Tiara

KRONOLOGI KISAH HEMORRHAGE DALAM MATA BABY - PART 2

22:23

Salam.


Bertemu lagi kita di sambungan episod kedua.
Asyik tertangguh je.

Episod kedua ni berkisar di hospital.

Check it out...

_______

SELASA PAGI

Pagi itu saya hantar Tiara ke rumah pengasuh seperti biasa. Masih percayakan pengasuh yang sama. 

Saya menghantar mesej whatsapp kepadanya untuk tolong perhatikan tanda merah dalam mata kiri (hemorrhage) tu. Kalau bertambah, tolong beritahu, begitu pesan saya.

Pengasuh membalas, katanya dia perasan juga yang tanda merah dalam mata kiri tu.

Dalam hati saya, saya rasa down sangat sebab TAK NAMPAK LANGSUNG hemorrhage tu walau dah tenung. Yang nampak ni hanya Mr R, doktor klinik semalam dan pengasuh (kalau dia tak tipu lah).

Saya rabun, tu yang susah nak tengok. Lagipun bila saya dekatkan muka saya dengan muka Tiara, Tiara sibuk nak belek muka saya pulak. Hehe. Susah lah nak tenung betul-betul.


SELASA PETANG

Saya ambil Tiara di rumah pengasuh seperti biasa.
Buntang mataku melihat hemorrhage dalam mata anak.
Nah kau nak tengok sangat.
Hemorrhage bersaiz dalam 5mm diameter, ibarat buat dot menggunakan marker merah dalam mata anak.
Besar lah kan?
Saya cuba kawal diri lagi.
Saya bawa balik anak, terus mesej Mr R, suruh balik segera, kita bakal ke hospital.
Saya dah tak boleh tunggu lagi.
Hati mama mana yang boleh tengok DARAH dalam mata anak berumur 7bulan itu?


SELASA MALAM

Sejurus selepas solat maghrib, kami terus ke Hospital Tuanku Jaafar, bahagian kecemasan.
Selepas berurusan di kaunter dan check up biasa oleh pembantu kesihatan, kami disuruh menunggu giliran di bahagian Green Zone. Saya sedikit lega sebab Green Zone dikira tidak bahaya. Tapi hati masih tak tenang melihat darah dalam mata anak.
Kami setia menunggu, hingga jam pukul 10malam lebih, baru kami dipanggil masuk.

Mulanya seorang doktor yang memeriksa Tiara, kemudian dia berbincang dengan beberapa orang doktor yang lebih senior. Seorang doktor senior datang menghampiri bertanya beberapa soalan, kemudian dia berbincang lagi sesama mereka. Kami setia menunggu dalam bilik doktor.

Selepas beberapa minit, doktor senior tadi datang menghampiri, mengatakan yang hanya ada 2 punca je : DIDERA ATAU JATUH. Yang pasti ianya disebabkan oleh hentakan keras.

Kami diminta membuat report polis untuk membolehkan doktor pakar kanak2 memeriksa Tiara, kerana pada mereka kes ini lebih kepada DERA, sebab cerita yang saya bawa tu agak 'tak best'.

Saya tanya, kalau tak buat report, apa jadi?

Doktor senior tu jawab,

"Pihak kami tetap akan buat laporan polis, tapi pakar kanak2 takkan memeriksa anak awak. This is the procedure."

Ok saya mengalah. 
Maka kami pun pergilah ke pondok polis di bahagian hujung bangunan kecemasan.
Sambil menunggu, sambil tu saya dan Mr R berbincang lagi. Sebolehnya kami tak mahu bawa hal ini ke pihak polis.

Sewaktu kami tiba di luar pintu pondok polis tersebut, polis sedang berurusan dengan sekumpulan pemuda, lama jugalah kami menunggu mereka berurusan. Pondok polis tu sekangkang kera je, kena tunggu turn untuk buat report.

Sedang kami menunggu tu, tiba2 datang seorang doktor memanggil kami masuk kembali ke biliknya tadi.

Kami diberitahu yang kami perlu ke tingkat 4 (kalau tak silap) untuk bertemu dengan pakar mata. Maka kami pun pergilah ke tempat yang dikatakan sambil diiringi oleh seorang staf hospital.

Sampai di sana, rupanya sejenis wad. Entahlah wad apa, saya tak pasti.

Kami disuruh menunggu lagi sementara pakar mata tiba.

Memandangkan di wad tersebut ada beberapa katil kosong, maka saya pun ambil kesempatan landing atas katil tu bersama Tiara. Nak tidurkan dia sebenarnya. Tiara memang tak boleh tidur kalau suasana bising, dan dia memang suka kalau dapat baring atas katil bersama saya. Waktu tu dah pukul 12 lebih. Bayangkan sejak balik dari rumah pengasuh dalam pukul 6.30pm, hingga pukul 12 tengah malam Tiara tak tidur. Matanya memang mengantuk, tapi tak tidur dek suasana yang agak bising di hospital. Pukul 12 lebih dapat chance suasana sunyi, maka Tiara pun tidurlah. Sayu je tengok muka anak waktu ni.

Kami terus menunggu.

Kemudian, pakar mata puntiba. Waktu ni dalam pukul 1pagi dah.

Doktor tengok mata Tiara, dia cakap nak kena titis sejenis ubat untuk besarkan anak mata untuk tujuan scan. Scan inilah yang akan memastikan ada kecederaan lain atau tak di bahagian belakang mata anak.

Saya dengan innocent nya tanya,

"Boleh ke bubuh ubat tu dalam mata baby?"

Doc tu jawab,

"Kalau tak boleh, takkanlah doc nak bubuh kan?"

Eh kerek pula doc ni. Orang tanya je pun.

Selepas titiskan ubat dalam mata Tiara, maka kami pun terus menunggu. Dekat sejam jugalah. Tiara masih tidur. Tak sedar pun bila doc titis ubat dalam matanya. Mamanya ini yang dah berpeluh.

Pukul 2am, doc pun buka mata Tiara untuk scan. Sebelum tu doc dah minta nurse check keadaan anak mata Tiara, dah cukup besar untuk scan atau belum.

Doc dah siap pakai alat di matanya, bersedia nak scan mata Tiara, sekali anak mata Tiara belum cukup besar. Nurse tadi kena marah pulak dah. Saya diam je lah. Kang kena marah sekali. Dah lah ngantuk ni.

Makanya, ubat dimasukkan lagi sekali dalam mata Tiara. Tiara kelp2 mata, bila ubat dititis. Dia rasa  something lah tu. Kalau ubat masuk dalam mata kita pun rasa tak best kan, apatah lagi baby. Waktu ni rasa kagum sangat dengan ibu2 yang anaknya diuji dengan peyakit yang berat2. Mesti ibu2 ni tabah sangat nak hadap anak sakit.

Selepas ubat dimasukkan kali kedua, kami pun tunggu lagi. Selepas beberapa ketika, anak mata pun dah cukup besar, so doc pun scan.

Mama yang curious ni sekali lagi bertanya,

"Takpe ke scan mata baby? "

Doc jawab,

"At the first place, why do you asking?"

Erkkkk salah ke soalan tu?

Doc memandang wajah saya. Eeewww kerek lagi. Saya dah mula rasa annoyying.

Saya jawab,

"I'm just asking. FOR PREPARATION." Jujur gitu saya jawab. Memang tu je niat pun.
Kotlah ini adalah suatu proses yang abnormal, yang perlukan extra care ke apa ke, at least kita sebagai mama ni akan bersedia. Tu je.

Maka doc tu pun explain la yang tu memang kerja dia, dah biasa buat. Memang boleh je buat proses scan tu pada mata baby.

Saya rasa yang doc ni mungkin dah selalu kena bash la kot, tu yang offended sangat.

Dipendekkan cerita, hasil scan menunjukkan yang TIADA unsur dera since tiada kecederaan di bahagian belakang mata. Doc kata maybe Tiara terjatuh, tapi dia puntak pasti since yng nampak dan rasa benjolan di kepala anak hanyalah saya seorang.

Saya, Mr R dan Tiara pun kembalik ke bahagian kecemasan di tingkat bawah.

Dah turun bawah, kena marah pula sebab tak mahu report polis.

Saya dan Mr R dah pun sepakat untuk tidak bawa kes ni kepada polis since hasil scan menunjukkan yang anak kami OK dan tiada unsur dera.

Kalau doc kata ini memang unsur dera, tak payah tunggu lama, sayalah orang pertama yang akan bawa isu ni kepada polis. Dan mungkin akan viralkan di fb. #eh

Doc di bahagian kecemasan ni pun tak puas hati bila kami tak mahu report polis. Kami dibiarkan menunggu lagi di situ. Jam sudah menghampir pukul 3am. Tiara tidur di bahu saya.

Setelah beberapa ketika, akhirnya selesailah urusan di hospital.

Kami pun pulang ke rumah, dan menikmati makan malam dengan makanan kedai tomyam pada pukul 4am. Beli tapau bawa balik ke rumah. Lapar baru terasa.



Bersambung....




You Might Also Like

0 comments