CERITA KEHIDUPAN

DAH KELUAR AIR KETUBAN, TUMPAH DARAH. PERLU SOLAT LAGI KE?

16:43

Waktu masuk wad sebelum bersalin dulu, ada seorang kakak yang ditempatkan di katil sebelah.

Ada anak yang dah remaja.

Katanya kali ini baby unplanned.
Stop je perancang tiba2 sangkut pula.

Saya senyum je, melayan cerita.

Biasanya semasa di wad, saya lebih suka menyendiri, tarik tirai tutup habis. Tak ada mood nak bersembang, nak jumpa orang pun malas.

Tapi entah kenapa, waktu itu saya boleh je nak layan akak tu berbual.
Katanya air ketuban dah pecah, tu yang kena masuk wad.

Ooooo.... saya jawab.

Saya juga ceritakan sebab mengapa saya masuk wad. Baby kurang gerak. Dah bertapa dalam wad pun gerak masih tak cantik. Siap ada spotting darah lagi.

Tiba2 ramah pula saya bercerita.

Akak itu bertanya lagi, gaya nak ajak berbual, macam serba salah. Tapi dia tanya juga,

"Adik, dah KELUAR DARAH pun masih kena SOLAT lagi ke?"

Mungkin dia hairan melihat saya yang solat di tepi katil.

"Akak ni dah keluar air ketuban, tapi dah tak solat." jujur dia bercerita.

"Hmmm... yang saya faham, kita masih wajib solat walau keluar air ketuban, walau keluar darah semasa hamil. Ia tak dikira darah haid, apalagi darah nifas. Kalau baby keluar, darah yang keluar bersama itu dipanggil wiladah."

"Ooh yaka." dia membalas.

"Kalau darah wiladah tu yang keluar dengan baby, baru tak perlu solat. Lepas wiladah tu barulah darah nifas keluar. Masih tak perlu solat." saya menyambung cuba menjelaskan.

"Oh kalau lagu tu, kak nak solat lah." dia menjawab.

Saya senyum sambil mengangguk.

---

Ramai je yang berada di wad itu yang tidak solat.

Mungkin mereka tidak tahu tentang perlunya solat walau sudah tumpah darah.

In fact, kalau contraction kuat sangat pun still perlu solat. Pendek kata selagi baby tak keluar, selagi tu wajib solat.

Kalau tak tersolat, silakan qadha selepas habis nifas.

Perempuan mengandungkan anak yang suci. 

Bersalin itu perjuangan hidup mati.

Bagaimana mahu berjuang, mahu mengharapkan pertolongan Allah kalau kita tidak solat?

Tidak tahu tentang perlunya solat walau sudah pecah ketuban, tumpah darah?

Sebab itu perlu cari ilmu.

Moga kita dilorongkan untuk sentiasa mencari kebaikan.

You Might Also Like

0 comments

Nak tanya, boleh.

Nak bagi pendapat, boleh.

Saja nak komen, pun boleh.