4 AMALAN YANG BOLEH LEMAHKAN SISTEM IMUN TAPI RAMAI YANG TAK TAHU

13:16

Sistem imun adalah sistem yang maha penting untuk halang anasir jahat memasuki tubuh, sekaligus bermaharajalela dalam darah kita.

Bila salah satu anasir tu masuk badan kita, contohnya bakteria.
Bakteria ni ada je yang baik, tapi kebanyakannya akan jadi jahat bila masuk dalam badan.
Bakteria ni jadi jahat bila dia mula membiak dalam darah kita.
Beranak-pinakla senang kata.

Nota tambahan : Ada juga anasir yang menyebarkan toksin bila dah masuk dalam darah. Padahal kalau lepak kat luar badan, takde pulak nak sebar toksin ke apa.

Jadi, siapa yang perlu bina sistem imun ni?

Atau bahasa lainnya, apa punca sistem imun jadi lemah tak bermaya?


1 Orang yang tak cukup tidur

Yang selalunya lepas subuh, dah bergegas ke tempat kerja. Uruskan hal seharian. Hantar anak pergi nurseri, hantar anak pergi sekolah, rushing pula ke tempat kerja. Bila balik,kena redah pula traffic yang sesak lagi menyesakkan nafas. Balik dah penat, nak kena hadap pula menda gitu, pergi ambil anak kat nurseri, ambil anak balik sekolah, singgah supermarket kejap, dah balik rumah kena memasak pulak. Layan suami, layan peel anak-anak. Kemas rumah, basuh pinggan, kutip mainan anak sebelum tidur.

Hah kan panjang tu list nya. Pendek kata, tugas seharian yang banyak lagi memenatkan, membuatkan kita tak cukup tidur. Tidur ala kadar je.





2. Orang yang kurang bersenam dan errr tak (sempat) bersenam

Ini pun boleh jadi rutin sehariannya sama macam yang nombor 1 tadi. Sibuk sangat sampai tak sempat nak bersenam sangat. Hup hap hup hap badan berpeluh sebab panas dan asyik berlari-lari je. Bukan sebab bersenam.





3. Makan makanan yang diproses

Makanan yang diproses adalah makanan yang dah hilang sifat semulajadinya. Contohnya dah lalui proses penyejukbekuan, pengetinan, pengeringan, dehidrasi mahupun proses antiseptic.

Okey jangan salah faham.
Ada je makanan proses yang baik, contohnya susu. In fact, susu segar memungkinkan bacteria yang jahat memasuki tubuh kita.
Tapi kebanyakan makanan proses yang kita makan adalah banyak mudarat daripada baiknya.

Selalunya kita cenderung untuk makan makanan proses ni disebabkan factor masa yang suntuk dan mahu-mudah.





4. Stress yang tak terkawal

Ahah.
Stres itu normal. Tiada manusia yang bebas stress.
Bahkan, ada orang yang prestasinya lebih hebat apabila dia berada dalam keadaan stres.
Stres menjadi masalah apabila ianya berada di luar kawalan kita.
Ada orang yang stress bila berhadapan dengan masalah besar.
Ada orang yang stress bila berhadapan dengan kumpulan masalah kecil yang disimpan lama.

Stres yang melampau secara tanpa sedar, sebenarnya mengurangkan kekuatan sistem imun badan kita. Pertahanan tubuh kta jadi lemah dek stress.

Maka, silalah mulakan langkah untuk kawal stress agar tak bertukar jadi masalah yang lain.



Untuk anda-anda yang ada salah satu ciri di atas, maka ketahuilah bahawa sistem imun anda berkemungkinan berada di paras bahaya.

Bertindaklah segera.


Kalau nak cuba suplemen Shaklee untuk bina sistem imun, boleh hubungi saya.




Hubungi saya!

Mesej/Call/Whatsapp : 019-5161862
(Aziza/Gja)
nuraziza3010@gmail.com
FB :  Saya Gja dot com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

You Might Also Like

0 comments