. Tiap kali dia buka mata, tiap kali tu menangis jerit-jerit macam terkejut. Saya assumed yang dia takut bila tengok benda besar2 di sekeliling dia lah. Tiara tak pandai bercakap lagi untuk bercerita. Saya hanya boleh teka2 je. 

Jiwa keibuan saya teruji.



KHAMIS

Pagi ini saya hantar Tiara ke rumah pengasuh macam biasa. Rumah pengasuh yang sama. Entahlah macam mana saya boleh pergi hantar lagi anak saya selepas apa yang terjadi. 

Sebenarnya saya masih blur waktu ni, antara nak memaafkan atau bagaimana. Saya tak dapat nak berfikir.

Dalam tak keruan itulah, saya memuat naik status di mukabuku, membuka cerita tentang perkara ini, dengan harapan ada cadangan2 untuk tindakan yang seterusnya.

Di ofis, saya tak senang duduk. Saya panggil seorang kawan yang agak rapat, bercerita pada dia tentang apa yang terjadi, apa perasaan saya. 

Waktu ni saya di surau, sedang bercerita dengan rakan seofis, sambil nangis2. Rasa macam saya bukan ibu yang baik bila pergi hantar anak saya ke pengasuh yang sama lagi. 

Hasil daripada status mukabuku, kembar saya pun call saya. Tengah nangis2 tu, saya angkat call,

"PERGI AMBIL ANAK KAU DARI RUMAH PENGASUH SEKARANG JUGA!. percayalah ini masa terbaik untuk bawa keluar anak kau dari situ."  loud and clear suara kembar saya itu.

Panggg!!!

Ibarat baru terjaga dari mimpi.
Saya pun tersedar yang saya tak sepatutnya pergi hantar anak saya ke sana lagi.
Buka mukabuku, berderet komen yang minta saya pergi cari pengasuh lain.

Bingkas bangun, saya isi form untuk AL pada petang itu. Yang akhirnya jadi Unpaid Leave.
Tengahari itu saya pulang terus ambil anak di rumah pengasuh.

Pengasuh cakap yang dia tak lena tidur bila saya asyik mesej2 dia. 

Ewah sedap kau cakap ye.
Sebenarnya say bukanlah seorang ibu yang tiap hari mesej pengasuh tanya keadaan anak.
Takde pun ok. Nak mesej seminggu sekali pun susah.

Dia dah mula rasa serba salah lah tu. 
Siap cakap,

"Kalau gja nak cari pengasuh lain, silakan ya. Akak pun rasa tak selesa sebenarnya. Rasa yang gja tak percayakan akak."

Sakitnya hati i mendengar. Saya senyum lagi, cakap nak bincang dengan suami. Saya cuba bersabar lagi ni.

Entah macam mana, saya pun buka cerita yang kami dah bawa Tiara pergi check up di hospital, and doc suspect dera, doc cadang suruh buat REPORT POLIS. Saje saya highlight perkataan report polis tu. Nak tengok respon pengasuh.

Mukanya dah cuak sikit.
Tapi cuba cover lagi.

"Uiii ye ke doc cakap macam tu? Dulu anak akak ni (merujuk anaknya yang berumur  dalam 1tahun 4bulan) pernah juga jadi mata merah gitu. Pergi pada doc, katanya sabunnnn. Takdelah cakap yang merah tu ada kaitan dera." begitu pengasuh bercerita. Ditekannya perkataan sabun tu.

"Hari selasa tu petang waktu mandikan anak awak, dia kuat bergerak, habis sabun masuk mata dia. Tu yang akak fikir takde apa. Merah tu disebabkan sabun je akak rasa, sebab anak akak dulu pun jadi camtu sebab sabunlah."diulang-ulangnya cerita sabun tu. 

Padahal hari selasa pagi tu saya dah mesej beritahu perihal darah dalam mata. Dijawabnya dah PERASAN LAMA ada darah dalam mata anak.

Tiba2 waktu saya ambil anak di rumahnya petang Selasa tu, dikhabarkan yang mata anak jadi merah sebab BARU JE KENA SABUN WAKTU MANDI PETANG.

Pusing-pusing cerita.
Maka cukuplah alasanku untuk tidak lagi menghantar anak ke rumah pengasuh ini lagi.

Saya pun ulang cerita tentang doc suspect anak didera dan dah pun digesa untuk buat report polis, dan kami yang tak mahu buat report.

Pengasuh cakap,

"Eeeehhh, kalau nak suruh akak junjung quran pun akak sangguplah. Kita tak buat benda macam tu." jawab pengasuh terketar-ketar.

Saya jawab,

"Saya tak cakap pun anak ni didera, cuma mungkin di terjatuh. Tu yang saya tanya akak, kot dia ada terjatuh. Saya cuma nak tahu je."

Pantas dibalasnya,

"Eh mana ada jatuh. Biasanya kalau anak orang yang akak jaga tu, ada jatuh ke apa ke, memang akak akan inform ibunya."

Demi Allah, saya nampak dan RASA benjolan di kepala anak pada pagi Isnin tu.
Kalau tak jatuh, apa lagi yang sebabkan benjolan tu?

Tak apalah kak, saya serahkan semuanya pada Allah. Ni saya cakap dalam hati je lah.
Malas nak panjang cerita. Tak guna cakap banyak dengan orang macam ni, nak menang je dia.

Saya beransur pulang, sambil pengasuh mengulang cakap yang dia sanggup sumpah quran untuk buktikan dia tak dera baby saya. 

Iyalah kak, berapa kali nak cakap, ini bukan soal dera, ini soal ada sesuatu yang jadi pada baby tapi dirahsiakan.




JUMAAT


Hari ini saya ambil Unpaid Leave lagi.

Pergi rumah pengasuh, ambil segala barang anak yang ada.
Saje la hulur sikit, buat bayaran november yg baru beberapa hari tolak cuti2. Ikut hati memang takmau bagi langsung.
Boleh pulak dia cakap
"Sebenarnya akak kira separuh bayaran kalau jadi benda macam ni. "
Saya terus pandang tepat ke anak matanya. Tak berkedip. Saya cakap,
"Eh tak pernah tahu pun kiraan gitu. Akak kira macam mana yang selama ni? "
Masih pandang tepat ke mata dia.
Saya sambung,
"Dulu waktu awal2 dulu, takde pun bincang pasal bayaran kalau tiba2 stop."
Masih tak berkedip mataku.
Dia jawab,
"Eh takdelah pernah jadi benda gini. Akak saje kira2 sendiri je lah. He he... Kalau gitu awak cakap, takpelah takyah bayar."
Saya pun hulur lagi rm50, tu pesan Mr R kalau dia minta lebih. Pandai betul Mr R predict. Kahkahkah as expected memang muka taktau maloo. Aku tak report polis pun dah baik tau.
Lepas tu, dia tolaklah yang rm50 tu. Dia kata
"Takmaulah kalau tak ikhlas. Kang nanti jadi lain pulak duit ni."
Ewah.
Saya pun selit rm50 tu kat dalam lubang grill pintu sambil cakap,
"Saya ikhlas. Anggaplah ni duit anak2. "
Lalu saya melangkah pulang.
Sambil cakap,
"Saya ni bukannya berkira sangat kalau anak jatuh ke apa. Faham je. Cuma saya memang tak boleh bila orang sekejap cakap lain, lepas tu cakap lain pulak."

Maka berakhirlah kisah darah dalam mata baby ini.
Pengasuh tu dah pun hilang kepercayaan saya bila dia start pusing cerita.
Saya tak sanggup nak hadap lagi kisah sebegini yang mungkin terjadi bila Tiara dah pun pandai merangkak, berjalan nanti. Mestilah lagi buas, lagi banyak terjatuh. Kang nanti dia tak cerita kisah yang betul, entah apalah jadi pula nanti.

Antara perkara yang saya belajar daripada peristiwa ini :

- percaya instintcs sebagai seorang ibu
- amalkan berbincang dengan orang yang kita percaya, bila kita dalam keadaan tak keruan
- utamakan hal anak, kerja itu jatuh nombor dua
- jangan percayakan orang yang suka berdalih
- banyakkan berdoa agar Allah jaga anak kita

Moga segalanya baik2 aja selepas ini.
Terima kasih pada yang mengikuti cerita ini dari awal hingga akhir.


---


You Might Also Like

0 comments