Salam.
Setelah berkongsi tentang cara aktifkan pengeluaran wang luar negara melalui Maybank2u dan juga tentang info pengeluaran duit di luar negara, tak lengkap lah andai tak cerita tentang cara keluarkan wang di luar negara. Cara cucuk duit lah senang kata.
Caranya sangat mudah.
TIPS TRAVEL
CARA AKTIFKAN KAD BANK UNTUK PENGELUARAN WANG LUAR NEGARA (OVERSEAS ATM FACILITY) SECARA ONLINE DI MAYBANK2U
00:16
Salam.
Kehabisan wang tunai ketika di luar negara memang boleh bikin panik.
Sebenarnya kita boleh je keluarkan duit di mesin ATM di luar negara.
Syukurlah dengan kecanggihan dunia teknologi, kita boleh menyelesaikan masalah tersebut secara atas talian (online).
Tapi pastikan anda punyai wang dalam akaun bank lah ya.
Salam.
KIsah ini dialami sendiri, jadi saya nak kongsi supaya lebih ramai orang yang tak menggelabah dan panik bila perkara sebegini berlaku.
BOLEHKAH KELUARKAN DUIT DI ATM LUAR NEGARA ?
Pengalaman saya ketika travel ke Indonesia tempoh hari, boleh keluarkan di Maybank. Mengikut bacaan di beberapa buah blog, boleh juga cucuk duit di CIMB di Indonesia. Negara lain saya tak pasti ada Maybank atau CIMB, tapi mengikut bacaan juga, selagi mana ATM itu punyai lambang ‘MEPS’ atau ‘PLUS’ atau ‘MASTERCARD’ dan seangkatan dengannya (lihat lambang di kad bank ya), maka bolehlah cucuk duit di ATM tersebut. Syaratnya, mesti AKTIFKAN ‘pengeluaran luar negara’ (Overseas ATM Facility).
Salam.
Siapa yang follow blog ni, mesti tahu kisah saya travel ke Bandung tempoh hari.
Sebelum ke Bandung tu, gigih saya perhati rate di 3 tempat money changer di KL Sentral dan NU Sentral.
Saya jumpa 3 tempat ni je. Kalau kawan-kawan ada tahu tempat lain yang juga dalam kawasan KL Sentral dan NU Sentral, tolong habaq mai noh. Kita kongsi info gitu.
Salam.
Sana sini asyik dengar cerita tentang orang yang keletihan kan?
Ada orang yang kerjanya memerlukan travel dengan kerap.
Salam.
Bekerja sememangnya boleh buat badan kita letih.
Dah makan makanan berkhasiat pun, asyik letih.
Mengantuk di awal pagi, memang boleh buatkan mood jadi tak elok
bahkan boleh effect performance kerja.
bahkan boleh effect performance kerja.
Bismillah.
Tiap hari yang mendatang adalah suatu kejutan dari Tuhan.
Juga peluang untuk menambah pahala.
Bila berkahwin,
Benar rupanya,
Bismillah.
Semalam
Aku baru klik ‘unfriend’ pada seorang kawan di mukabuku,
Hanya kerana kenyataannya,
Yang mengatakan
Perempuan lain yang makin selekeh, makin serabai, makin tak-sempat-urus-diri
Setelah berumahtangga itu,
Sebagai perempuan MALAS.
Malah,
Perempuan yang sibuk menguruskan urusan rumah dan anak-anak itu,
Adalah sengaja membuat alasan sibuk,
Atas keselekehan diri setelah berumahtangga.
Begitu katanya.
Bahkan,
Lelaki bergelar suami yang mula memandang wanita lain di luar,
Bukanlah suatu kesalahan.
Begitu katanya.
Sungguh aku marah sekali!
Mahu juga aku tinggalkan komen panas muntahan jiwa di ruangan komennya,
Tapi akal waras dan matangku menghalang,
Hanya tega klik ‘unfriend’ sahaja.
Tuhan,
Ketika ini,
Perempuan jugalah yang menyakiti hati perempuan lainnya.
Perempuan jugalah yang saling merendahkan sesama perempuan.
Perempuan berhujah tentang hebatnya perempuan bekerjaya lalu merendahkan perempuan surirumah.
Perempuan jugalah yang mendabik dada mengakui agungnya menjadi surirumah lalu memperlekehkan perempuan bekerjaya yang dikatakan pentingkan diri.
Perempuan lantang mengatakan bangganya berjaya menyusukan bayi lalu mengecilkan perempuan yang hanya beri susu formula pada bayi.
Perempuan jugalah yang keras suaranya mengatakan susu formula itu pilihan tepat di dunia serba pantas lalu memperlekehkan perempuan menyusu-badan.
Perlukah saling merendahkan?
Tak bolehkah kita saling menghormati lalu sama-sama bahagia dengan pilihan sendiri?
Atau paling kurang, saling menyantuni kerana cerita dan kisah hidup kita masing-masing tak pernah sama?
Entah.
Dunia kini perempuan saling berlumba menunjukkan siapa yang lebih baik.
Tuhan,
Aku saja bercerita,
Bahawa aku lelah melihat perempuan saling merendahkan.
Aku lelah.
Itu sahaja.
Gja
Brickfield.
Salam.
Seperti yang telah diceritakan pada post yang lepas, saya berjaya mencapai Vision Board saya pada Disember 2017, iaitu travel ke Indonesia (Bandung). Baca sini : http://www.sayagja.com/2017/12/vision-board-tertunai.html?m=1
Kali ini, saya nak bercerita itenary ringkas termasuk anggaran bajet sepanjang travel ke Bandung tempoh hari.
Detail itenary tiap satu hari akan diceritakan pada post-post berasingan demi mengelakkan serabut baca banyak info dalam satu post gitew.
Berikut adalah itenary ringkas sepanjang travel Bandung Disember 2017.
Hari 1/4
- Arrival airport Bandung (Hussein Sastranegara International Airport) jam 16pm
- Masjid Raya Bandung, bersebelahan dengan Alun-alun
- Paskal Food Market (dinner)
- Check in Hotel Asoka
Hari 2/4
- Pasar Baru (lunch di sini juga)
- Floating Market (entrance fee idr 20k/pax + parking idr 10k)
- Cihampelas Walk
- Dinner di warung depan hotel (nama je warung tapi sedap!)
Hari 3/4
- Kawah Putih (entrance fee idr 50k/pax + angkutan fee idr 15k/pax)
- Ladang strawberi (entrance fee idr 10k/pax + kutipan strawberi idr 20k)
- Cibaduyut
- Bahagian belakang Pasar Baru
- Dinner di kedai bakso
Hari 4/4
- Sarapan di airport Bandung
- Depart 10.10am
Tiket flight : RM300x5pax
Transport (Avanza) dan penginapan (Hotel Asoka + sarapan included) : RM230/pax (harga asal RM300 ++, tapi hasil kawtim, dapatlah kurang jadi RM230) Hehe, kena pandai kawtim lah ye.
Supir : Pak Agus
Kalau nak harga murah, silakan berhubung dengan Pak Agus ya. Nombor phone +62 812-2230-0871 .
Ini tawaran harga sewaktu awal-awal berurusan.
1) Pakej transport saja : idr 400.000/day
2) Pakej transport + hotel 2star : rm 250/pax atau rm 1250 buat 5 orang. Kanak-kanak tak ada charge.
3) Pakej transport + hotel 3star : rm 300/pax
4) Pakej transport + hotel + makan rm 450/pax
Harga masih boleh kurang bergantung pada masa arrival dan departure.
Highly recommended!
Servis memamg tiptop.
Tabah je dia layan kami yang banyak songeh.
Sekian pemakluman.
Nantikan itenary detail di post berikutnya ya.
![]() |
DI HADAPAN ALUN-ALUN, BANDUNG |
Salam.
Alhamdulillah ala kulli hal.
Kini saya buka ruang untuk sesiapa yang berminat untuk mendapatkan ebook terbaru hasil penulisan saya.
Apa itu NIHON SOTSU ?
Nihon bermaksud Jepun.
Sotsu bermaksud graduasi.
Nihon Sotsu bermaksud orang yang sudah bergraduasi dari Jepun.
Gitu.
Ini adalah ebook yang mengumpulkan pengalaman saya dan pendapat tentang perkara yang menjadi kejutan pada tahun-tahun awal selepas BFG.
Apa itu BFG ?
Ia adalah Back For Good.
Iaitu istilah yang digunakan bagi pelajar lepasan luar negara yang pulang ke Malaysia selepas tamat belajar.
Bukan grad di Jepun sahaja, tapi di mana-mana negara pun, pelajar yang sudah grad akan menggunakan istilah BFG untuk menunjukkan dia sudah balik Malaysia.
Tak kira siapa pun anda, jika berminat untuk mengetahui kisah-kisah yang perlu diketahui oleh Nihon Sotsu yang bakal BFG, silakan lah isi borang berikut : LINK .
Silakan sebarkan tentang ebook ini ya, moga lebih ramai yang dapat manfaatnya.
Terima kasih.
Alhamdulillah ala kulli hal.
Kini saya buka ruang untuk sesiapa yang berminat untuk mendapatkan ebook terbaru hasil penulisan saya.
Apa itu NIHON SOTSU ?
Nihon bermaksud Jepun.
Sotsu bermaksud graduasi.
Nihon Sotsu bermaksud orang yang sudah bergraduasi dari Jepun.
Gitu.
Ini adalah ebook yang mengumpulkan pengalaman saya dan pendapat tentang perkara yang menjadi kejutan pada tahun-tahun awal selepas BFG.
Apa itu BFG ?
Ia adalah Back For Good.
Iaitu istilah yang digunakan bagi pelajar lepasan luar negara yang pulang ke Malaysia selepas tamat belajar.
Bukan grad di Jepun sahaja, tapi di mana-mana negara pun, pelajar yang sudah grad akan menggunakan istilah BFG untuk menunjukkan dia sudah balik Malaysia.
Tak kira siapa pun anda, jika berminat untuk mengetahui kisah-kisah yang perlu diketahui oleh Nihon Sotsu yang bakal BFG, silakan lah isi borang berikut : LINK .
Silakan sebarkan tentang ebook ini ya, moga lebih ramai yang dapat manfaatnya.
Terima kasih.
Saya menulis 'TRAVEL TO INDONESIA DISEMBER 2017' di vision board (vb) saya.
Waktu tulis tu, gigil juga jemari sebab tak ada sebarang persiapan lagi, termasuklah duit pun tak cukup untuk beli tiket.
Tapi saya beranikan diri letak juga.
Dalam bulan Mei 2017, saya selamba cakap pada mak ayah yang saya nak bawa mereka jalan2 Bandung pada bulan Disember 2017.
Padahal takde saving duit untuk travel ni pun lagi.
Sengaja saya maklumkan pada mak ayah siap-siap, supaya ia akan menjadi PUSH FACTOR saya untuk merealisasikan vb sendiri.
Benar sekali, ia memang push saya hingga buatkan saya pejam mata je beli tiket return dengan harga RM600/pax untuk pergi balik Bandung-KL untuk 5orang. Padahal biasanya boleh dapat dalam RM300/pax je. Double harganya okai.
Untuk makluman, saya travel ke Bandung dengan membawa suami, anak, emak, ayah dan adik bongsu menjadikan total 5pax dewasa.
So tiket return rm600/pax tu menjadikan totalnya rm3000 jugalah.
Oh ya, beli tiket ni pada bulan Jun.
Disebabkan DAH JANJI DENGAN MAK AYAH yang saya mahu bawa mereka ke Bandung pada Disember 2017, saya beli je lah tiket tu, sebab saya tak mau tangguhkan tarikh holiday. Ye lah kan, dah janji nak pergi bulan Disember, maka kenalah pergi bulan Disember.
Belum kira harga tiket flight return AOR-KUL, transport, penginapan, makan minum, souvenier juga tiket masuk ke beberapa tempat lawatan di Bandung.
Kesemuanya saya pulun kumpul SELEPAS tulis di vb lah.
Tak dilupakan sumbangan adikku dentist yang nak juga saham pahala dengan sponsor harga penginapan dan transport mak ayah (sahaja). Dah cakap tak payah sponsor, dia nak juga. I terima je le.
Nampak tak betapa powernya vb dan push factor untuk mencapai impian?
Kisah-kisah di Bandung termasuk itenary lengkap akan saya kongsi di blog.
Haaa siapa nak dapat khidmat supir yang murah, boleh mention nama saya pada Pak Agus yang jadi supir kami sepanjang di sana. Apa2 pun details nanti di blog ya.
#gjatobandung
Salam.
Hari Sabtu yang lepas, sempat pergi ke kenduri akikah untuk seorang sahabat yang juga merupakan housemate saya semasa belajar di Jepun dulu.
Beliau dah dapat anak yang kedua, wow sangat kan?
Kali ini beliau dapat anak girl, alhamdulilah.
Yang terkejutnya, nama anak beliau ialah AUFA ALEEYA, sedangkan nama anak saya ialah TIARA AUFA.
Haha jodoh sangat ni kan.
Ada yang menyangkakan kami berbincang nak bagi nama anak yang seakan sama, padahal takde bincang-bincang pun haha.
Seronok pula bila dapat peluk dan cium bau baby semalam.
Doakan saya mengandung tahun depan ya.
Nak boboi pulak amiiiin.
Hari Sabtu yang lepas, sempat pergi ke kenduri akikah untuk seorang sahabat yang juga merupakan housemate saya semasa belajar di Jepun dulu.
Beliau dah dapat anak yang kedua, wow sangat kan?
Kali ini beliau dapat anak girl, alhamdulilah.
Yang terkejutnya, nama anak beliau ialah AUFA ALEEYA, sedangkan nama anak saya ialah TIARA AUFA.
Haha jodoh sangat ni kan.
Ada yang menyangkakan kami berbincang nak bagi nama anak yang seakan sama, padahal takde bincang-bincang pun haha.
Seronok pula bila dapat peluk dan cium bau baby semalam.
Doakan saya mengandung tahun depan ya.
Nak boboi pulak amiiiin.
![]() |
Sakan sembang, ni je le gambar yang ado. |
Salam.
Tempoh hari, sempat bermalam di sebuah hotel bajet di Batu Pahat, Johor.
Pergi ke Batu Pahat ini pun sebab untuk memenuhi jemputan perkahwinan seorang sepupu saya.
Batu Pahat merupakan sebuah bandar yang sederhana besar bagi pendapat saya.
Tapi masih mempunyai kawasan hijau di kampung-kampung sekitarnya.
Tapi masih mempunyai kawasan hijau di kampung-kampung sekitarnya.
Bandar yang agak sibuk di waktu siang. Malam pula agak tenang.
Salam.
Salahkah berimpian mahu menjadi kaya?
Salahkah berimpian mahu banyak harta?
Persoalan ini sesekali datang menjengah ke fikiran saya, maklumlah saya kan buat bisnes Shaklee ni. Ada je suara-suara yang berkata seperti
“Sudah-sudahlah mengejar dunia tu.”
“Bukan boleh bawak ke mati pun.”
Salam.
Nak cerita hari tu saya ada sakit ‘salah bantal’. Haaa korang tau tak apa itu sakit ‘salah bantal’?
NI orang tua-tua la bagi nama. Sakit ni adalah sakit di bahagian leher, bahu hingga ke urat belikat. Selalu jadi selepas bangun daripada tidur, sakit disebabkan posisi tidur yang tak sesuai.
NI orang tua-tua la bagi nama. Sakit ni adalah sakit di bahagian leher, bahu hingga ke urat belikat. Selalu jadi selepas bangun daripada tidur, sakit disebabkan posisi tidur yang tak sesuai.
Mungkin lah kot, sebab waktu jadi tempoh hari, sebenarnya malam sebelum tu,
saya tidur atas bantal yang agak tinggi daripada kebiasaan. Tidur pulak sambil mengiring, sebab suka tidur sambil peluk anak, si Tiara tu lah. Jadi, memang selalunya akan tidur dalam keadaan mengiring. Tapi malam tu silapnya adalah sebab pakai bantal yang agak tinggi. Mungkin itu yang jadi tekanan pada bahagian leher ke bahu tu.
saya tidur atas bantal yang agak tinggi daripada kebiasaan. Tidur pulak sambil mengiring, sebab suka tidur sambil peluk anak, si Tiara tu lah. Jadi, memang selalunya akan tidur dalam keadaan mengiring. Tapi malam tu silapnya adalah sebab pakai bantal yang agak tinggi. Mungkin itu yang jadi tekanan pada bahagian leher ke bahu tu.
Salam.
Hai semua.
Ibu-ibu mengandung yang mendaftar di klinik kerajaan (KKIA - Klinik Kesihatan Ibu dan Anak), pasti tahu apa itu buku pink (ada orang sebut buku merah) . Buku yang paling penting, sama penting macam IC kita tau. Nanti saya cerita kenapa sama penting macam IC.
APA YANG NAK DIBUAT JIKA BUKU PINK HILANG ?
Pasti ramai yang tertanya-tanya kan? Begitu juga saya suatu ketika dahulu. Sekarang saya dah tahu nak buat apa sebab dah pun ada pengalaman buku pink hilang kahkah.
Saja rasa nak kongsi sebab saya teringat kisah kehilangan buku pink waktu mengandungkan Tiara dulu.
Kisahnya begini…
Sebagai orang yang skema ikut cakap doktor, saya memang simpan buku pink sebaik mungkin, sentiasa ada dalam beg saya. Pergi kerja, angkut. Pergi shopping barang baby, angkut. Pergi balik kampung, angkut. Haaa sampai tahap gitu gayanya, macam mana boleh hilang?
Entah.
Itulah yang menjadi misteri hingga kini.
Yang saya ingat, kali terakhir saya lihat buku pink tu ada dalam berg sewaktu nak pergi ke tempat kerja.
Dalam seminggu sebelum check-up di KK, (sila percaya yang saya HAFAL tarikh check up selain letak nota dalam phone), saya pun tercari-carilah buku pink tu. Cari punya cari, tapi masih tak jumpa. Berdebarlah apa lagi.
Cuak campur gabra, semua ada. Cari dalam kereta, selongkar setiap pelusuk rumah, tetap TAK ADA! Siap paksa Mr R tolong cari, tetap TAK ADA!
Dalam menggelabah tu, sempat mesej pada sepupu yang bertugas sebagai doktor di sebuah KK, tanya beliau apa nak buat? Yang saya pasti, kena REPORT POLIS, sebab buku pink tu amat penting seperti IC (kad pengenalan) kita tu.
Perkara yang paling nak tahu adalah PERLU REPORT POLIS ATAU PERGI KK DULU?
Beliau jawab, pergi je KK dulu. Biar misi dan doktor check keadaan kita dahulu, risau kot-kot ada masalah kesihatan waktu mengandung. Beliau jawab begitu sebab di KK beliau praktis begitu.
Lalu pada tarikh yang sepatutnya check-up, saya pun pergi awal-awal lagi ke KK, maklumlah orang buat salah kan. Mestilah kena tunjuk bagus sikit untuk cover.
Bila sampai je di KK, misi tanyalah mana buku pink tu.
Saya jawablah yang buku pink tu hilang. Saya datang KK untuk check-up dulu, then baru nak pergi report polis.
Tapi kena marah pula dengan misi tu. Cis.
Rupanya di KK yang saya chek-up tu, mereka praktis kena report polis dahulu, kemudian bawa salinan laporan tu ke KK. Barulah KK boleh teruskan check-up.
1.SILA BUAT LAPORAN POLIS JIKA BERLAKU KEHILANGAN
Saya pun, terus pergi ke balai polis berdekatan, untuk buat laporan kehilangan buku pink.
Entahlah kenapa, cuak sangat waktu tu haha. Saya paksa Mr R yang jadi jurucakap dengan polis.
Tapi beliau cover part intro je, yang lain say yang cerita sendiri, maklumlah cerita sendiri lagi best.
Yang adik polis tu boleh pulak blur, tak tahu apakah gerangan buku pink. Budak baru habis praktikal kot, muka muda remaja. Nasib baik ada rakan polisnya yang perempuan, yang tahu apakah gerangan buku pink tu. Ye lah kan, kalau tak tahu apa itu buku pink, macam mana nak menerima kenyataan tentang kehilangan buku pink?
Adik polis tu boleh pulak tanya,
“Buku tu hilang di mana?”
Saya jawab,
“Kalau saya tahu hilang di mana, takdelah buku tu hilang. Mesti dah jumpa.”
Jujur lagi lurus jawapanku.
BUKU PINK (BUKU MERAH) PENTING IBARAT KAD PENGENALAN
Nampak tak kawan-kawan, buku pink tu penting ibarat IC, sebab jika ia jatuh pada tangan yang tidak bertanggungjawab, mungkin buku tu dimanipulasi dan disalahguna. Maklumlah zaman sekarang banyak je orang yang mengandung tanpa berkahwin. KK juga hanya buat check-up dan rawatan pada mereka yang mempunyai buku pink sahaja.
Pada yang belum tahu, untuk buat buku pink pun amat strict, perlu ada salinan sijil nikah disertakan sewaktu pendaftaran kali pertama.
Jadi, untuk memastikan buku pink itu tidak disalahguna, maka laporan polis perlu dibuat jika berlaku kehilangan buku, supaya jika tiba-tiba ada orang yang muncul lalu mengaku buku pink itu miliknya, ia dapat dikesan.
2.BAWA SALINAN LAPORAN POLIS KE KK UNTUK MENERUSKAN CHECK UP
Selepas selesai urusan buat laporan, saya dan Mr R terus bergegas ke KK untuk check up, risau betul jika sampai lewat di KK. Jenuh nak menunggu cek oii.
3.DAPATKAN SALINAN BUKU PINK YANG BARU DARIPADA KK
Seperti yang diketahui ramai, buku pink akan sentiasa ada 2 salinan, 1 salinan disimpan di KK, manakala 1 salinan disimpan oleh ibu mengandung itu sendiri.
Dalam kes saya, misi di KK tak buat buku baru bagi yang dah kehilangan buku pink.
Bear in mind, rekod lama tentang check up sebelum ini masih tersimpan di KK walaupun buku yang ada pada saya sudah hilang.
KK hanya tulis ATAS KERTAS sahaja, laporan polis juga distaplerkan pada kertas tersebut. KK kata mereka memang tak buat buku baru bagi yang dah hilang buku.
Maka untuk check-up seterusnya juga, saya pun hanya usung kertas-kertas itu sahaja. Tiap kali check up, tiap kali tu misi dan doktor akan tanya, “Mana buku?” “Kenapa hilang?” “Mana awak letak?” dll soalan berbaur sebegitu.
Makin lama, ,makin teballah kertas-kertas tu. Huhu.
Ditakdirkan pada suatu hari, waktu check up di klinik desa (kecil sedikit daripada KK biasa, hanya ada misi, tiada doktor), misi di situ memberi saya BUKU BARU yieehaaa! Kertas-kertas yang ada sebelum ni, distaplerkan sahaja pada buku tu. BUKU BARU yang saya dapat itu adalah kertas-kertas yang disalin (fotostat) dari muka depan ke muka belakang, yang distapler di bahagian tengah menjadi sebuah buku. Faham ke? Kira ok lah, daripada usung helaian kertas. Misi dan doktor nak menulis di kertas tu jadi susah, jadi bila dah dibukukan, jadi lebih mudah dan praktikal.
Iya begitulah kisah saya yang kehilangan buku pink mengandung. Buku asal yang hilang itu masih tak dapat dikesan hingga kini, anak yang dikandungkan itu sudah pun berumur 1 tahun 7 bulan. Buku asal entah ke mana. Yang fotostat je ada. Jadik le daripada takde kan.
Nasihat saya pada ibu-ibu mengandung di luar sana, sila jaga buku pink anda baik-baik.
Tapi kalau dah jaga baik pun hilang juga seperti kes saya, maka silakan terjah ke balai polis untuk buat laporan ya. Pergi cepat, kalau boleh sebelum tarikh check-up tu. Kang kelam-kabut seperti saya. Nak menunggu di KK tu dah lama, maka gunakan masa anda sebaiknya ok.
Jaga kesihatan, jangan stres sangat haha. Kalau boleh, amalkan vitamin untuk ibu mengandung sebaiknya ok.
Waktu mengandung ni macam-macam sakit boleh datang, dengan kaki yang asyik kejang pun satu hal nak kena hadap.
Kalau tak tahu nak makan vitamin apa, mari tanya saya. Moga anak dan ibu sentiasa ceria dan sihat sentiasa!
Salam.
Pernah tak anda rasa sakit pada telapak kaki (tapak kaki), terutamanya di bahagian tumit?
Sakit ini paling dirasakan ketika bangun daripada tidur di awal pagi.
Kadang terjadi selepas duduk yang terlalu lama.
Jika anda ada merasakan kesakitan pada bahagian tumit, ada kemungkinan apa yang anda hadapi adalah Plantar Fasciitis.
PRODUK : OSTEMATRIX
TESTIMONI OSTEMATRIX UNTUK SAKIT BELAKANG DAN KEJANG KAKI SEWAKTU MENGANDUNG
17:56
Salam.
Pasaran dah dilambakkan dengan banyak produk yang boleh menambahbaik nilai kesihatan.
Salah satunya adalah pil kalsium yang memang dicari orang.
Selalunya orang ambil pil kalsium bila ada sakit-sakit badan.
Tapi, takkanlah semua pil kalsium itu sama?
Tentunya tidak.
Untuk pil kalsium Shaklee je saya boleh bercerita sebab saya memang ambil tiap hari.
Kalau pil kalsium jenama lain kena tanyalah si penjual tu, apa yang best.
APA KELAINAN PIL KALSIUM OSTEMATRIX SHAKLEE ?
1) Mengandungi Vitamin D
Tanpa Vitamin D, kalsium tak dapat diserap dengan baik oleh badan. Sedangkan kalsium itu boleh tertinggal dalam tubuh lalu menjadi batu karang dalam ginjal dan pundi kencing.
2) Mengandungi Magnesium
Magnesium diperlukan sebagai 'transport' kepada Kalsium, untuk melalui aliran darah.
Kandungan Vitamin D dan Magnesium inilah yang membezakan pil Kalsium Ostematrix ni.
Jangan tersilap beli pula ya.
NAK TAHU TESTIMONI PENGGUNA?
- sembelit tiada waktu hamil
- tiada kejang kaki sewaktu hamil
- sakit-sakit badan hilang
- rasa bertenaga (kalau tak, asyik mengantuk je)
- hilang sakit kaki
- tiada kejang kaki sewaktu hamil
- sakit-sakit badan hilang
- rasa bertenaga (kalau tak, asyik mengantuk je)
- hilang sakit kaki
Jika anda berminat nak cuba,
cepat hubungi saya ya.
cepat hubungi saya ya.
Mesej/Call/Whatsapp :
019-5161862
019-5161862
(Aziza/Gja)
nuraziza3010@gmail.com
FB : Saya Gja dot com
FB : Saya Gja dot com
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Salam.
Sakit badan sebenarnya dialami ramai orang, tapi dianggap biasa.
"Biasalah tu, penat."
"Alaa, kan asyik kerja lebih masa, badan tak cukup rehat je ni."
Antara tanggapan biasa oleh kita-kita.
Kadang kita kurang beradab.
Dengan online seller.
1) Serbu whatsapp atau message fb dll tanpa salam atau sebarang greetings seperti 'good morning' , 'hai', dll.
2) Maki hamun seller bila merasakan harga terlalu mahal. Iya itu hak customer untuk menganggap sesuatu harga itu mahal atau tidak. Tapi customer langsung tiada hak memaki hamun seller. Taknak beli sudah. Semudah itu.
3) Kalau tak nak beli sekalipun, balas mesej seller dengan declaration yang kita tak nak beli. Senang seller faham, senang nak declare 'you say no, i say next'. Bila seller follow up 'tanya jadi beli atau tidak', 'ada masalah ke dengan produk', dll pertanyaan, reply lah sepertimana kita harap seller reply semasa awal-awal dulu kita galak minta pm.
Cukuplah 3 untuk kita bermuhasabah.
Kadang terfikir, hina sangatkah menjadi online seller sampaikan orang buat acuh tak acuh begitu.
Padahal kita peruntukkan MASA untuk balas mesej pm customer sebaiknya.
Kadang sambil makan terkocoh-kocoh untuk balas mesej customer.
Kadang sambil dukung anak, kita balas mesej customer.
Kadang sambil anak tantrum, kita juga menggelabah nak balas mesej customer sebaiknya.
Maklumlah customer, majoriti jenis nak seller reply cepat je.
Seller juga manusia, punya hati dan perasaan.
Moga Allah lorongkan hati kita untuk bermuhasabah, dan bantu kita menyantuni sesiapa sahaja selayaknya.
Sekian, assalamualaikum.
Salam.
Ramai antara kita yang perlu berdiri lama semasa bekerja.
Sebenarnya, banyak kilang yang tidak membenarkan operatornya untuk duduk, lebih-lebih lagi jika bekerja dalam production department.
Bahkan, sedia tertulis 'dilarang duduk' (kecuali dengan surat doktor) dalam surat 'employment agreement'.
Mahu tidak mahu, perlu lah berdiri.
Salam.
Ramai di antara kita yang perlu berdiri melebihi 75% masa bekerja.
Maksudnya, jika waktu bekerja adalah 8 jam sehari, kita perlu berdiri dalam masa 6 jam, yakni hanya sekitar 2 jam sahaja boleh duduk.
Berdiri lama boleh menyebabkan keletihan, kekejangan kaki, dan sakit belakang.
Kesemua itu bukan sahaja menyebabkan ketidakselesaan, bahkan membuatkan kita sukar untuk bekerja dengan baik sekaligus mempengaruhi 'performance' di tempat kerja pula.
Jika perkara ini dibiarkan, 'muscle fatigue' (keletihan otot) ini akan membawa kepada masalah sendi yang lebih serius, ini diperkatakan dalam sebuah jurnal Human Factors and Ergonomics Society.
Kebanyakan pekerja yang berdiri lama sebagai rutin akan mengadu sakit belakang dan keletihan.
CADANGAN UNTUK MENGATASI SAKIT BELAKANG DAN LENGUH KAKI
OSTEMATRIX
- sumber kalsium untuk pembentukan tulang
- pengambilan sebelum tidur akan memberi tidur yang lebih lena
- menjadikan seorang yang sukar tidur malam untuk mudah tidur
- memelihara metabolisma kerangka dan pertumbuhan otot
OMEGA GUARD
- mengurangkan inflamasi iaitu rasa panas kemerahan yang sering berlaku pada sendi yang sakit
- mengandungi Asid Lemak Omega 3 yang mengurangkan faktor perkembangan Osteoarthritis
- mengurangkan simptom kekakuan sendi
- melancarkan peredaran darah
Paras lemak Asid Lemak Omega 3 larut dalam tisu rawan, mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan.
Nak cuba?
Nak berbual, nak tanya-tanya dulu pun boleh.
Mesej/Call/Whatsapp :
019-5161862
019-5161862
(Aziza/Gja)
nuraziza3010@gmail.com
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Tadi waktu lunch di ofis, sempat bersembang dengan kawan lama.
Rupanya beliau juga adalah antara orang yang gigih lagi gagah berdiri dalam tren dalam keadaan yang lama.
Berapa lama?
Untuk beliau, sekitar 50minit.
Bila saya menyuarakan hasrat mahu berkahwin dengan orang yang lebih tua, ramai yang mempertikaikan.
Siap ada yang suruh saya berfikir semula.
Amboi.
Suami saya lebih tua sebanyak 8tahun.
Tua sangat ke tu?
Pada saya biasa je, sebab actually doa saya pada Allah adalah nak yang tua 10tahun.
Hehe.
Mungkin umurnya nampak banyak, tapi bila bersembang, tak rasa macam orang tua pun haha.
Orang kata saya ni jenis serius, muka garang nak terkam orang.
Kalau tengok Maharaja Lawak yang orang gelak pecah pentas pun saya takde reaksi, rasa hambar je lawak tu.
Tapi tak bercakap pun saya boleh ketawa dengannya. Sebenarnya dialah pak lawak saya. Kahkah.
Bila saya marah2, membebel-bebel sepanjang hari, dia akan diam je.
Bila saya yang buat salah pun, akhirnya dia yang cakap,
"I minta maaf."
Tapi dengan muka yang mampu bikin saya ketawa.
Cis, rosak mood ku nak marah.
Kihkih.
Bila saya asyik bantu orang sampai menyusahkan diri, dia akan cuba nasihatkan saya, tapi tak cuba stop kan, sebab dia tahu saya akan berkeras yang tolong orang itu adalah perbuatan baik. Huhu.
Hingga akhirnya bila saya mendapat akibat buruk sebab tolong orang lain hingga susahkan diri,
dialah yang mendengar luahan dan bebelan saya, TANPA menyalahkan saya dengan berkata,
"Kan I dah cakap dulu."
Tapi dia diam je.
Dialah yang memahami.
Selalu menjadi air.
Menjadi penenang.
Iya, dialah suamiku.
---
Happy 3rd Anniversary.
24th Oct 2017
#bySayaGja
Salam.
Sesungguhnya ia amat tidak selesa.
Kulit kering, rasa macam keras-keras pun ada.
Bahagian hujung jari yang bersentuhan dengan kuku, ada kesan luka haluuuus je.
Bila kena air cukup pedih.
Nak menaip, seksa.
Nak menulis, sengsara.
Wohooo hiperbola nampaknya.
Just nak cakap, kulit kering dalam suasana ber-aircond adalah amat tak selesa.
Apa nak buat?
Saya sapu krim serbaguna Herbal Blend je.
Alhamdulillah the most effective lotion ever!
Dah banyak jenama yang saya guna untuk atasi kulit kering ni, sejak zaman study di Jepun dulu lagi.
Yang mahal ada, yang murah pun ada cuba.
Tapiii...
Semuanya tak dapat lawan Herbal Blend ni.
Harga mampu milik, RM38 sahaja uols.
Teruja?
Cepat roger.