CERITA TIARA AUFA

Pengalaman sunat anak perempuan. Rupanya simple je, tak macam lelaki bersunat pun.

16:47

Salam.
Selalunya biasa kita dengar orang sunatkan anak perempuan waktu masih bayi.
Alkisahnya waktu dalam pantang di Kedah, memang dah usung pun Tiara untuk bersunat di klinik pun, tapi klinik kata yang doktor hanya buat sunat bayi perempuan yang dah berumur 6bulan ke atas.

Katanya kalau kecil sangat, tak nampak lagi, susah nak potong.
Cuak tau Mama T dengar potong-potong.

Makanya, pulanglah ke rumah dengan perasaan hampa dan hairan.

Bonda Mama T cakap, dulu waktu Mama T kecil, umur baby2 ni dah pun sunat, dengan bidan kampung je. Tak nangis pulak tu. Kang kalau dah besar, kita risau kot budak dah pandai rasa sakit, lagi lah kesian.

Tunggu punya tunggu, Tiara dah pun 6 bulan tapi Mama T yang kesibukanlah kononnya, tak sempat pun nak pergi ke klinik untuk sunatkan Tiara.
Lagipun Mama T takut sebenarnya. Imagine macam-macam. 

Kot nanti Tiara nangis lepas sunat, macam mana? 

Lepas nanti kalau dia nak kencing, macam mana? 

Kalau nanti tiba-tiba berdarah, nak buat macam mana pulak?


Haaa banyak sungguh kerisauan Mama T ni.
Maklumlah tak pernah lagi tengok orang bersunat.

So Tiara dah pun 8bulan lebih.
Alang-alang maktok Tiara nak datang ke rumah awal bulan 12, maka Mama T pun ambil kesempatan untuk sunatkan Tiara. Bukan minta maktok sunatkan, tapi minta maktok temankan Mama T untuk handle Tiara lepas sunat tu nanti. Over kan?

Punyalah susah nak cari klinik yang boleh sunatkan Tiara. Dah lah hari Ahad, banyak klinik tutup. Ada klinik yang minta buat dulu appoinment. Ada pulak yang doktornya lelaki. Adoi pening kepala mama T.

So selepas menelefon beberapa klinik, akhirnya berjaya dapat klinik yang boleh sunatkan bayi perempuan, tak perlu appoinmnet, walk in je. Doktor perempuan pulak tu. Lega tau.

Klinik itu namanya Klinik Salsabila, di Semenyih.
Betul-betul sebelah Tesco Semenyih.

Ambil gambar dari google je

Waktu telefon tu lepas Asar. So kami terus bersiap-siap.
Singgah Tesco dulu, solat Maghrib apa semua dulu. Tenangkan hati Mama T lah sebenarnya. Wakaka. Risau terlebih sudah.

Parking kat Tesco je, kami pun berjalan kaki je pergi ke klinik.
Sementara tunggu nama Tiara dipanggil, boleh pulak si Tiara ni berak dulu.
Sedang elok nama dipanggi, mama T bangun tapi bukan untuk masuk bilik doktor, tapi untuk ke tandas basuh berak si Tiara ni. Aduhai anak. Saja je kan. Hehe.

Selepas selesai basuh berak, kami pun masuk biilik doktor. Mama T, Tiara dan maktok masuk.

Doktor perempuan , cantik je.dulu pernah belajar di Ireland.

Nurse baringkan Tiara menelentang atas katil. Mama dah berpeluh.
Doktor minta mama berdiri di bahagian kepala Tiara, untuk mudah tenangkan si Tiara kot nanti dia bergelut.Maklumlah budak umur 8bulan lebih ni dah pandai menunjal orang. Kuat betul dia ni.

Mama T mulanya takmau tengok, tapi kugagahkan jua diri untuk tengok the whole procedure, supaya apa-apa hal jadi nanti, Mama T tahu apa yang jadi.

Doktor sapu kemaluan Tiara guna kapas yang ada alkohol kot, yang untuk bersihkan daripada kuman tu. Then, gunakan jarum, cucuk sikit je, sekadar melukakan. Tapi waktu tu, darah tak keluar pula. Since dah cucuk, so doktor picit sikit bahagian yang dicucuk tu, bagi darah keluar. Alahai setitis je darah pun. Setel.


Tiara?
Dari awal masuk bilik doktor, dia buat muka hairan, blur je. Dia pelik kot kenapa ramai sangat kerumun dia.
Tak nangis sikit pun., Mama T yang gabra terlebih. Kehkeh.

So berakhirlah acara sunatkan Tiara.
Bayarlah rm25, boleh balik riang ria.

Doktor tu cakap, baby umur berapa pun boleh je sunatkan, Dia pun hairan kenapa klinik yang kami pergi waktu di Kedah tu cakap tak boleh buat kat baby bawah 6bulan.

Sebenarnya sebelum sunatkan Tiara, Mama T dah baca macam-macam cerita orang sunatkan baby perempuan. Ada yang cakap POTONG sikit lah, apa lah. Tu yang bikin cuak tu. Adoi.
Rupanya SEKADAR MELUKAKAN, BAGI DARAH SETITIS je. Setel. Dah cukup syarat. Takde istilah potong-potong pun. Bukannya macam lelaki.

Itu je,



Ni berumur 1 hari. Kemain lagi tidur.


Tiara dah sunat, dah boleh kahwin.
Yeay!!

You Might Also Like

0 comments

Nak tanya, boleh.

Nak bagi pendapat, boleh.

Saja nak komen, pun boleh.