Tiara

KRONOLOGI KISAH HEMORRHAGE DALAM MATA BABY - PART 1

00:09

Oh wow!
Memang nak sangat cerita, biar orang ramai tahu apa yang jadi, dan boleh ambil iktibar untuk anak masing-masing.

Saya tak tahulah kalau ada orang yang anggap ini sebenarnya benda kecik je, saya pulak yang bising terlebih.
Oh well, anak i kan, i yang rasa.

So mari saya cerita kronologinya, moga mudah difahami.


ISNIN PAGI

Ini namanya ALLAH memang nak tunjuk tentang benjol di kepala anak.

Kita mulakan dengan cerita di pagi isnin itu.

Pagi tu entahlah kelam kabut ke apa ke, saya lupa langsung nak capai telefon bimbit untuk ke ofis.
Hati rasa tak berapa sedap. Fikirkan ank. Selalunya kalau ada apa2 seperti anak muntah lepas makan puri, pengasuh akan mesej beritahu.

Jadi bila tak ada telefon di tangan, rasa tak selesa, risau kot ada apa2 jadi kat anak tapi saya tak dapat mesej dek tak bawak telefon, haru lah nanti.

So saya minta keluar daripada bos, nak balik ambil phone, sebab risaukan anak.
Maka saya pun pulanglah ke rumah. Sebelum sampai di rumah, saya direct pergi ke rumah pengasuh, saja nak pergi mengejut (Ni pun pesanan orang supaya sesekali kena terjah ke rumah pengasuh secara tiba2 untuk tengok keadaan anak kita).

Sampai je di rumah pengasuh, dia cakap


."Anak kau asyik nangisss je dari pagi. Haaa tu bunyi suara baru nangis." jawab pengasuh yang berjalan dari arah dapur menghala ke ruang tamu. Saya masih di luar pintu rumah.

Pengasuh masuk ke bilik mengambil anak saya, lalu dukung Tiara bawa kepada saya.

Tiara menangis kuat, cepat2 dia mahu peluk saya, macam naaaaaak sangat peluk mamanya ni. Saya terpana sekejap. Kasihannya anak aku, sebut dalam hati.

Saya usap kepala Tiara, cuba menenangkan anak. Eh perasan ada benjol besaaaar di bahagian belakang kepala kiri.

"Eh, kenapa ada benjol ni kak? Ada jatuh ke apa? " saya bertanya, nada ingin tahu. Takde tinggi suara pun ok.

"Kepala anak kau MEMANG MACAM TUUUU. Mana ada jatuh." jawab pengasuh pantas.

Dia menyambung,

"DULU LAGI AKAK DAH PERASAN  kepala anak kau tu macam lonjong sikit. Alaaaa tiap budak kan ada je ciri dia. Haaaa tengok tangan anak kau ni macam bengkok sikit. Orang Kelantan panggil peko." kata dia sambil tunjuk tangan anak saya.

Saya diam sambil sengih je.
Jauh di dalam hati, saya rasa BODOH sangat sebab saya sebagai ibu TAK PERNAH PERASAN yang kepala anak saya memang lonjong sikit.

Macam kena pukau pula, saya sedikit sebanyak macam percaya kata2 akak tu. Ni tengah bersangka baik lagi. Tu yang macam percaya je.

Anyway, tak pernah sebelum ni ada orang kata tangan anak saya ni ada bengkok ke apa ke. Akak ni macam auta je. Ewah suka hati kau sebut anak aku macam2. 


Selepas berada di rumah pengasuh dalam setengah jam menenangkan anak, saya pun beransur ke ofis semula.



ISNIN PETANG

Saya balik petang tu, ambil anak di rumah pengasuh. Saya perasan yang muka Tiara ada bintik2 merah di bahagian bawah kulit di bawah mata.. 

Bila saya tanya pengasuh dijawabnya "Mana ada bintik. Ok je tu haaa. BIasa je."

Waktu ni saya tak perasan lagi yang hemorrhage dalam mata tu, sebab terlalu sikit di bahagian sebelah hidung.

Tiara cirit birit. Bintik kat muka tu pun merisaukan saya sebab tak pernah ada sebelum ni.

Disebabkan saya dan suami risaukan bintik merah di muka tu ada kaitan dengan cirit birit tu, maka malam itu kami ke klinik selepas solat maghrib.



ISNIN MALAM

Di klinik,  saya LUPA LANGSUNG PASAL BENJOL KEPALA Tiara yang saya rasa pagi tadi. Duk sebut pasal bintik merah bawah kulit muka dan cirit birit tu je.

Si Mr R lah yang perasan tanda merah dalam mata (hemorrhage) dan dikhabarkan pada doktor.Jenuh saya tenung, tak nampak sangat pun. Dasar orang rabun ni. #eh

Doktor cakap, kita pantau je dulu. Kalau esok melarat, boleh datang balik ke klinik dan dapatkan surat refer ke hospital.

Dah sampai rumah, Tiara yang tidur sejak dalam kereta tu meneruskan tidur je rumah.
Sambil baring di sebelah Tiara, saya usap kepala anak. Waktu tu rasa kepalanya yang dah tak lonjong.

SAH!!!

Yang saya nampak dan rasa pagi tadi itu memang BENJOL, bukannya kepala anak memang lonjong seperti yang dikatakan pengasuh itu. Alahai bodohnya aku pagi tadi. Macammanalah boleh tak yakin yang itu adalah benjol.

Walaupun Mr R sudah dalam keadaan mamai, saya paksa dia dengar cerita saya tentang kepala anak yang ada benjol tu pagi tadi. 

Waktu ni rasa menyesal sangat kenapa tak teringat langsung waktu di klinik tadi.

Dengan kekesalan yang ada, saya pun tidurlah juga.



---

Bersambung.
Nanti bosan lak baca panjang2.

You Might Also Like

0 comments