CERITA TIARA AUFA

5 PERKARA YANG IBU PERLU TAHU UNTUK MEMPERKENALKAN SOLID FOOD KEPADA ANAK

16:23

Alhamdulillah Tiara dah pun masuk 6bulan. Seperti ibu2 yang lain, saya pun memang teruja nak perkenalkan solid food pada Tiara. Maklumlah anak pertama. Semangat lain macam sikit. Kihkihkih. Siap shopping blender with steam kat Lazada lagi tu.
Daripada bacaan dan sharing dengan ibu2 di grup whatsapp dan FB, saya nak kongsi 5 perkara yang ibu perlu tahu untuk bagi solid food pada anak.

Walaupun ini first baby, tak salah rasanya saya berkongsi. Lagipun ini untuk panduan saya di masa akan datang, untuk adik2 Tiara lah pulak kan. Nanti lupa. Hehe.

So, apa dia 5 perkara tu?

1) MULAKAN DENGAN BUAH-BUAHAN ATAU SAYURAN

Digalakkan perkenalkan puri buah atau sayur yang 'ringan' pada bayi. Antara cadangan adalah epal merah, avocado, sweet potatoe dan lobak merah. Ini adalah supaya bayi mudah menghadam makanan tersebut.
So far, saya baru cuba epal merah. Alhamdulillah Tiara nampaknya boleh terima. Lepas ni baru nak cuba sweet potatoe dan lobak merah. Dah beli, tinggal nak buat je.

2) FINGER FOOD UNTUK YANG SUDAH 7-8 BULAN

Pabila umur bayi dah 7-8bulan, boleh cuba kenalkan denngan 'finger food' seperti hirisan buah. Pastikan kita sentiasa supervise bayi sentiasa, supaya tidak tercekik. Potongan tu pastikan cukup besar untuk tidak menyebabkan tercekik, dan cukup kecil untuk bayi pegang. Kena agak-agaklah.

3) TIADA GARAM TIADA GULA

Perut bayi tak cukup kuat lagi untuk garam mahupun gula. Percayalah pada lidah bayi kita. Dia ok je. Kalau nak perasakan bubur nasi, boleh campur sayuran yang dah dikisar tu. Kalau letak ayam kisar pun sedap.
Hari tu ada tengok di FB, cara buat homemade ikan bilis. Nanti nak try buat, then boleh jadikan perasa bubur Tiara.

4) SELERA BAYI BERUBAH

Macam kita lah jugak. Ada makanan yang kita suka, ada yang tak suka. Kalau bayi tak suka makanan baru, tinggalkan je sebelum cuba balik makanan itu selepas beberapa minggu.

5) AMALKAN MAKAN BERSAMA BAYI

Bayi pun reti bosan tau. Amalkan makan bersama bayi walau menu kita tidaklah sama dengan menu bayi. Ini adalah untuk biasakan bayi dengan 'waktu makan kena makan'. Gitu.
Sebenarnya, antara perkara yang sangat penting adalah memantau pemakanan bayi, untuk mengesan ALAHAN dan ALERGIK. Ada beza tau antara dua ni.

Yang ni nanti cerita post lain lah.
Doalah saya rajin nak menulis.
Itu aja perkongsian kali ini.

Terima kasih pada yang membaca.
Senyum sikit~~~


You Might Also Like

0 comments

Nak tanya, boleh.

Nak bagi pendapat, boleh.

Saja nak komen, pun boleh.