CERITA TIARA AUFA

Bikin lagu sendiri untuk dodoikan anak

01:02

Bonda saya selalu nyanyikan 'Lailaha illallah' ketika saya masih kecil.
Bila ada adik kecil pun, bonda akan nyanyikan lagu ikut rentak yang sama waktu mendodoi.
Saya ingat lagi, waktu saya berumur 11@12tahun, bonda perlu berkursus di suatu tempat. Bonda saya seorang guru, jadi banyaklah jenis kursus yang bonda kena hadir.

Waktu bonda ke kursus, ayahlah yang menjaga kami adik-beradik.

Ada satu malam tu, adik kecil saya yang berumur 1@2@3 tahun mahu masuk tidur. Maka saya pun menepuk2 punggungnya sambil menyanyikan zikir 'lailaha illallah' seperti yang bonda selalu buat.

Waktu tu entah kenapa, rasa sayu je. 

Tanpa sedar, air mata saya mengalir. Saya TERmenangis rupanya.

Entah.

Tiap kali dengar alunan zikir tu, mesti buatkam saya rindukan bonda. 

Terus terbayang susah payah bonda besarkan kami 8 beradik. Dahlah nakal.
Sekarang saya dah ada anak sendiri.

Waktu berpantang, bonda banyak membantu saya menidurkan anak. Zikir itulah. Rentak itulah yang digunakan waktu mendodoi. Sayu tau.
Saya pun apply rentak zikir tu pada anak.

Biarlah waktu dia mamai tu, minda separuh sedarnya menerima alunan zikir tu.
Entah macammana, saya terdetik untuk bikin lagu sendiri untuk dodoikan anak. Macam best pulak sebab nanti anak rasa special, takde lagu lain yang macam mama dia guna waktu mendodoi.

Hehe.

Spontan je, saya lagukan bait-bait ayat yang berupa doa. Mengharap diaminkan juga oleh malaikat dan para penghuni langit.

Ayat-ayat lagu itu macam ni :

Ya Allah, subhanallah.
Ya Allah, alhamdulillah.
Ya Allah, Allahuakbar.
La ilaha illallah.
Tidurlah anak, tidur yang nyenyak.
Tidur yang lena, tenang hati jiwa.
Tidurlah anak, tidur yang nyenyak.
Moga Allah jaga permata ayah bonda.

Haaa best kan?

Bila nyanyi lagu sendiri waktu dodoi, rasa sayu je. Rasa memang betul memaknakan ayat-ayat berupa doa tu. Biarlah doa-doa tu meresap dalam jiwa anak.

Lagipun saya paling suka tengok muka anak tidur.

Tak puas tau.

Rasa something sangat bila tengok muka anak tidur, sambil  kita dodoikan dengan lagu kita sendiri.
Tak sangka pulak berbakat buat lagu.

Kihkih.


You Might Also Like

0 comments

Nak tanya, boleh.

Nak bagi pendapat, boleh.

Saja nak komen, pun boleh.